Dugaan Nooraini

Yati merayu jgn pergi ke KL.. Dugaan Nooraini : Part 69

Lama juga sy x tulis Dugaan Nooraini, xda mood nak menulis kerana stori ni perlu sy hayati/kena ingat betul2 semasa menulisnya. Sejarah lepas yg paling sukar ni x boleh tercicir kerana sy akan merasa kerugian. Setiap bait2 cerita itu ada maksud dan moral yg bermenafaat yg mahu sy sampaikan..

Sy sambung Part 68..

Selesai makan malam sy berkemas sambil mendidik anak2 .. “Bangun semua bantu Mak kemaskan pinggan lepas makan ni, tu sapu lantai Yati & Anten pulak pergi gantung kelambu”.. Yati bingkas bangun mengambil penyapu.. x banyak soal..

Anten pula menjawab sbb cemburukan kakaknya.. “Alah sy kan lelaki mana boleh buat kerja perempuan, ni kena  bentang kelambu pulak.. Kakak Long tu menyapu bukan susah pun suruh Kak Long bentang  kelambu pulak”.. Membebel sbb cemburukan Yati..

Sy senyum dn tunggu adakah perbualan mereka akan bersambung terus kpd pergaduhan. Sbb Yati ni perangainya ganas selepas dia menahan.. Mulanya senyap dulu, lepas tu x tahan dia akan cakap.. Last kalau x tahan sgt dia akan bergaduh.. Dia bergaduh mmg kalah lelaki kuatnya..

Anten suka tunjuk hebat dn pernah dibelasah dek Yati dn sejak itu Anten takut dgn kakaknya.. Berani bebel jer dia dgn Yati lebih2 x berani.. Mmg sy didik Yati supaya tau jaga hak diri sbb masa sy sekolah dulu sy kena buli dn penakut. Jd bila sy ada anak perempuan sy nak dia keras dn berani. Yati terlebih berani (Nanti sy kongsikan Yati jd gengster belasah budak lelaki yg cuba buli dia.. ha ha ha bagus dia ni..)

Sy nak tengok Yati ni akan menjawab atau x.. Pelik juga sbb Yati berwajah kelat dn selamba sambil menyapu terhegeh2 dn lembab.. Sy tahu dia menyimpan berang “Yati buat kerja jgn lambat,  macam org x makan jer.. Nanti terbiasa sampai besar lembab. Kerja kena laju dn bersih”.. Yati masih senyap ..

Nampaknya x panjang adik kakak ni bergaduh, myb Yati menahan rasa sbb x nak sy rungsing. Yati sudah dpat merasakan sy akan pergi lagi meninggalkan mereka semua. Maka selepas melihat drama anak2 senyum sy mengangkat pinggan turun ke bawah utk membasuh pinggan.. Hanya bilik mandi dgn bercahayakan lampu pelita minyak tanah yg melentuk2 apinya bila ditiup2 dek angin..

Ani bermain2 sendirian sementara adik dn kakaknya berkemas. Sambil membasuh pinggan, sy melihat ke atas bintang berkelipan di langit.. Cantik dn sunyi dunia ni apa yg boleh gembirakan sy agaknya wahai tuhan ku.. Hati menyahut sapaan sedih “Anak2 yg sy kasihi.. meskipun cacat dn miskin kami senang berkumpul. Allah x kejam dia akan menyatukan kami nanti dlm keselesaan.. Sedaif2 kami xsape tahu isi kami di dalam makan dn minum. Senyum atau sakit..”

Bersyukurlah walaupun pd perkara yg sedikit maka kita akan berlapang dada. (Ini pesan sy pd semua pembaca blog yg dlm kesukaran hidup).. X banyak pun basuhan pinggan cepat sja sy selesaikan dn terus sy naik ke atas dn melihat Yati sedang berbaring dgn 2 adiknya dlm kelambu terus sy masuk ke dalam kelambu anak2…

