Bezanya Kerja Sendiri Dengan Makan Gaji. Dugaan Nooraini : Part 72
Rutin harian selama beberapa minggu sepanjang di sini hanya pergi dan pulang kerja, Alhamdulilah tanpa risiko dan cabaran langsung.. Hanya jiwa kacau kerinduan pada anak2, Lama sangat x nampak mereka. Kerisauan dan bercampur2 rasa dalam hati. Hati ibu xkan tenteram lebih2 lagi rasa bersalah pada anak2 .
Setiap hari2 sy meniupkan rasa bersemangat supaya terus kuat berusaha, nak melawan rasa sedih dn lemah “namanya pun hijrah, pengorbanan, dugaan semua tu kan dalam 1 pakej.. Xda benda mudah untuk dapat sesuatu. Kawan2 sy belajar di Universiti pun susah cuma sy x tahu susahnya macam mana. Masing2 habuan nak dapat rezeki dn kena bercita2 utk terus hidup. Belajar lah lalui ujian dgn bijak supaya terus bertahan.. Bersyukurlah banyak2 kerana Allah bagi sy rezeki dan diterima pulak bekerja meskipun xda sijil”
Bila sunyi hati rasa sakit sebb teringat2 kat anak, kesibukan berkerja sy lupa jeritan hati . Dalam kesusahan tu rupanya Allah nak ajar sesuatu “Dgn kesusahan hidup, terpinggir dri keluarga akibat miskin sy sangat menghargai waktu dn cuba membuktikan kecemerlangan diri..”
Sy sgt cekap berkerja dn cermat dgn harapan supervisor memandang sy sebagai pekerja yg bagus..!!.. (sebaiknya niat kerana Allah bukan kerana manusia / rugi x cari kasih sayang Allah dalam pengantungan hidup. Sy dulu x tau mendalam pasal ugama. Dikesempatan usia sy yg ada sy x mahu rugi selamanya)..
Kerja di kilang terlalu senang dn sy hairan org keliling kerja curi tulang dn menipu masa kerja.. “Buat apa awak kerja betul2 gaji nya tu juga”.. Begini rupanya tindakan org bekerja makan gaji / kerja hanya utk gaji, bila mereka x pernah kerja sendiri berniaga atau menoreh macam sy maka kualiti dn pencapaian dalam masa berkerja tu bukan 1 matlamat dapat hasil, hanya mahu gaji..
Kualiti kerja sy bagus, tapi x da kenaikan pangkat atau gaji sbb masih baru. Sifat2 mulia didikan arwah ayah ada pada sy, Abah sy insan idola dn mencontohinya sebagai cara hidup kerana sayang sy padanya..
Sebelum sy berkerja ada 1 cerita “MOTORONG” yg famous iaitu kisah wanita yg dimasukan kehospital kerana terung, dia pekerja kilang Motorolla. Cerita ini penyebab pandangan buruk masyarakat trhadap wanita yg berkerja di kilang.. (Sy x mahu menulis ttg ini.)
Semasa bekerja sy melihat ada seorang kakak yg sgt peramah, ketawanya sgt kuat kena pulak dgn topik yg dibincangkan mencarut habis semua kisah dalam2an suami isteri yg menjengkelkan sebagai bualan.. kaki bodek, mengumpat.
Dia kurang bekerja tp superb dalam hal2 tersebut. Dia disenangi oleh head. Dia berkerja seolah2 sebagai penghibur atau pengipas. Pasti sgt selesa berkerja x perlu target seperti operator lain. Dalam hati sy yg masih baru di sini inikah yg org pandang rendah ttg wanita2 yg berkerja dikilang.. myb ini salah 1 yg dimaksudkan..??.
Tp x semua macam dia, hanya kerana sikap seperti dia seorg , masyarakat cop perempuan kerja kilang x baik.Kerja kilang paling ramai pekerja perempuan.Zaman dulu peluang pekerjaan x banyak. Mmg x sama lah dengan zaman sekarang . Kerja yg paling mulia org pandang zaman dulu ialah doktor, cikgu..!!
Rupanya bekerja sendiri dgn makan gaji sgt brbeza pembawaannya “Mengampu”.. Sy x tahu semua ni kalau sy x datang kemari. Rupanya dunia modern perlukan skill begini kalau nak hidup senang “bukan pandang kebaikan seperti apa yg Abah didik pd sy”..
