Resipi Bonda

Kari Udang India Selatan

18882055_1159762644127851_6867779895911169831_n
Sy garenti masakan ni sedap..

Nama masakan ni ‘Kari Udang India Selatan’…

Sebelum sy upload video cara sy masak kita jengah bahan dn step resepi buatnya..

 

*KARI UDANG INDIA SELATAN*

*Bahan-bahan :*
1kg udang/ikan boleh gak
20gm biji sawi
15gm halba
50gm minyak
300gm bawang merah-dihiris
10gm halia-ditumbuk
20gm bawang putih-ditumbuk
10gm cili hijau-dihiris
50gm tomamto-dipotong
20gm daun ketumbar-dihiris
60gm serbuk cili
20gm serbuk kunyit
40gm serbuk ketumbar
200gm yogurt
1 biji manga hijau
100ml air
Garam secukup rasa

*Cara masak:*
1. Panaskan minyak. Masukkan biji sawi, halba dan biarkan seketika.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan cili hijau. Tunggu sehingga bawang bewarna coklat keemasan
3. Masukan halia dan bawg putih. Biarkan selama 1 minit.
4. Masukkan juga serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan tomato. Tunggu selama dua minit.
5. Masukkan air dan biarkan ia mendidih.
6. Masukkan manga dan udang. Biarkan ia selama tiga minit.
7. Tambahkan yogurt dan perasakan dengan garam.
8. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan gaul seketika.

Selamat mencuba..

One Comment

  • snah

    Assalamualaikum bonda. Izinkan sy share semua resepi bonda yg sedap2 ni. Moga bonda sekeluarga dimurahkan rezeki dan dirahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!