Sy        : Uiiii dah mengantuk ke semuanya.. Senyap jer nape.. x tengok tv ker dgn abah kamu..?
Yati     : Esok mak noreh ke..?? (yati menyapa)
Sy        : x pergi, malas lah sbb Mak nak pergi KL x lama lagi.. Mak nak spend masa dgn anak2 sebelum Mak pergi (sakitnya sy nk lepaskan ayat ni pd anak2. Mereka x faham kerja kuat dn duit sgt penting utk menyara persekolah dn masa depan mereka)..
Yati     : Mak nape kena kerja jauh2, mana ada Mak tinggalkan anak2. Kerja noreh je lah Mak.. Yati jaga adik. Mak kerja sana dn Abah jaga kami mana sama Mak..
Sy        : Mak kena kerja sana Yati. Yati x faham apa Mak buat utk masa depan kita.. Sini kita niaga x boleh dah sbb xda org nak beli. Indon dah xda..

Yati diam dn terlelap sendiri tak banyak soal.. Kesian anak2 sy kejam betul sy ni sambil  menatapi wajah anak2 yg sudah lena sambil  menangis. Kedaifan memaksa sy jd kejam pd anak2 kami. “Ya Allah nasib kami sentiasa dipayungi kekurangan duniawi.. Mak jenis apa sy ni kejam pd anak2 sanggup sy keluar tinggalkan mereka demi duit.. Apakah duit sebenarnya yg akan bahagiakan kami dn memberikan kecukupan hidup kami anak beranak..”.. Ini lah kesal yg sy sering ratapi..

Sy beredar selepas menyelimutkan anak2 dn mendekati ex suami yg sedang asyik menonton siaran wrestling kesukaannya.. Sy melihat kejang sambil merentap2 ex suami melihat TV sbb geram dgn aksi dalam tu… Sy mulakan perbualan..

Sy        : Sy sedih dgn nasib anak2 dn x sampai hati nak kerja.. Kalau x ke KL apa lagi cara nak besarkan mereka..
Ex        : Sy boleh balik kampung minta duit dgn Mak sy kalau awak x kerja KL.. (semangat jer dia cakap sbb nak buktikan prihatinnya pd keluhan sy)
Sy        : Senangnya cakap minta yer..!! Apa awak ingat sy xda maruah ke.. Susah minta kat org tua.. Sy tau malu dn ada harga diri. Apa awak buat tu sy yg kena hina.. X nak sy dianggap pengikis harta. .Selagi ada kudrat sy akan buat.. X perlu minta2.. xda buatlah cara xda.. (marah betul kerana cara fikirannya cetek. Hidup bukan utk menjadi mengemis)..
Ex        : Sy x paksa kamu ke KL. Kamu yg nak.. Sy bagi jer sbb kamu kata nak ubah nasib cari rezeki.. (Menjawab dgn cool sbb dia penyabar.. Sy pula cepat marah)
Sy        : Awak x da plan nak ubah nasib ker.. Sy je usaha.. Kamu x nak fikir ke buat sesuatu , tak kesian nasib anak2. Kita muda dn kuat boleh usaha kalau nak..!! (tegas sy mendidik ex suami juga supaya dia sedar)
Ex        : Kamu ni marah kenapa, sy jaga anak sama juga kan jaga keluarga. Kamu tu pandai cakap, bijak orgnya senang dapat rezeki x macam sy. (dia mmg jujur, baik dn bendul orgnya x pernah kasar dn jauh sekali menyakitkan hati sy.. Sy jer yg kasar dn marah dia)
Sy        : Ya Allah ada juga yer lelaki macam ni.. Menyesal sy kawin dgn awak. Ingat yer kalau sy balik KL nanti kedai tu x jual siap awak yer.

“Jual kedai runcit tu cepat”.. Sy meninggalkan ex suami dgn amaran keras dn masuk tidur sekali dgn anak2. Malam tu sy bermimpi tilam terbakar bahagian buncunya. X pasti dri mana datangnya api tu. Terjaga sy dri tidur akibat ngeri melihat api pd tilam..

Astaghfirullahalazim,  apa pulak makna mimpi ni.. Jam menunjukan 2.30am..