Ilmu dn pengalaman baru bagi sy.. Walaupun bukan ilmu dn akhlak yg baik elok “sebagai panduan diri”… Terpulang pd sy nak meniru atau tidak dalam mendapatkan rezeki dari punca yg baik atau tidak.. Yg penting adakah akhlak itu baik utk sy ikuti..
Jangan bercakap benda 0 merapu yg menampak rendahnya IQ dn martabat diri.. “sy suka akhlak Abah sy, sy nak macam Abah”.. (begitulah sy mendisiplinkan diri)
Sepanjang hampir 3 bulan sy tinggal di Kg Medan dirumah Mak saudara x banyak masalah yg timbul dirumah itu. Mak Cik yg begitu baik melayani sy meskipun awalnya dia prejudis menilai sy sebagai wanita kampung yg liar.
Biasalah anggapan manusia, Sy pula masih muda dn jauh dri suami. Mereka mengandaikan sy datang bukan utk berkerja, sengaja nak berpoya2 & kejam tinggalkan anak.. Agaknya kalau sy tua dan buruk penampilan, bertudung lintup mesti org akan merasakan sy wanita baik..
Jika sy bertudung labuh, x berhias rapi masa keluar rumah pasti x mengundang fitnah atau prasangka buruk (sbb itu islam mengharamkan wanita brhias keluar rumah) Salah sy bukannya akhlak tetapi penampilan sy menarik perhatian org (suka berhias).
Zaman dulu pendedahan ugama mmg xada..!! Di bandar mmg xada wanita bertudung langsung, jika di kampung pun sgt jarang jumpa org yg bertudung. Alhamdulilah zaman sekarang banyak sangat kesedaran dalam berugama.
Apa yg sy belajar dri kehidupan ni “Kalau kita jahat banyak org benci dan kalau kita baik pun org tetap ada yg benci.” Sy jadi tenang dan redha bila banyak membaca sirah para nabi2 (Para nabi semua baik2 tapi Allah tetap uji mereka dgn anak2 dn manusia keliling.. Ni kan pulak sy org awam pastinya x terkecuali dri ujian)..
1 petang masa cuti sabtu ahad, ibu saudara mendekati sy utk berbual2.. Jika waktu sy berkerja x banyak perkara kami boleh bersembang. Sy bila balik ke rumah membantu sikit2 saja sekadar beradab sebagai org “menumpang”. Banyak cakap banyak salah maka sy kurangkan bercakap supaya kurang buat salah..!!
M Cik : Ta ko niaga sana katanya banyak pendapatan, ko x da simpanan..??. (tersentap.. Bab simpanan sy sensitif malu kalau org tau sy miskin dah lah menumpang. Kalau cakap yg betul nampak macam bongkak atau menipu. Nak jawab macam mana ni.. Binggung)
Sy : Ada sikit je Ngah, utk beringat masa panjang lagi.. Tak tau apa akan jadi masa akan datang.. Anak kecik lagi ..!!
M Cik : Alah citer je kat Angah banyak mana simpanan ko, Angah bukan nak pinjam pun.. (Nadanya ikhlas dan sy yakin sifat org tua2 ni baik, mahu menasihati sy)..
Sy : Sy ada simpanan dalam 50k Ngah.. Sy buat Loan ASB juga. Tp sy cakap ni, bukan nak cakap sy berduit tau Ngah, sbb sy tau Angah macam Mak sy, sbb tu sy cakap jujur ni. (Masa cakap tu sy rasa dia ada banyak lagi duit dri sy)
M Cik : Ya Allah banyaknya duit ko Ta. X sangka Angah ko ada duit sebanyak tu.
Sy : Mana banyak Ngah ni ada duit cina sy x bayar lagi ni, hutang barang niaga. Sy nak beli rumah setinggan yg dekat sini Ngah, hajat sy nak ambik anak2 sy kemari dalam masa tedekat.
M Cik : Angah pinjam 10k boleh x Ta, Angah nak sambung dapur rumah Angah. Ko bukan pakai duit pun sekarang, nanti kalau nak pakai Angah bayar balik.
Sy senyum dan terkedu tanpa bahasa selepas mendengar ucapan mak Cik tadi. Selama tinggal di rumah itu sy mmg xselesa maklumlah bukan rumah sendiri tambahan pula ada 2 org sepupu lelaki anak kepada Mcik sy yg belum berkahwin.
Di sini banyak kegiatan dadah, sy x mahu terbabit apalagi sy ngeri fitnah buruk seperti apa sy lalui di Felda, jangan lah berlaku di sini. Kesan fitnah menjadi lebih teruk jika melibatkan keluarga.
