Biodata Bonda

Tajuk : Sg Nibong Selangor , saya dibesarkan.

7

4Sayang dan hati selalu berdetik amat rugi saya tidak suka bergambar dan menyimpan gambar2 lama sebagai sejarah.Kesempatan atas urusan kerja kebetulan lalu dan singgah di kampung kelahiran saya Sabak Bernam.Saya tidak melepaskan peluang singgah dirumah lama tempat saya sering bermain-main semasa zaman kanak-2.Alangkah kecewa kerana rumah usang milik arwah nenek saya sudah dirobohkan yang tinggal hanyalah rumah lama ibu saudara saya.
Tidak banyak yang berubah tempat ini melainkan kelebaran jalanraya.Inilah parit tempat saya berkubang.Saya tidak pandai berenang hanya dengan berpegang 2 biji kelapa saya sudah merasa sangat seronok kerana dapat mengapungkan diri.Saya pernah dipukul oleh arwah abah saya dengan pelepah kelapa akibat berkubang disini.

Saya amat suka memancing dan seperkara saya tak akan lupa ..!! Memancing dengan mudah dan sangat menjijikan. Sepupu saya akan membuang air besar dan ikan lundu akan berebut-rebut untuk memakan hasil buangan tu dan terpulang lah kalau anda sudi untuk mengaut ikan itu tanpa memancingnya..!!  Sebab itu saya geli dengan ikan lundu..!!

11 Sedih tetap ada namun saya sorokan kesedihan itu.Kami semua sudah tua dan kebanyakan sepupu sebaya saya semua berpenyakit.
Sedaya upaya sepupu saya mahu menjamu masakan kampung kepada saya antaranya ialah ikan wadi’ sepat bendang. 112Sebelum pulang kami begitu teruja bila sepupu saya memetikan buah mata kucing yang sangat manis rasanya lebih sedap dari yang dijual di pasar-pasar. Kami mahu meneruskan perjalanan kedestinasi lain.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!