
Tak sangka jrm ramai penguna..
Majlis ini sambutan hari ibu berlangsung sangat meriah di Hotel Premiera. Kehadiran pada jangkaan awal hanya 2,000 orang tetapi yang datang hampir 10,000 orang merupakan jaringan wanita ibu tunggal yang didatangkan dari seluruh Malaysia. Tetamu kehormat antaranya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ( Yang Di Pertua Juwita ) Datuk Azizah Mohd Dun ( Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat ) dan Datuk Sharifah Azizah Syed Zain ( Pengerusi Juwita Kebangsaan).
Saya menjadi speaker untuk majlis tersebut “Membina semangat wanita” dan peluang ini memberikan saya satu pengalaman yang indah sekali. Allah meminjamkan saya untuk melihat kehebatannya dan hanya dengan izinnya saya berada disitu.
Subahanallah tak termimpi untuk saya datang kemajlis dan bertemu dengan pengguna dikalangan elit. Dalam hati saya setakat berceramah sekadar pengalaman, memang saya boleh..Saya tak berharap untuk berhadapan dengan mereka dari kenamaan . Ini memang bukan saya lah. Saya sedar diri dan sangat malu .
Mereka dikalangan elit, mesti pakai barang berjenama dan siapalah saya sekadar saudagar jamu “ Sendayu Tinggi “ . Dalam hati saya Jenama Jamu Ratu Malaya mesti mereka tak kenal langsung. Selesai ceramah Dato Ghani menarik saya untuk duduk dimeja VVIP . Dato Shahrizat amat menyenangi jubah Versace plum Purple dan Dato Noraini dengan Shocking Orange. Paling terkejut bila mereka juga mengamalkan Janda Langsing, Persis Dara dan Ice Tea Peach Mengkudu. Saya sangat terkejut mereka membelinya dikedai jamu dan yakin dengan semua produk saya.


3 Comments
sarah
puan pun dah setanding dengan depa semua..berjaya dia di dunia perniagaan..
nanifaizal
Suka baca blog kak Rozita.nk berjaya cm Kak Rozita.ape yg Kak Rozita tulis srmua lahir Dari hati yg ikhlas.
Farida
Assalamualaikum Puan. Saya sangat tertarik dgn produk2 puan. Bolih puan anggarkan berapa jumlah RM saya perlu ada utk meniaga kecil2an.
Wassalam
Farida Abdul