Bicara Bonda

Hantar anak ke sekolah pondok kelantan dan minta doa Tuan Guru untuk selesai masalah perniagaan..

1111

Insan mulia, ulama besar yg sy sanjungi sejak kecil lagi…

Sy bukan org PAS dan sy sama sekali x suka kepada politik.. Sy suka dia sbb akhlaknya dan dia juga menjadi sanjungan arwah ayah sy. Sejak sy masih kecil2 lagi.. Impian arwah ayah nak sgt jumpa TGNA, bersalaman pun jadilah..

Sekadar mendengar, suka, hormat kpdnya dari jauh saja.  Sbb kami jauh di Selangor ke Kelantan terlalu jauh bagi kami org zaman dulu kalau nak cari TGNA pun…

Sy hanya pasang telinga mendengar perbualan ayah masa kecik2 yg menyanjungi ulama2.. TGNA antara sebutannya arwah ayah.. Arwah ayah sy bermotivasi dan kuat pegangan agama.. Sy juga berazam dan teringin betul nak jumpa TGNA.. Sekali jadilah utk seumur hidup sy.

3
Ini gambar rumah TGNA

Rumah kami xpernah ada majalah hiburan.. Surat khabar lagi xda.. Sy kalau sunyi bacalah buku ttg Prof Dr Hamka. (Mungkin dari sini juga yg menyemai sifat sy sejak kecil lg suka mencari org baik2 atau jalan kehidupan yg baik2.. Walaupun sy ni bukan org baik,  cuma sy berazam mahu jadi manusia terbaik).. Yg lain kat almari semua kitab2 lama berkertas kuning bahasa jawi yg sy x faham maksud isi buku2 tu..

Pengalaman kali ni sy kongsikan ttg anak sy yg degil dan pertemuan kami dgn TGNA….

Sy yg kahwin dan bercerai, semua serba serbi kurang terutamanya ilmu agama lah.. Bagi sy hidup dgn cara islam berpegang pada agama kita xkan sesat x rugi nyawa kat badan..

Belajar dalam masjid.

Membesarkan dan mendidik anak2 nak jadi baik bukan mudah.. Tanpa sy sedari rasa  tanggungjawab sy masa tu  bertindak sebagai ” SY LAH IBU DAN SY JUGALAH BAPA”.. Banyak anak banyak ragam,  banyak pula dugaannya. Semua ibu diduga berbagai2 dalam ujian mendidik anak2 ni… Bab nak anak yg baik2, semua wanita bergelar ibu mmg itulah wawasan nya..

4
Perempuan dan lelaki belajar asing.

Sejak dulu sy mmg suka mencari ulama, sy suka buat sbb sy nak mereka mendoakan sy.. Sy mengharap masa akhirat nanti mungkin mereka boleh tolong bagi shafaat utk sy.. Bukan senang nak lepas kat akhirat tu nanti.. Sy ni banyak dosa.. Standby apa yg patut.. Dunia tempat kita berniaga supaya dapat saham akhirat..Di akhirat dah xda urusan jual beli dah…!!

Alkisahnya,

Menceritakan hal buruk anak serupa  menghina diri sendiri..!! Buruk baik anak kita, anak yg sy hantar ke pondok Pasir Tumbuh Kelantan ni,  sedih hati ni x terucap.. Sifat keras x mendengar kata jelas kelihatan sejak kecil..

Sy risau melihat sifatnya dan sy percaya anak kecil boleh dilentur, dah besar bukan setakat susah.. Patah hati ni pun jadinya.. Melihat sikapnya masa kecil dan remaja tu, sy nekad mendidiknya kembali kepada islam, dan belajar hidup cara susah (azab macam zaman sy miskin), sy fikir sekolah pondok je jalan yg boleh bentuk dia..

Masa tu sy menyuruh anak sy belajar pondok di pasir tumbuh.. Menyelami kehidupan org susah dan belajar agama cara lama.. Sekolah pondok ni bercampur org tua dgn org muda.. Lelaki perempuan sape2 boleh belajar.. Duduk asing2.. Sewa pondok2 tu..Bukan free.. Murah sgt pun sewanya..

Tujuan sy hantar ke sekolah begitu supaya dia ada kesedaran ttg agama. (Sy takut Allah soal sy kemana sy gunakan duit dn mendidik anak… Sy dah buat sebagai ibu dan bila besar terpulang kat anak tu nak ikut atau x…!! Setidak2nya lepas tanggungjawab sy dgn Allah..)

