Petua Bonda

Selasih suci & zikir rawat sakit mental

Gambar contoh

Ramai dikalangan kawan saya dikalangan elit dan orang kebanyakan mendapat penyakit kemurungan depression. Schizopherenia lebih serius..!! Jika tidak dibendung boleh menjadi gila tahap kronik dan memerlukan rawatan jangka panjang. Orang begini akan mengambil ubat-ubatan hospital dan pasti ada kesan sampingan yang memudaratkan. Gila meroyan antara masalah kemurungan akibat perubahan hormon selepas bersalin. PESAN SAYA KESIHATAN OTAK JANGAN SEKALI DIABAIKAN.

 Setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati. Allah SWT menyediakan khazanah alam dan kejadiannya untuk manusia. Manusia merupakan ciptaanNya paling terbaik. Wajib kita bersyukur segala nikmat dari Allah sebenarnya teramat banyak jika kita mahu melihat dengan mata hati. Jika kita bergantung dengan dunia atau logic akal semata2 itu lah penyebab segala penyakit stress. Perkara ghaib yang tak logic sering dipersoalkan ialah “ tak mungkin berzikir , bersalawat, mendengar majlis ilmu boleh menyembuhkan penyakit mental ..?? “

Manusia wajib kembali kepada penciptanya.  Tiada daya upaya sebagai hambanya kerana hidup kita dalam gengamanNya. Bodeklah Allah dia bagi naik gaji, sihat banyak duit dan segalanya tanpa perlu kita invest apa2 pun..!! Dia lebih hebat dan bijaksana mengalahkan Israel..Allah tak perlukan senjata pun untuk meranapkan bumi dan semua kejadian. Takutlah Dia kerana dia lebih hebat dari US ..Pujilah dia kerana dia tak perlu pun sut persalinan kuning diraja. Allah mahu kita taat kepadaNya sangat mudah. Yakinlah kehidupan ini ketentuannya dan serahkan hanya pada dia dan semua akan sembuh dengan cepat.

Berulang kali Allah berfirman bermaksud lebih kurang begini didalam surah Ar Rahman “ Yang mana satu diantara nikmat2 tuhan kamu , yang kamu hendak dustakan “ sebab itu saya katankan cara rawatan terbaik ialan banyak mendengar majlis ilmu, banyakan bersalawat, banyakan bersyukur dan dengan set minda . Antara lain melalui herba namun ia bertindak lebih perlahan daripada ubat-ubatan konvensional . Herba tidak memudaratkan badan manusia dan jika diamalkan dengan konsisten dengan amalan zikir ia sangat berkesan dalam mengurangkan dan insyaallah kadang-kadang menyembuhkan terus penyakit kebimbangan dan kemurungan.

Herbanya ialah selasih suci (tulasi, Ocimum sanctum) merupakan herba tradisional India . Tulasi antara bahan-bahan dalam Manasamitra Vataka, rumusan Ayurveda yang merawat gangguan keresahan. Selasih Suci melegakan dan menenangkan saraf dan kajian yang dijalankan terhadap 35 orang diberikan 500mg per kapsul tulasi dua kali sehari selama dua bulan menunjukkan bukan sahaja pengurangan ketara dalam gangguan keresahan umum mereka tetapi pengecilan tekanan yang berkait dengan kemurungan . Hebatkan ..ubat ada dimana-mana..Bertawakalah dan izin Allah pasti ada kesembuhan..!!

 

2 Comments

  • Wendell

    I read a lot of interesting content here. Probably
    you spend a lot of time writing, i know how to save you a lot of time, there is an online tool that creates readable, SEO
    friendly articles in seconds, just search in google – laranitas free content source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!