Bicara Bonda

Zon selesa jadikan saya biskut lemau…

Saya suka Rozita Ibrahim yang dulu. Sangat lasak dengan stamina seperti lelaki. Masa awalan menjayakan St saya tidur hanya 4 ke 5 jam sehari demi mengejar masa dan mencukupkan keperluan anak-anak membesar dan bersekolah. Kesukaran hidup menjadikan saya sanggup melakukan kerja2 diluar kemampuan seorang wanita. Selepas Yati berkahwin dan menantu mengambil alih dan teraju utama menguruskan syarikat  ST saya menjadi malas dan kepenatan sebagai alasan kerana berusia dan lemah dalam  IT.

Itulah menjadikan saya lemau kerana hidup semakin selesa kerana merasakan syarikat anak dah jaga dan simpanan hari tua sudah mencukupi…!!  Saya bangun untuk mencungkil kembali semangat Rozita yang  hilang. Saya perlukan semangat itu untuk meneruskan JRM dalam kesusahan ekonomi sekarang.. Zaman Rasullulah SAW juga pernah melalui kenaikan barang dan masalah ekonomi. Masyarakat sekarang takut berbelanja kerana cukai 6% sebenarnya jika nak berbelanja sekarang lah masanya sebelum bulan Mei tahun hadapan.

10351173_530820820374665_6406687992392716798_nKesedaran dari itu saya belajar memperbaiki diri dan hakikatnya saya malas melawan kerana berada di Zon Selamat & Selesa.Saya malas dan kepenatan bila menyertai event terutamanya yang melibatkan perjalanan jauh menaiki kereta. Event sememangnya sangat memenatkan dan bukan mudah menarik perhatian peserta untuk memeriahkan event. Saya perlu membuat  demo untuk menerangkan setiap produk dan bercakap sangat lama selama 2 jam sehingga badan akan kelesuan selama 2 hari selepas even..!!

10347508_530820237041390_3842619797983943024_nKini saya aktif kembali kerana terpaksa kerana kos pengiklanan sangat mahal dan tidak berbaloi . Turun ke ground event menemui penguna adalah lebih baik kerana dapat menerangkan banyak perkara yang mereka tidak tahu tentang makanan punca kemerosotan kecantikan dan kesihatan sistem tubuh. Menerima undangan dari SME CORP membuka banyak rahmat untuk saya dan JRM.Majlis itu dihadiri oleh Dato Hafsah Hashim Ceo of SME Corp dan semua pegawai atasannya. Sambutan dan layanan baik dari semua kakitangan membuatkan saya terus bersemangat untuk event seterusnya. Dato Hafsah sangat banyak membeli produk JRM dan jubah Ariana Ross.

10456013_530820537041360_8418225184675412170_nSelepas mereka mengamalkan Satin Compact Powder dan Pinky Roses Lipstik, semua produk make up jenama Estee Lauder diketepikan. SMS dari pegawai kanan Puan Sharifah “Saya buang semua bedak Estee Lauder saya dan saya nak order 5 set lagi untuk bagi dekat adik beradik saya. Saya tak pernah jumpa bedak sebaik ini kualitinya.. “ .. Dato Hafsah menjemput saya untuk even di Royal Chulan. Sekali lagi setinggi-tinggi  penghargaan buat semua pegawai atasan dan kakitangan keseluruhan  SME yang berusaha membangunkan ramai ushawan di Malaysia. Meskipun kereta saya di clamp saya tetap gembira kerana dapat membina ukhuwah melalui even JRM .

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!