X lama beberapa hari selepas sembang dgn mak Cik kes dia nak pinjam duit tu, anak bujangnya pula menyapa “Ta aku dengar ko banyak simpanan ye.. Aku nak pinjam boleh x .. Alah sikit jer”..
Terkesima sekali mendengarkannya. Sy ingat sy yg fakir musafir ni nak ditolong tapi aduhai…. dn sy anggap dia bergurau tapi bila berulang beberapa kali itu bukan gurau.. dan sy menjawab dgn sopan “Sy tinggal buku tu kat rumah, x bawa sini dan sy masih banyak hutang x bayar dgn cina masa sy niaga”.. Ringkas dan logik jawaban tu. Dia senyap dn x mengajukan soalan tu lagi kepada sy..
Masa berlalu pantas, sy menerima gaji pertama sy RM350 bayar sewa rumah, makan je yg boleh. Nak simpan duit banyak mmg x boleh..!! Kerja mmg senang tapi hati x senang..
Sy x pernah balik ke rumah selama 3 bulan di sini.. x dapat cuti sbb baru kerja. Tunggu public holiday yg panjang sy nak balik jengok anak itu rancangan sy.. Selama berapa bulan tu kami tak tahu khabar berita… xda surat sy kirimkan dan jauh sekali bertelefon mmg semua tu x kan ada zaman dulu.. (Kisah sy 28 tahun yg lepas..)
Sy x menangis tp hati menahan sakit sbb risaukan anak2. Jiwa sy keraskan “Jangan nak mengada2 menangis, ni jalan yg kamu pilih so buat betul2”..
Masa cuti sibukan diri menziarahi rumah keluarga berdekatan dgn rumah Mcik yg sy tinggal sekarang. Dalam sembang2 hati terselit mahu berpindah cari rumah lain. Sy x berani menyewa rumah sewa lain tinggal dgn org bujang.
Takut disalahkan keluarga atau dicop semakin liar dan nak kebebasan.. Dalam pd berziarah tu sy tetiba berkenan utk tinggal dgn ibu saudara lain, namanya Along. Sy berbincang dn menyatakan berapa sy akan bayar sewa termasuk makan dirumahnya nanti..
Pulang berziarah dari rumah Along tu, terus sy nyatakan kpd ibu saudara yg sy tinggal sekarang ni yg sy nak pindah kerumahnya. Dengan alasan dekat dgn stesen bas kilang memudahkan pergi dn balik kerja. Tujuan sy pindah ialah menggelakan fitnah .
Sepanjang sy bekerja duit gaji cepat2 sy bayar sewa dn duit makan pd Mak saudara.. “sy malu makan dan tak mahu ambil hak org. Sy hanya akan ambik duit & menjaga sebaik2nya bila dah jadi hak sy. Itu mmg prinsip sy..!!” Sy simpan duit dgn cermat sbb nak sewa rumah dan berkumpul dgn anak2.. Sy nak tunjuk dgn ex suami hasil duit kerja sy disini..
Fikiran sy sudah mula memberontak kerja kilang “Sy diprogramkan seperti robot, kurang risiko dan terlalu selesa. Tak ada sebarang ilmu yg hebat disini. Di hutan sy berniaga sangat payah tp banyak perkara sy belajar. Sampai bila sy selesa dlm usia muda sedangkan sy masih kuat. Kerja disini x sesuai dgn kemampuan sy.. Dri Akedemik sy kalah lah.. Sy jadi bodoh dan sempitkan masa depan sy macam ni sedangkan anak2 perlukan belanja yg melebihi dri RM350.. LEPAS NI SY NAK LARI KE MANA LAGI…??.”..
Next story sy balik kampung jumpa anak2 dan bagi duit pd ex suami buat belanja disana, tangisan anak2 buat mmg sy x kuat hadapi.. Jiwa wanita lemah dek kasih sayang..!!
Kata2 pesanan sy sebagai bonda..
1 : Bagi sy orang yang paling baik dgn diri sy ialah orang yg menunjukkan kesalahan sy.
2: Perasaan sayang bukan menjadikan kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Rasa sayang bukan membawa kita melemahkan diri, tetapi meniupkan kegagahan. Rasa sayang bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat..
3: Wahai anak2 malu & sedarlah dgn ayat bonda ini ..
