-
Selamat datang ke Blog Peribadi Saya
Assallamualaikum dan salam sejahtera. Yang sangat saya hormati kepada semua tetamu yang sudi melawati Blog peribadi saya. Sebagai mukadimah pembuka bicara, dengan rasa rendah dirinya saya perkenalkan diri. Rozita Ibrahim bukan seorang yang cerdik pandai berkelulusan tinggi tahap cendiakawan atau pakar Profesional dalam sesuatu bidang. Jauh sekali diri ini mempunyai sebarang pengiktirafan pendidikan. Hidup saya hanyalah bersandarkan ilmu dari pengalaman, itulah universiti saya! Saya berusaha dengan tenaga empat kerat untuk melalui detik usia selagi masih bernyawa. Akal dan tenaga saya perah demi membina masa depan yang tak tahu penghujungnya. Saya merangsang kesungguhan jiwa mencari peluang sebagai bekalan untuk meneruskan kehidupan. Saya pernah melaluiĀ perceraian, kemiskinan dan tekanan hidup yang amat sukar.…