Dugaan Nooraini

Tangan ku membawa kamu kemari.. Dugaan Nooraini : Part 68

Teksi yg membawa kami sudah memasuki kawasan Felda dan Anten masih tidur dipangkuan, sy mengusap kepalanya sambil merenung mukanya.. Anten dilahirkan jauh lebih putih dri kakak dn adiknya. Tp besar sekali kepalanya, dia x cacat.. Sebagai ibu sy risau Alhamdulilah dia sempurna.. he he Nurse kata itu normal dn dia akan balance bila dia besar nanti.

Nakal sekali selalu mencuri gula2 dn jajan masa sy berniaga dan x suka gosok gigi sehingga giginya rosak kehitaman akibat banyak makan gula2.. Dia sering menjadi ejekan sy supaya dia menjaga gigi.. Sifatnya periang dan senang sekali membantu sy di dapur. Berbeza dgn yati yg x suka ke dapur. Yati hanya suka berkemas dn menjaga adik2nya..

Semua itu sejarah yg masih segar seperti baru saja berlaku. Anak ohh anak mereka mungkin lupa sbb masih kecil. Sy masa tu berusia 22tahun lebih kurang waktu tu, masih banyak yg boleh diingati kerana masih muda dan kuat ingatan sy..

Sy malas singgah ke kedai runcit di dalam kawasan felda utk membelikan jajan meskipun sudah berjanji. Sy x suka diperhatikan oleh peneroka2 semasa di kedai2 tu nanti. Sy kalau janji mesti tepati. Sy akan belikan juga tp sy akan minta abahnya untuk membawa Anten ke kedai nanti.. Tiba di rumah sy bangunkan “Bangun Anten mak x larat nak dokong kamu dah besar, kita dah sampai ni”.. Bingkas dia bangun terus ke arah tingkap melihat2 sy ni singgah kedai ke x.. tu dlm fikirannya “Ehh mana kedainya Mak dah janji nak belikan jajan”..

Betul sangkaan sy “Mak malas nak singgah nanti abah je bawa” pendek sy memujuk. Senyum puas Anten mendengar jawapan sy.. Sy berjalan masuk ke dalam rumah dan Anten menjerit2 memanggil anak jiran sebelah. Dia suka sangat bermain dengan anak M Cik jiran sebelah yg ramai lelaki.. “Amin Ooo Amin.. Sy ada guli jom main kat rumah sy.. tengok sy dah x sakit ni”.. Anak jiran semua keluar tingkap melihat kami balik..

M Cik sebelah menegur sy yg masuk ikut jalan dapur berhampiran dgn rumahnya “Semuanya baik2 je kan Ta si Anten tu..”.. Segera sy menjawab sapaan M Cik “Alhamdullilah Lek sekejap je kat hosdpital sbb x teruk. Kita je yg takut parah. Lepas buka zip tu tengok lah macam xda apa2 berlaku”.. Selesai menjawab sy terus masuk ke rumah dan berkemas .

Sambil berkemas sy masih memikir2kan bila hari yg sesuai sy akan bertolak ke KL. Berat hati dan rasa masih belum puas dgn anak2. Terasa nikmat duduk di rumah sendiri, jauh sgt besarnya hati meskipun baru merasa menumpang dalam 2 malam di rumah ibu saudara. Besar ertinya nikmat hidup berkeluarga jika dapat menjalaninya dengan ekonomi, persefahaman, ugama yg baik. “Bila lah sy nak dapat keluarga macam tu”.. selalu sy impikan macam ni wahai pembaca semua..

Sy ambil parang nak mencari kayu api, bawa timba sambil memetik sayuran belakang rumah dan bercadang nak masak sardin cap ayam dalam tin untuk masak makan malam ni. Zaman dulu setin sardine berharga RM 3.25.. Sedap sgt dah lauk macam tu. Sy tumbukan sekali dgn cili api, ketukan serai, letakan asam keping. Masa zaman susah sy dulu2 tu makan lauk ikan tu dikira sgt bersyukur.

Seronok sgt sbb boleh menikmatinya. Kami xpernah terfikir nak berbaju mahal atau bercuti berkelah bagai.. Makan tu lah paling seronok..!!..

Kami makan malam pd malam tu dan sy senyum senang hati melihat anak2 seronok sekali.. Uissh berselera sekali nasi panas yg sy masak dapur kayu. Ada kenagan yg Yati x pernah lupa sampai sekarang “Sy nak bagi anak makan beli sardine pun berhutang2. Kalau ikan tu basah macam ikan sardine, kembung tu merasa kami makan. Kalau udang besar, ketam, lauk yg mewah x merasa langsung naik ke dapur kami.. Kalau ada lori masuk jual ikan lelong ikan nak busuk sebesen besar RM2.00” baru dapat makan ikan. Harum semerbak dapur sangat membuatkan kami tersenyum seronok dapur kami ada lauk ikan. Bahagia sangat dah.. Alhamdulilah..

