Bicara Bonda

Yati dengar roh meratap…

Kesian Yati, susah dan penatnya nak mempertahan ST..Semoga Allah memberkati usaha murni dia dan menjaga ST atas niat anak yang baik..Syurga lah anak yang baik tempatnya..Amen Amen Ya Rabb…

Nak naikkan bisnes bagi saya senang tapi nak bertahan pula bukan perkara mudah..!! Gitulah yang dilalui Yati. Kisah punya penat orang niaga  ni.. Otak,badan,jiwa dan raga.. 10 kali penatnya dari orang yang berjawatan sebagai pengurus..bukan kerani tau..!!

Travel setiap minggu keseluruh Malaysia, jemputan Watson, keluar negara mencari bahan mentah, meeting, promotion, training staf outlet, bengkel. Bukan sikit kerja. Yati ni pula dengan anaknya sangat rapat dan manja. Sentiasa bersama mereka kalau kemana pasti dibawa..!!

Dalam pengalaman travel ada banyak kisah yang dilaluinya, menyeramkan yang diceritakan dengan saya..antaranya yang saya kongsikan disini.

 Gambar yati dengan anak-anaknya

Yati berhenti di masjid sekitar jam 5.30 untuk berhenti untuk tumpang tandas untuk buang air kecil. Tiada kereta lain diperkarangan masjid waktu remang petang tu.. Semasa mengambil wuduk dia mendengar suara wanita menangis dibelakang masjid yang (suara tangisan tu sekejap berhenti dan adakalanya deras suara tangisannya) Sayu sekali bunyinya. Dalam hati yati takkan lah ada hantu siang-siang..!!

Yati meninjau – ninjau sekeliling sambil mencari mana datang suara tu.. Tapi tiada..!! Semasa Yati keluar masjid Yati dapati arah suara perempuan menangis tadi itu dari kawasan tempat mandi mayat…

Contoh masjid kampung
Contoh masjid kampung

Melopong mulut Yati dengar penjelasan siak masjid..Penuh perasaan Yati bercerita pada saya “Allah nak tunjuk kat Yati kan Mak.!!.Yati dapat rasa tangisan perempuan tu..hiba teramat sangat macam kesal “.

Kalau boleh nak hidup semula dan bertaubat. Perkara paling takut bila tuhan bertanya dimana kita dahulukan hak Allah atau kita dahulukan hak dunia dengan turuti nafsu..

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!