“Adab & Akhlak umpama pokok yg besar.. KEMASYHURAN itu umpama bayang2.. Kebodohan manusia itu kerana lebih mengejar bayang2 dari pokoknya… Iman itu tunjangnya. Buahnya redha Allah dn manusia..”
6 Comments
kakciks
Benar kata orang ‘hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat’
Saya pernah bekerja di kilang suatu masa dulu. Kilang di Sg. Way. Banyak kisah manusia yang saya lihat, simpan dan pendam, Akhirnya saya hanya boleh bertahan untuk seketika sahaja…
ida
MasyaALLAH, kuatnya hati puan berjauhan dengan anak anak. Saya yakin ia tidak semudah itu. A quitter never wins. A winner never quits. bertapa getir dan perit nya laluan taqdir ALLAH pada puan, berputus asa sangat jauh dari perinsip hidup puan. Semoga ALLAH terus beri hidayah buat kita semua.
Lina
Salam puan dan pembaca,sy truja nk kongsi pglaman kj klg.umur 16 tepat brmula,x tamat sklh x mampu sy dkira cerdik tiap thn x jatuh kelas(depan) sy d ajar keja klg biar smpai pencen.Dr kulim smpai kl,sy cr klg yg bole keja smpai pencen, sy x dpt hakikatnya jiwa sy bisnes umur dh lanjut baru sedar,tu pun last klg sy dkambing hitamkan baru trfikir pegangan ,pencarian sy salah selama ni.sy pun ada dgr kesah terong waktu d klg Q.T SG way tu,mgkn dh x da apa2 cabaran jd d ulang cite dr tahun ke tahun .sy beri pndpt dr pglaman sendiri ya,kj klg buat otak kita x brkembang,x da daya saing dlm diri sebab kita hanya ikut arahan ya betoi mcm robot.hr2 benda sama,pulun keja cepat ,blajar dan major byk mesin x guna klu x pandai bodek,kata manis.byk nk share sebenarnya ckup la sy kata kita x dpt gilap potensi diri dan dunia kita trpisah dgn dunia luar.klu pencen brapa Sgt operator,jwtan engineer lain la citer.skadar prkongsian dr pengalaman sy sendiri,hrp maaf andai ada yg x bole terima
Aida
Subhanallah puan, cerita2 puan sangat-sangat meginsafkan saya. Terima kasih sebab berkongsi kisah hidup puan. Saya terjumpa blog puan secara tak sengaja, hampir 3 hari saya baca kisah puan dari mula smpai entri yang terbaru. Kuatnya puan menghadapi hidup ni. Semoga saya juga dapat menjadi ibu dan wanita hebat seperti puan
Cikpuan Siti
saya tertarik dengan 50k tu..wah..banyak betul simpanan bonda ye..itu hasil berniaga kedai runcit kan?
GokuSuperSaiya
asallamuallaikum bonda, bonda ni cm abah sy sikit2 suka leter bab kehidupan. mungkin abah sy ni makan gaji jd sy lebih percaya bonda hakikat abah sy , bonda atau sesiapa sahaja menasihati golongan muda ni tujuan untuk kebaikan.
sejak dah hilang panas baran sy lepas rawatan gangguan jin banyak sy belajar terima dan hadam. kalau dulu dengan abah leter je jangan harap tegur sapa. dosa sy bonda. siapa nak keluarga panas? tak bahagia?? semua orang nak bahagia. tp bila jadi begitu rasa panas berdesing ada suara membisik.
fikir balik nangis je. sy nak jadi kaya ni sebab nak fulfill hajat mak abah sy, bayar hutang orang kambing hitamkan sy, dan nikah. sy tahu sy akan berjaya. sy luangkan masa baca blog bonda nak cari point catat sambil keluar air mata doa banyak2 moga ada kekuatan moga tabah.
ada masa jadi pendiam introvert sengih jadi kerang busuk lebih baik daripada berkata kata tanpa berfikir. suami bonda tu expertise bab jin. amalkan apa dia ajar. sy di ajar yasin 41, selawat selawat tafrijiyah 4444 kali. xmampu amalkan lagi.
yasin 41 habis masa 8 jam. belum ada kesembuhan lagi untuk kes adik ipar sy. sy xsalahkan ibadah tu cuma sy fikir kena banyak sabar lagi ni. Allah suruh usaha. jin adik ipar sy ni kadang dia sakat sy buat kaki sy sakit. geram juga. biasa orang ada jin ni kalau jumpa orang ada jin dia akan berlawan .
maaf leter, terima kasih sudi membaca