Pembaca blog yg sy kasihi pengalaman menjadi panduan sebagai kata2 yg berhikmah yg datang dri perasaan sy sendiri membangun dan mengembirakan diri sendiri antaranya :

1 : Hebat sekali jika kita tahu mensyukuri perkara yg sedikit kerana kita akan lebih menghargai org lain dan apa sja kemungkinan sbb nilai syukur.

2 : Hargai masa2 indah bersama manusia yg kita sayang. Nak cari org yg betul2 sayang kita susah nak dapat. Yg faham kita memaafkan kita membimbing kita..

3 : Perjalanan waktu hidup sgt singkat. Yg mendekatkan kita ialah amanah. Yg paling sulit ialah berbuat ikhlas.

4 : Jangan malas & cepat marah. 2 perkara ini kunci segala keburukan.

5 : Perbuatan yg buruk dalam diri kita akan merosakan kebaikan yg kita ada. Mungkin kita akan kehilangan. Hebat kalau memperbaiki diri supaya kita x kehilangan yg sgt berharga.

6 : Kita ni belajar dn terus menjadi pelajar. Belajar melakukan perubahan. Meskipun sedikit ia tetap memberi kesan.

7 : Berkata2 dgn baik akan mengembirakan org lain..!! Mungkin dgn mengembirakan org lain dia mendoakan kita. Kerana kehebatan doa org yg betul2 sayang kita ni, mereka bersungguh2 dtg dri perkara yg baik. MasyAllah jika Allah mengangkat doa mereka mereka yg terlebih seronok kerana mereka itu yg benar2 menghargai kita..

Sekian utk minggu Disember “HARGAI INSAN YG ADA SAYANG PADA KITA”..

InsyaAllah sy sambung next stori. Maafkan sy kalau tulisan sy buruk dn x sedap dibaca..

10 Comments

  • saidatulhamimah

    As Salam Puan, seronok membaca kisah hidup Puan. Puan adalah orang yang hebat. Alhamdulillah, kerana saya berpeluang membacanya

  • Julia

    Teruskan menulis segala kisah hidup puan,ilmu,petua dan apa sahaja..segala kisah hidup puan menjadi pedoman dan ilmu secara percuma buat saya..saya rasa seolah puan macam ibu saya sendiri walau puan xmengenali saya..

  • ilasaleh

    Besar ertinya nikmat hidup berkeluarga jika dapat menjalaninya dengan ekonomi, persefahaman, ugama yg baik

    memang bahagia kalau dapat keluarga mcm puan sebut di ats nie

  • normlatif

    Assalam puan, saya suka baca kisah puan…dengan kisah puan saya rasa lebih mensyukuri nikmat sementara ini.
    Terima Kasih kerana puan sudi menyuntik semangat kaum hawa yang lain. mohon dihalalkan segala ilmu yang terselit di dalam coretan puan… 🙂

  • munna rosli

    Hargai masa2 indah bersama manusia yg kita sayang, sbb masa yang berlalu takkan kembali.
    Jangan malas & cepat marah..

    Terima kasih puan, atas pesanan tu
    tolong doakan saya dapat bina dan rasai nikmat berkeluarga dengan ekonomi, persefahaman dan ugama yang baik.

    Amin.

  • GokuSuperSaiya

    asallamuallaikum bonda, pengalaman sy, orang yang betul2 syg kita jujur biasanya wujud masa kita zero. bila kita berduit kita berharta berkuasa kita dapat kenalan kawan baru. bila kita jatuh call pun xberjawab, voicemail, dan macam2 lagi.

    learning curve kehidupan. kalau tak merasa jatuh camne nak bangun ye dak? kita nak salahkan orang tu ahlak dia, mungkin bila kita senang pun akan layan orang susah tengah jatuh sebegitu jadi kena semak diri sy sendiri agar tak aniaya orang.

    jatuh ni sakitnya bila orang yang brother hood senang sama2, makan sama2 hilang kan diri.terasa cm dungu cmni rupanya kawan sahabat. rasa bodoh buat baik terlebih lebih. sabar dan move on.

    siapa ada dengan bonda masa susah tu bonda ingat lah sampai bila2. hutang budi lagi mahal daripada nilai duit. hutang duit boleh bayar hutang budi ni kita ingat dan usaha balas sebaik mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!