Mmg sgt daif mandi pakai air telaga, pondok tu muat2 badan nak berbaring je.. Masa sy hantar anak sy, dalam hati sy amat kesian.. Mengamuk dia nak balik.. Sy bagi duit yg agak banyak utk dia mudah makan pakai disana supaya dia x lapar dn selesa..

Macam2 sy nasihat dia.. Sy janji akan masukan sekolah biasa lepas ni..Dia tanya juga kenapa kat sini je ke boleh jadi baik..?? Dah lah miskin dan x selasa..!! Runggutnya.. (Masa nak tinggalkan dia kat pondok tu sy menangis..Tp x tunjuk depan dia.. Sy nak ubah dia.. lebih baik dia disini utk kenal Allah dn sy nak dia kenal azabnya nak mulakan kehidupan sebagai org dewasa)..

Sy berjumpa dgn Pengetua & Tuan Guru di Pasir Tumbuh tempat anak sy belajar tu.. Sy minta dia mendoakan dan mendidik anak lelaki sy supaya menjadi muslim yg sy harapkan.. Sy nak dia belajar mengenal Allah bukan melebihi dunia.. Merendah diri, jangan menipu, jauhi bongkak…

Masa kesempatan tu sy juga menyatakan hasrat sy ingin sekali berjumpa Menteri Besar Kelantan TGNA.. Katanya mudah dn dibuka utk tetamu. TGNA ada madrasah sendiri juga.. Terkejut bercampur seronok kerana sy membayangkan bukan senang nk jumpa menteri dn ulama (xkan mahu berjumpa perempuan)..

Kami tiba sebelum asar dirumah TGNA. Kalau x salah tahun 2003.. Kedatangan kami ber3 bersama anak lelaki sy dibawa oleh kenalan dari pondok Pasir Tumbuh tu lah..Ramai tetamu bukan sy sj..!!

Perasaan macam2 ada masa tu.. Maklum lah jumpa Menteri,  masuk kerumahnya pulak tu.. INSAF, MALU, BERSYUKUR, TERKEJUT.. Warak zuhudnya sgt jelas sekali.. Akhlak dn kehidupannya..

7Rumahnya kayu cara kampung biasa,  sebelah rumahnya pula madrasah anak2 yatim.. Sy dihidangkan air teh dgn biskut lemak.. X melambangkan kemewahan langsung sebagai Menteri.. Itu ziarah pertama sy..!!

Kejadian aneh ialah ni dikongsikan oleh anak lelaki remaja sy masa ni.. (sedia maklum lah perangainya).. Dia bersuara  “TGNA, sy nak bergambar buat kenangan ni dgn mak sy boleh lah..” 3 kali anak sy mengulangi.. Sy duduk jauh dr tempat lelaki.. (signal marah dan berkerut2 muka sy supaya anak sy tu x ulang lagi.. X hormat TG bagi sy.. Sbb sy tahu TGNA sebagai ulama x kan mahu dekat dgn org perempuan bukan muhrim)

PA nya (x ingat sy namanya) bercakap dgn sy katanya biasanya TGNA x kan mahu bergambar dekat perempuan.. Tiba2 TGNA memberi isyarat kepada PAnya bersetuju lah pulak.. PA nya terkejut juga dan kami bergambar beramai2.. Sy duduk jauh dr TGNA, kerana menghormatinya.. Anak sy tu bergambar bersebelahan TG..

Masa balik tu anak2 bersorak “Mak tengok hebatkan sy.. Dapat sy bergambar dgn TG..”.. Dia membelek2 hp mencari gambar2 yg disnap tadi… Lamaaa… Tetiba anak sy terkedu dan mengulas “Mak TG ni mmg alim kan Mak.. Allah sgt jaga dia mak.. Gambar dia semua tadi semua xda mak.. Gambar selain dgn TGNA semua ada.. Pelik sgt mak”.. 

Sy senyum dan menjawab.. “Ntah2 ko salah ..cari lah betul2″.. Anak sy mencari lagi selama lebih kurang 2 jam. Sepanjang perjalanan dia tekun mencari dlm hp tu dlm kehairanan…” Mmg xda Mak.. Mungkin dlm hp sy ni ada gambar x elok kan Mak.. Allah x izin gambar TGNA bercampur gambar2 maksiat.. ha ha ha ha”..

