Dugaan Nooraini : Part 3 : Ani lahir sebesar botol kicap…
Sambungan part 3..
Setibanya sy di Hospital Tampin Wad bersalin.. Sy ditahan kerana dah buka jalan utk bersalin.. Masak lah masa tu kena marah… Bertubi2 nurse bebel “dah berapa bulan“.. Sy kata x tau..!!..”Marah betul Nurse” Aiii mudahnya…pakai jawab x tau pulak …Beranak pandai kira x reti..kalau apa2 jadi kan susah kan diri sendiri dan anak..” ….Wowww….das das das…Ermmmm wajar juga nurse marah macam tu kat sy….
Sy x rasa sakit sgt dah, mybe sbb kena marah… Hati ni berkata2 dgn rasa geram dan sambil memujuk diri.. “kenapa ditahan pulak..ishh rasa nak balik je….alahai duit x da jangan banyak kerenah pulak” ..Sy ingatkan rasa sakit bersalin kali 2 ni sama dgn Yati anak sulong… Sama sekali rupanya, sgt berbeza ..Setiap anak yg di lahirkan..!! Sakit masa bersalin Ani bermula dgn perlahan2 dan kuat hanya masa saat melahirkan.. Akhirnya selamat juga sy bersalin menjelang waktu subuh.. Ani lahir sgt kecil cuma 1.8kg sahaja sebesar botol kicap saiznya..!! Dgn saiznya macam tu.. Seperti x cukup bulan.. Tapi xmasuk incubator… Sebab tu sy ingat setiap tarikh 11/11…Hari Depavali..(sesuai dgn kulit Ani yg gelap)..he he he..
Sy masih belum melihat rupa Ani lagi, selepas bersalin..Tapi nurse cakap sempurna sifatnya ada kaki dan tangan..!! Selepas selamat semuanya sy dipindahkan ke wad biasa (ibu selepas bersalin).. Katil sy berdekatan dgn tingkap.. Sy masih keletihan selepas bersalin.. Sayup2 sy mendengar bunyi lolongan anjing disubuh hari membuai perasaan sampai sy terlelap sebentar..
Tak lama terlena kerana xlama lepas tu sy merasakan katil seperti ada org mengerakannya.. Sy terjaga .. Nurse membawakan Ani kepada sy ..Mata sy sempat menjeling keluar…”ohh pagi rupanya dah” …Sambil mendokong Ani dgn tangan sy membelek2 Ani dari hujung kepala sampai hujung kaki..Cantik sekali mukanya..Macam anak arab. Kening yg halus, bentuk mata yg panjang ..Rambut yg sgt lebat..
Dalam hati sy timbul rasa kesalan yg x terhingga..Kesiannya lah pada anak ini ..” ini lah anak yg sy x nak dia lahir ke dunia, kesian dia nak juga hidup..!! Sy ibu yg xbaik, apa dosa anak ini sehingga sy xambil peduli semasa dia dlm kandungan.. Nasib baik dia xgugur ..Subhanallah…ampuni sy ya Allah… Banyaknya dugaan masa mengandung, lepas ni ada lagi ke dugaan yg sy kena lalu ..Macam mana mak nak besarkan kamu.. hidup kita sangat sempit ..apa pun mak tetap sayang dan akan usaha apa yg mak terdaya.. Mak akan ambik berat pasal kamu lepas ni..” Selepas melihat muka Ani sy menangis sepuas2nya dan timbul rasa sayang yg mendalam sekali..Sy nk tebus salah sy pada Ani..
Sepanjang 24 jam pemantauan (lepas bersalin) di hospital Tampin.. Ani sgt baik dan tidak menangis langsung. Malah tidak kencing atau berak selama 24 jam tu..!! ilmu dan kurang kesedaran, sy buat tindakan yg sgt bodoh.. Sy merasa senang Ani x menangis sbb boleh tidur dgn aman, cuma hati risau juga sbb Ani x kencing dan berak..
Selepas 1 malam berada di hospital Nurse mendekati sy “Anak ada berak dan kencing x .??” ..sy kata “Ada…boleh balik kan nurse..??” Sy tipu sbb nak balik tanpa berfikir sebarang kemungkinan buruk akan berlaku pada anak ni.. Yg sy fikir “alah nanti berak lah tu..hospital mmg banyak soal”…Sy pun bergegas balik dgn menaiki teksi..
Dirumah mak, Ani sudah kencing dan berak..ahhh lega rasanya.. Cuma sy hairan dia x menangis.. (risau bisu)..Mak sy kata adik sy Ruzi macam tu masa kecil..Mmg x menangis. Perubahan dlm jiwa sy berganti kepada lebih positif.. Jika dari awal berkahwin sy merasakan jiwa memberontak kebencian alam perkahwinan (kawin paksa)… Kini sy bertukar menjadi pasrah dan redha..!! Sy kemudikan mood dan arahkan otak sy utk hidup kepada semangat nak buka jalan baru.. Ada rumah.. Ada kerja utk anak2 hidup makan dan terus bersekolah.. Sy usahakan minta felda.. Alhamdullilah rezeki Ani.. Kami dapat dan lulus panggilan ke Felda Kechau 1 .Pahang… Selepas Ani berusia 2 bulan..
Sy ceritakan lagi utk tulisan seterusnya.. lebih sengsara ujian hidup sy “Dugaan Noor Aini”.. Part4: Ani sawan Ani Minum Air Sirap..


9 Comments
kakcik
Saya akan terus membaca catatan Puan, InsyaAllah…
Benarlah – setiap anak dilahirkan dengan rezeki dan tak terkecuali dengan dugaan buat kedua orangtuanya…
fadilashuhimi
Setiap kali bukak fb mesti terpanggil nak melihat hasil nukilan puan rozita…mmg xsabar sgt2…kalo xmuncul part seterusnya sy ulang bacaan yg terdahulu..sampaila terpahat setiap ayat dlm minda saya ni….
jamuratu malaya
Subhanallah. .suka sy baca komen puan …ada juga org ygbsuda jadikan iktibar..x sia2 sy menulis
jamuratu malaya
Puan dewi cinta yg di muliakan..sy terharu komen puan
dewicinta
salam..teruskan dengan cerita puan kerana saya silent reader dan suka membaca pengalaman hidup puan…yang baik jadi tauladan dan sememangnya kehidupan ini ibarat pelangi berwarna warni indah tetapi kehidupan ini juga ibarat ombak yang selalu gelora..jika bernasib baik jumpalah matahari di kala pagi jika tidak beruntung hujan pula yang membasahi …itulah kehidupan..cerita yang tidak pernah habis…selagi hayat dikandung badan..
irfa
org kata setiap anak ada rezkinya
teruskan menulis ye puan
jamuratu malaya
Sy belajar rupanya dlm hidupnkalau kurang ilmunmmg masalah jd banyak..banyak belajar akan menjadikan kita lebih bertindak wajarr
Nor Asikin Daud
Tak sabar nak tunggu sambungan part 4 ni..
jamuratu malaya
Harap cik ikin boleh terima typo dn bahasa pasar sy tu…tulis blog isi masa lapang kat rumah..dan waktu rehat je