
“Zero To Hero”
Ceramah Anjuran MARA Trengganu Pada 19hb Ogos 2014.
Dihadiri oleh : Warga Mara, Giat Mara dan lain2.
Kehadiran dari 250 orang.
Seawal jam 5.30 pagi saya ke Subang Air Port untuk ke Kuala Trengganu. Sampai disana saya disambut oleh Pegawai Mara Daerah Hulu Terengganu En Ab Halim dan Pegawai Mara Daerah Kuala Terengganu Puan Hafizah Zubaidah. Kami berbual ringkas tentang para jemputan dan banyak saya melihat peluang pinjaman yang diberikan oleh Mara dengan kadar interest yang sangat rendah.. Saya sebenarnya tidak pernah membuat sebarang pinjaman dengan Mara sejak awal saya memulakan perniagaan.
Suasana tenang di Tasek Kenyir Resort & Spa mengundang mood harmoni romantik sekali.. ha ha memang itu tempat saya melarikan diri. dah 4 kali saya kesana.. Kali ni berbezalah kedatangan saya berkerja bukan bercuti. Ramai sekali para peserta maklumlah semuanya percumalah kata kan..!! MARA NI BAGUS SANGAT KERANA IA BANYAK MEMBANTU PENIAGA MELAYU.. IBU SAUDARA SAYA DAH 13 TAHUN BUKAN SPA SEMUA LOAN DARI MARA..PENGEDAR ST RAMAI YANG HIDUP MEWAH ASALNYA JUAL ST DAN BOLEH BUKA KEDAI SAMPAI 2 3 BIJI.. Saya buat JRM untuk cungkil lagi bakat2 ushawan baru lah sebenarnya..
Kali ni hanya saya seorang sahaja tetamu jemputan selama 2 jam disana.. Saya sangat santai setiap kali memberikan ceramah motivasi. Selalunya intro saya “Saya memberikan ceramah motivasi hanya melalui pengalaman kerana itulah kisah sebenar saya. Semua gambar2 lama yang masih ada saya simpan semasa saya berjuang mengubah nasib sy paparkan disini dan tidak pernah disiarkan oleh media”. Ia sebagai perisian utk melengkapi program saya. Harapan saya dengan perkongsian ikhlas saya boleh merubah persepsi diri untuk kehidupan esok hari dengan anda melihat lebih jelas cara saya memaksa diri saya terus berjuang.
Cuma jangan mengharap saya berceramah sebagai cendiakawan berkelulusan Ijazah atau Master kerana itu bukanlah keupayaan saya. Hakikatnya saya tidak berpelajaran sama sekali.. Kejayaan saya lalui hari ini ialah hasil dari sikap saya bermain (physologi ) dengan minda sendiri YANG LARI DARI KETAKUTAN. Saya nak selitkan ni kerana ramai yang minta saya terangkan nak buat loan MARA di FB SAYA ( Rozita JRM ). Saya terangkan secara ringkasnya dan bolehlah saya katakan begini.. (Jika ingin lebih lanjut anda boleh bertanyakan sendiri di Pejabat MARA berdekatan).
Antara Skim PembiayaanPerniagaan yg MARA tawarkan :-
- SPiM (Skim PembiayaanPeningkatanPerniagaan)
- Pinjaman yang biasanya usahawan pohon
- Pembiayaan maksimum 5 tahun.
Kelayakan Pemohon
- Warga negara Malaysia bertaraf Bumiputera yang berusia 18 tahun keatas.
- Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
- Mempunyai permit/lesen/suratberkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut
- Usahawan hendaklah melibatkan diri dalam perniagaan sepenuh masa dan telah beroperasi sekurang – kurangnya 6 bulan.
KemudahanPembiayaan :
- Pembelian harta tetap (Mesin/Peralatan)
- Ubah suai premis perniagaan
- Modal Pusingan
Had Pembiayaan
- Syarikat Milikan Tunggal/ Perkongsian : RM 250,000.00
- Syarikat Sendirian Berhad : RM 500,000.00
Jaminan atau cagaran
- SJUM ( Skim JaminanUsahawan MARA)
- Mara bekerjasama dengan bank komersial terpilih bagi menawarkan kemudahan pembiayaan dan MARA bertindak sebagai penjamin
KelayakanPemohon
- Perniagaan Bumiputera berstatus Sendirian Berhad, Perkongsian dan Milikan Tunggal
- Perniagaan telah beroperasi dan mempunyai Laporan Kewangan Beraudit sekurang-kurangnya dua tahun serta memperolehi keuntungan bagi 2 tahun terkini
- Modal berbayarsekurang-kurangnya 20%daripada jumlah permohonan status kredit syarikat adalah memuaskan berdasarkan BMC/CCRIS/RAM Credit.
- Memenuhi syarat – syarat yg ditetapkan oleh bank komersial
Had Pembiayaan
- Syarikat Milikan Tunggal/ Perkongsian : RM 200,000.00 – RM 500,00.00
- Syarikat SendirianBerhad : RM 200.000.00 – RM 2,000,000.00
- Skim PUTRA
- Untuk Belia & Lepasan IPMa (Institusi Pendidikan MARA)
- Zero Interest
KelayakanPemohon
- Umur pemohon tidak melebihi 40 tahun
- Perniagaan yang diceburi telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 bulan
- Mempunyai SSM & PBT
- Tidak pernah mendapat pembiayaan daripada MARA
Had Pembiayaan : RM 10,000.00
Sepanjang perjalanan balik saya meneruskan soalan saya ttg loan ( mungkin ada peluang ushawan dibawah program saya) yang boleh diberikan pinjaman oleh Mara. Sepanjang saya di ST ramai juga pengedar saya yang beroleh pinjaman dari Mara dan mohon surat sokongan dari saya.
Paling best kata Pegawai Mara Trengganu – Terdapat 1 loan khas dibolehkan untuk stokis sahaja ( syarat wajib ialah surat disahkan serta disokong oleh saya ) layak membuat pinjaman RM 50 ribu jika ingin membuka kiosk atau pusingan modal..
Saya telah membuka 1 program baru mento menti ( Baru 3 bulan beroperasi ) ..Baru 5 orang yang saya pilih. Mereka dipilih dari pengedar yang jualan konsisten – Mudah dibentuk – berdisiplin – memberikan kerjasama baik – sedia menerima teguran atau kritikan. Saya masih memantau calon2 ini untuk dibawa ke konsep JRM yang seterusnya sebagai anak didik ushawan dibawah JRM..
Perhatian :
Kepada Pengedar JRM dan Drop ships kami sentiasa memantau anda dan tidak mustahil anda terpilih dalam program kami ini. Sebenarnya ada beberapa keistimewaan lain yang sangat menarik jika anda terpilih dalam program ni sekiranya anda berkelayakan menyertainya.
Mungkin anda berminat menyertainya boleh hubungi staf saya NIza 019 2292133 bagaimana menyertai program mento menti.
Kredit by : Pejabat Mara Terengganu.


One Comment
ilasaleh
kalau boleh nak mulakan perniagaan tanpa pinjaman.. dah 8 bulan ila meniaga.. alhamdulilah konsisten.. cuma memikirkan utk mengembangkan business.. dan baru2 nie mara ada announce utk loan tanpa faedah.. menarik juga..