-
Hamba Abdi atau Isteri ???
Wanita ini ..saya kenali +- 20 tahun lalu .!! Sebelum ST dibina…kelulusan UPM..umur 44 tahun. Sangat baik akhlaknya dan kuat agama..rajin serta taat pada Allah dan suami. Ia dipaksa menjadi buruh siang dan malam membungkus kurma, kismis menjual tulisan khat dimana-mana expo dan bangunan kerajaan. Dia mengangkat barang berat dan 2 kali mengalami keguguran. Ingin menjadi isteri yang taat dan mengharap syurga Allah, dia lupa kepada hak dirinya sebagai manusia, ibu dan isteri..Dia melahirkan anak, suami tak datang jenguk apa lagi menjaganya..!! Sihat suami dia datang kepadanya, dia sakit suaminya tinggalkan dia.. Semasa dalam pantang dia merayu dan mencari suaminya untuk datang dan mendaftar surat beranak . Suami tak peduli…