Selamat datang ke Blog Peribadi Saya

Selamat datang ke Blog Peribadi Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yang sangat saya hormati kepada semua tetamu yang sudi melawati Blog peribadi saya.

Sebagai mukadimah pembuka bicara, dengan rasa rendah dirinya saya perkenalkan diri. Rozita Ibrahim bukan seorang yang cerdik pandai berkelulusan tinggi tahap cendiakawan atau pakar Profesional dalam sesuatu bidang. Jauh sekali diri ini mempunyai sebarang pengiktirafan pendidikan.

Hidup saya hanyalah bersandarkan ilmu dari pengalaman, itulah universiti saya! Saya berusaha dengan tenaga empat kerat untuk melalui detik usia selagi masih bernyawa. Akal dan tenaga saya perah demi membina masa depan yang tak tahu penghujungnya. Saya merangsang kesungguhan jiwa mencari peluang sebagai bekalan untuk meneruskan kehidupan.

Saya pernah melalui perceraian, kemiskinan dan tekanan hidup yang amat sukar. Usia muda bergelar janda miskin tanpa kelulusan menyukarkan bagi saya mencari rezeki. Sehinggakan ingin menyuap makanan sehari sekali pun saya terpaksa berkira-kira.

Mendahulukan keperluan anak-anak seperti makanan, ubatan dan pelajaran mereka menjadi lebih utama dari kepentingan diri saya sendiri. Nikmat makan, pakaian dan keseronokkan hidup memang tidak ada untuk diri sendiri.

Saya sanggup mati, berkerja bersungguh-sungguh dan keluar berkerja, berlapar demi mereka. Saat itu tiada keluarga dan teman rapat bersama saat kedaifan. Hanya anak-anak kecil melihat suka duka yang saya lalui. Maha suci Allah yang bijaksana adil menguji hambaNya. Menciptakan saya dengan sifat yang sempurna tidak cacat anggota dan tidak pula cacat pemikiran. Sering memujuk diri dengan berpegang kepada slogan seperti dibawah.

Saya mencipta slogan dan memegang pepatah yang baik untuk motivasikan diri. Antaranya :

  • Hina besi kerana karat hina manusia kerana melarat.
  • Belajar bersyukur dan menerima takdir.
  • Bersyukur dalam apa jua keadaan.
  • Lapar? Minum air paip pun rezeki tak mati pun lagi.
  • Sihat – tak cacat pun rezeki.
  • Bersangka baik dengan Allah, kehidupan ini milik dia semuanya.
  • Jangan ikut rasmi lalang – makin kosong makin menegak.
  • Ikut rasmi padi makin tunduk makin berisi.
  • Tak mati dek keji – tak hidup dek puji.
  • Kaya jiwa kaya harta jangan kaya harta miskin jiwa!
  • Jangan takut apa manusia cakap. Hanya takut Allah SWT.
  • Rezeki datang dari Allah SWT bukan datang dari manusia.
  • Manusia menjalani takdir dan bukan mencipta takdir.
  • Kita tak tahu masa depan, sebab tu bersiap untuk tempoh masa depan.

Di blog sama ini terdapat 6 bahagian :

1- SEJARAH BONDA – menceritakan kisah hidup & perniagaan saya.

2- BICARA BONDA – merupakan  nasihat & renungan.

3- PETUA BONDA – merupakan teknik & rawatan.

4- RESIPI BONDA – ilmu masakan yang saya ada,

5- JEJAK BONDA – Seni, travel & idea.

6- FESYEN

Saya berusaha membetulkan niat dalam semua perbuatan dalam kehidupan seharian. Berfikir sebelum bertindak apakah tujuan sebenar haluan yang saya pilih. Kerana saya paling benci melakukan kesilapan. Ramai orang sempurna tapi sebenarnya mereka cacat kerana tidak menggunakan akal dan dirinya sepenuhnya.

Dapatkan info terbaru dan lawati :

LIKE fan page JRM : https://www.facebook.com/HQJRM/

Instagram: https://www.instagram.com/bondarozitaibrahim/

Web Rasmi JRM : www.jrm.com.my

error: Content is protected !!