Sy cuba memejamkan mata tetap x boleh lena.. Hati berkata2 yg x enak “Ini alamat x elok sbb itu tilam kawin dn tengah malam pulak tu. Ini alamat sebenarnya utk sy”.. Sy pendam sendirian mimpi tu dn menafsirkan sendiri.. Esoknya sy melakukan rutin seharian dn berkemas baju dgn beg besar bersiap utk ke KL..

Bosan seharian dirumah sy pun bertandang ke rumah M Cik sebelah untuk memberitahu sy akan pergi berkerja di KL minta tengok2kan anak2 sy masa ketiadaan sy nanti.. (Sy x ingat apa sy yg bualkan).. Remang petang sy pun balik ke rumah ..

Melihat pokok2 buahan yg sy tanam sudah mula berbuah, redup dn cantik sekali.. Sy tersenyum puas hasil tangan sy sudah menunjukan hasilnya.. Masa masak utk makan malam, Yati meminta sesuatu dri sy “Mak Yati nak minum air beras lah mak dn buat kan Yati dodol putih tu sedap kan Mak”..

Sy buatkan , makanan org susah apa adanya lah…!!. Caranya mudah sgt masa masak beras sy lebihkan airnya dn ceduklah air beras mengelegak tu, lepas tu masukan gula.. Minumlah sedap sgt bagi anak2 sy.. He he he yg dodol beras tu pulak mudah juga cara nak buatnya.. Santan atau air saja pun boleh.. Gaulkan sekali sikit tepung beras + gula + sikit garam.. Haaa laju lah anak2 sy makan.. Syukur dn bahagia sekali meskipun sedikit kami tetap bersama..

3 Comments

  • Elly

    Puan, saya suka membaca kisah puan.. terjumpa blog puan secara tidak sengaja, terus melekat sampai tidur jam 2 pagi semata-mata nak tahu cerita seterusnya pengalaman hidup puan.. Bila tiba part yang last sekali “Yati merayu jangan pergi KL” saya rasa ala… dah habis ke…. tak sabar rasanya nak menunggu kisah seterusnya!!!

    Tahniah Puan kerana tabah mengharungi dugaan hidup…
    Bagi saya – Allah maha kaya Allah maha mengetahui.. diletakkan puan dalam hutan – kerana jika tidak ke felda, puan tidak akan dapat pengalaman berharga mendapat ilmu herba dan yang menjadikan puan wanita cekal, bijak berfikir dan bertindak!

    Saya rasa amat positif lepas baca dan menganalisa semua itu! Allah buat semua bersebab!!

    Mungkin puan patut bukukan kisah hidup puan ini sebagai autobiograpgy… banyak boleh dijadikan rujukan orang-orang lain juga…

    Moga puan terus berkarya! Terima kasih atas perkongsian suka duka ini!

  • GokuSuperSaiya

    asallamuallaikum bonda, nangis dengar yati cakap camtu. lepas ni sy jumpa org susah sy akan lebih beradab dalam isi hati. dan lebih ringan menghulur. kalau kena kt sy menangis banjir kelambu.

    sy ni panas baran dulu ( gangguan sihir sejak form 4), tp dalam hati nangis kuat juga. masa rawatan sy dekat darul syifa cheras bandar tun hussien onn, sy nangis je masa rawatan. pakcik sy ckp jin tu sedih nak kena halau dah puas bersarang. ustaz yang tua tu tak nak rawat sy takut kena wrestling sebab 2 minggu sebelumnya dia kena penendang tanpa bayang terus trauma dia.. kalau fikir logik org panas baran kena ruqyah biasanya akan melawan kerasukan bersilat ke apa. alhamdulillah xde apa2.

    emosi + gangguan = panas baran .. kena rawat tackle dua2. orang xkena boleh cakap macam2. yang kena je tahu .. jin yang ganggu sy ni daripada indonesia satu jin panglima buat sy jadi baran, kedua jin untuk bodohkan sy serah duit kt orang.

    bonda orang bisnes lagi kaya pengalaman, ilmu dari sy yang tiada apa2 ni. moga bonda dapat berkongsi ye pengalaman. setiap pengalaman ilmu tips bonda ni sy ambil ye bonda.. sy kutip amalkan.. terima kasih bonda

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!