Bicara Bonda

Wanita Soleh Baik Budi Tapi Penipu..

Kisah yang saya nak tulis kali ni paling takut dan ngeri bagi saya kerana Mat Rempit joint sekali…. .!! Pengalaman kali ni ttg wanita solehah bertudung labuh paras pinggang, saya namakan Kak Nor. Cara bercakapnya penuh nada perlahan dan sopan sekali. Sangat solehah bila memandangnya..!!  Saya hairan dan pelik macam mana dia tahu rumah saya.

Pertama kali kisahnya dia ada datang kerumah mencari cari saya. Kebetulan saya tiada dirumah. Suami saya keluar menyambutnya dan katanya pada suami saya “ Uztz saya ni jaga 10 orang anak2 tahfiz . Saya nak buat majlis utk khatam quran untuk anak2 ni di mesjid kuning Sg Buloh. Saya sekadar minta sumbangan utk majlis khatam Quran utk meraikan anak2 tahfiz tu je..!! Sy mmg tak cukup duit. Mereka ni dan ada yg dapat sambung belajar keluar negara. Saya ni sekadar membantu ringankan beban mereka..”

Cairlah hati suami tu dan saya terus bagi RM 700. ( Suami saya tidak menceritakan perkara ini pada saya pada awalnya sehingga berlaku insiden keruh berlaku baru lah suami buka cerita pada saya )

Selang 2 hari dia datang lagi kerumah kali ni suami saya pula tak ada dirumah. Cik leman tukang kebun saya melayani nya sementara mereka menunggu saya yang bersiap mahu ke Ofc. Saya melayaninya sebagai tetamu dengan masa yang terhad. Kali ini dia datang bersama seorang wanita 30an yang membawa anak kecil kelihatan sangat daif  menaiki kereta Nissan Sunny buruk.!! Dia memulakan agenda pertamanya.

” Puan saya duduk di damansara damai dan salah seorang ahli masjid. Kak Nor balik lepas solat isyak lalu depan kedai. Kawasan tu gelap dan bahaya. Kak Nor tengok anak2nya tidur kat lantai berlapik kertas . Kesiannya saya Puan , saya turun bertanyakan khabar  ..Hai nasib dia puan.. Tu saya bawa dia jumpa Puan ni.. Gerak hati saya Puan adalah tempat terbaik nak bantu suri  ni..!!..

Suri sebelum ni diam hanya muka sedih sambil menguis2 anaknya mula mencelah “Saya dah 3 bulan tak bayar sewa rumah dan kena halau dek tuan rumah. Saya kerja kedai dobi gaji RM700. Mulanya saya tumpang tidur kat tempat dobi tu. Lepas tu majikan tak kasi dah. Tak da tempat lain maka kami tidurlah  kat kaki 5 kedai. Suami saya tak bagi nafkah. Suka2 je suami nak balik atau tak.. Kami terbiar pandai2 lah kami nak hidup..” Panjang lebar saya bersembang memberi nasihat dan semangat pada Suri. (Simpati tak terhingga dan saya memberi sumbangan kerana amat simpati). 

Selang 3 hari Kak Nor Sms bertanyakan ada duit lagi ke nak diberikan pada Suri dan begitulah seterusnya sehingga tanpa segan silu. Akhirnya saya menyuruh Kak Nor menyuruh Suri bekerja dirumah saya. ( Adalah lebih baik dari terus meminta2 supaya dapat membentuk Suri berdikari ) Sebelum Suri mula bekerja dirumah saya Allah maha kaya membuka rahmatNya melindungi saya dan terbongkar siapa itu Kak Nor dan Suri..

Satu hari Cik leman ke Damansara Damai ingin membeli barang2 keperluan taman. Dia melihat Kak Nor dan Suri sedang seronok sekali ketawa dalam kereta mewah menuju kerumah yang juga kelihatan mewah.. “SIAPA KAK NOR DAN SURI SEBENARNYA”?

Kata cik leman hai tak miskin ni..!!! Saya sangat terkejut dengan apa yang Cik leman ceritakan. Esoknya tanpa diundang Kak Nor tercegat lagi didepan pintu rumah. Kebetulan suami saya ada dirumah. Mesra sekali dia bercerita ttg majlis khatam quran untuk anak2 tahfiznya. Suami saya meninggalkan kami berdua dan kali ni Kak Nor minta wang yang lebih banyak.

Saya dengan tegas menyatakan cukup lah.. Saya dah tahu siapa kak Nor yang sebenarnya. Kak Nor berlalu dengan marah sekali. Selepas beberapa minit hp saya bertalu2 panggilan dan sms dari seorang lelaki yang mengaku images anak bujang kak Nor. Bahasa yang sangat kasar dan menghina kerana teramat marah ibunya tidak dapat duit.. Dia minta duit bagi pihak ibunya dan ingin mencederakan saya dan keluarga jika saya tidak memenuhi hajatnya..

Saya memberitahu kepada suami dan cik leman apa yang berlaku. Saya report ke balai polis dan kes senyap macam tu je tanpa boleh dikesan.. Nasib baik Suri tak berkerja dirumah saya. Kalau dia bekerja saya tak tahu apa akan jadi.. Mungkin lebih teruk jadinya..

 

5 Comments

  • Kakcik

    AllahhuAkbar!

    Macam-macam cara manusia hendak hidup senang. Syukurlah Allah SWT melindungi Puan sekeluarga.

    Sekiranya Puan ada masa, jemputlah bertandang ke blog saya. Mungkin ada cerita yang boleh Puan jadikan renungan…

  • ilasaleh

    kes nie sama macam kes mak saya.. ada seorang lelaki selalu mintak duit pada mak.. katanya utk tahfiz.. mak main transfer je duit.. saya kata mak kena tengok mana tahfiznya.. selalu kalau betul2 jarang meminta2.. sehingga mak dah tak business lagi… dia masih minta tapi kali nie mak cakap..mak dah tak buat business so tak dapat bagi sebanyak dulu..

    saya lebih senang menyumbang pada palestine walau melalui online sahaja puan .. atau dengan org susah yg memang dikenali… sekarang ramai yg ambil kesempatan

Leave a Reply to Kakcik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!