Anak sy ketawa, lepas tu senyap mengakui kebenaran dan ganjilnya kejadian tu.. Bagi sy Xda mustahil bagi Allah nak peliharakan TGNA.. Walau sekadar gambarnya.. Allah x izin bercampur perkara x elok..!!

2005 sy ada masalah besar dgn LHDN, KKM.. (ofcnya pulak kali ni) Sy xtahan dgn masalah yg berat x tertanggung dugaan niaga (yg x boleh sy tulis disini ).. Sy buntu sekali.. dan sy pergi sekali lagi ke pondok Pasir tumbuh minta kenalan bawa sy berjumpa TGNA sekali lagi nak minta doa..

Masa datang tu sy menceritakan masalah dan hajat sy. Dia x pandang tepat pada muka sy.. Sy lihat muka dan bibirnya tunduk membaca sesuatu.. Selepas tu sy balik KL. 2 hari selepas berjumpa TGNA tu…Saya terima call dari PA seorg menteri (negeri lain)  yg sy x kenali meminta sy berzakat di daerahnya.. Berkat doa TGNA, Menteri negeri lain tu membantu sy  menyelesaikan bebanan sy.. Perjalanan lebih mudah dgn izin Allah berkat doa ulama, itu sgt sy percaya.. Sy x da kawan menteri dan kenamaan.. Cukuplah bagi sy Allah dan  doa ulama sgt mustajab..

Kali ke3 (ofcnya juga).. Sama waktu asar.. Semua staf di pejabatnya berkumpul utk solat asar berimamkan TGNA.. Sejuk sampai ke perut sy mendengar suara TGNA masa mengimamkan solat asar dipejabatnya..!!..

Sy agak rapat sgn PAnya, kali ni sy datang ada 3 hajat. Pertama nak mengucapkan terima kasih, sy nak memberikan hadiah kepadanya, nak hantar umrah, dan minta air supaya mendoakan suami sy …

Dia x mahu menerima duit sy langsung, umrah pun dia x nak.. Dia hanya bagi air utk suami sy..!! Kata PA TGNA kat sy “TGNA takut fitnah dan mmg x ambik duit kalau nak bagi duit masuk kat tabung Kerajaan Negeri Kelantan utk bantu rakyat susah disini”…

Suami saya bersama dgn ulama besar di Mekah Syeikh Jamhuri Nurrudin Al Banjari.

Maha suci Allah, sy melihat kebesaran Allah kabulkan hajat sy.. Niat sy baik kepada suami sy.. Sy melihat keberkatan dalam doa 2 ulamak ni.. Sy beri suami sy air dari doa 2 org ulama besar.. TGNA dan ulama besar di Mekah Syeikh Jamhuri Nurrudin Al Banjari (sy kenal ulama Mekah juga dr kenalan sy di Msia).

Rahsia Allah disebalik ujian, kesungguhan niat baik dn doa tetap termakbul.. Bersabar dan mendoakan terbaik buat suami sy Saiful Anuar Bin Hashim.. Itu rahsia sy yg terindah dihujung usia..

Anak sy yg banyak minum air doa ulama ialah Nur Ain Sufiah,  Maryam Nur Amani dan Aiman Hazeem (nakal juga si Aiman  ni.. Tapi Al-Quran dan akhlaknya lebih baik kerana kesungguhan suami sy/ayah tiri bantu sy mendidiknya..)

Suami sy pulak sekarang ni yg rajin mencarikan mereka air dr doa2 dari ulama…

1 2

Kepergian dan rasa kehilangan ulama sanjungan sy TGNA pada… 12 Februari 2015

AL-FATEHAH DN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN TGNA MENDAPAT RAHMAT ALLAH SELUAS2NYA DAN DIDALAM GOLONGAN ORG2 YG BERIMAN…

2 Comments

  • baayah

    Beruntung puan dapat bertemu dan ‘didoakan’ oleh arwah. Ramai insan lain yang ingin bertemu dgnnya termasuklah saya! Tanpa mengira kaum menyukai arwah. Sukar untuk bertemu insan sehebat arwah.

    Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman

  • bahtera kasih

    Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad…..Allah…susahnya nk terima kenyataan TGNA dh pergi..hilangnya seorg ulama’ yg sgt dikasihi…hebatnya golongn ulama’..atas dunia lg Allah bg penghormatan dgn mengerakkn hati2 manusia utk mengiringi kepergiannya utk bertemu dgn Pencipta…betul kita sedih tp mungkin rohnya gembira utk bertemu Allah…smga berbahagia dan tenang disana TGNA..amin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!