Bicara Bonda

Sayang jgn harap balasan..Nanti sakit..

Rasa kagum keesaan Allah menerbitkan rasa kasih sayang pada setiap makhluknya…Melihat arnab sy beranak hari ni 30hb Okt 2014.. Hati beremosi sekali  ..Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikmannasir

Bunyi x menarik kisah arnab je kan.. tetapi moral dari stori sy ni sy rasa bagus utk dikongsikan..Emosi sy berdetak melihat kelahiran arnab ni…Al kisahnya..

Pertama kali ni sy membela arnab dalam hidup sy. Niat sekadar menghias taman dan cari ibadah bagi makan kat binatang.. Sy ni ada pengalaman bela itik, ayam, ikan, kambing, burung dan  rusa.

Sy beli arnab ni dalam 2 bulan lepas.. Sejak bela arnab ni sikit sebanyak sy kenal spesis arnab dan sikapnya melalui jenis telinga. .Over aktif atau yg lembab..Sy suka yg lembab (yg aktif susah jaga )pastinya bulu lebat macam kucing parsi yg sy suka. .

Setiap hari balik kerja sy melihat perkembangan dan kehidupan arnab ni..Bunyi burung2, ayam sgt mendamaikan suasana di rumah  … ( taik arnab sama macam kambing cuma x da bau..boleh buat baja)..Arnab sy bela ni super lebat bulunya..

Mulanya sy ada 3 ekor arnab..1 jantan 2 betina..Si jantan hensem sgt tapi terlepas keluar hilang x dapat dikesan/aktif sgt..Lama juga sy nak cari ganti jantan baru.Merata2 cari nak beli sgt susahnya nak dapat yg hensem ..Sy nak spesis arnab luar negara..

Akhirnya sy akur dpt gak spesis luar negara ,  tapi bulu hitam je yg ada. Terpaksa sy beli arnab jantan hitam tu..dalam hati sy harap baka akan dtg cantik macam ibunya lah nanti..

Rupanya arnab betina kalau xda jantan mereka akan meroyan..ha ha ha bertobek2 bulu arnab betina sbb xda jantan. Lepas ada jantan elok kembali bulu2 mereka dan hidup penuh romatis..sebab dibelai dek jantan (terus xda dah tobek2 bulu2 arnab betina)..

Antara sifat arnab dia akan mengorek tanah dan membuat lubang. (rupanya dia nak buat sarang utk beranak)..Sy akan kambus semula lubang2 tu dan tutup dgn batu..Sy x tau arnab sy mengandung.. Cuma perasan sikap malas x banyak bergerak dan banyak baring.. (macam pompuan hamil gak rupanya kalau dah sarat)..

Satu hari ada bau busuk yg kuat datangnya dari arah celah2 pokok bunga dan maid sy dapati bulu arnab sgt banyak ada 2 bahagian. .Rupanya ke2 arnab sy beranak. .

 

10749197_611217629001650_124042007_n (1)1

Gambar anak arnab baru lahir..

.(Adik bagi nama arnab betina tu satu coklat dan satu  kilat).
▪ Anak kilat 3 ekor ..Mati semuanya.. Sy andaikan kilat,  x pandai jaga anak atau mati sebb kena hujan. Kilat masih berbulu tebal x meragut bulunya seperti coklat.. Kilat x menunjukkan seperti lepas beranak. Dari pengalaman kawan sy yg pernah bela arnab,  kemungkinan arnab jantan yg gigit sampai mati anak2 arab tu..(sbb anak2 tu jantan juga)..

▪ Coklat pula beranak 5 ekor hidup semuanya..2 hitam 3 merah jambu…Sy Tengok arnab ni sy terus pening… (Rupanya arnab lahir mmg xda bulu..Gelinya merah macam anak b*** pun ada, macam anak tikus pun ada gak…rasa loyanya yerrrkk…x buka mata ..menyondol2..Hidup dalam kabus carik2 bulu ibunya..

Reaksi coklat menjadi ibu melayaninya anaknya membuatkan sy insaf sekali. Selepas beranak coklat lemah sekali dan sy melihat belakangnya masih basah dan dia mencabut 60% bulunya menutupi anak2nya.. Banyak sekali  ..!!  Dia mengunyah sayuran dan menyuapkan dari mulutnya ke  mulut anak2nya..Coklat berbaring menyusukan anak2nya.

APA YG SY FIKIR DARI KEJADIAN INI..

  • Naluri keibuan coklat sanggup sakit dan mementingkan kehidupan anak2nya..Bulu kecantikan dirinya  di ragutnya demi memanaskan beri rasa comfort kepada anak2nya… Naluri kasih sayang..Usaha memberikan makanan meskipun cara sedikit. . sedikit ke mulut anak2nya sebagai permulaan memberikan kehidupan dan nyawa kepada generasi barunya..
  • Hebatnya kasih sayang pengorbanan ibu meskipun binatang. .Bersusah payah demi anak yg si ibu dalam kesakitan pun masih mahu bersusah payah nak anaknya hidup..
  • Nyawa dan keselamatan anak ibu dulu kan.. teringat sy membesarkan anak2..meskipun hanya baju bundle yg sy mampu sarungkan di badan mereka dan makan berlaukan pucuk ubi sy tetap mahu teruskan menjaga mereka.. Naluri keibuan sy mampu keluar dari kepompong yg kaku kepada yg lebih agresif..

Melawan rasa takut , kepenatan, hilang rasa malu menjaja kuih dan sayur, x fikir pun jaga kecantikan. Sy letak nyawa saya utk keluar dari kesempitan supaya anak2 x dihina org dek kerana lemahnya sy sebagai ibu..

Rupanya betul slogan sy “ Perubahan yg sedikit akan membawa perubahan yg besar“..Contohnya menyemai sebiji nangka.. Tunggu 4 tahun akan rendang pokok tu..Boleh berteduh..cantik..dan   Berbuah tanpa henti.. Maksud ayat sy tadi ialah perubahan itu ialah hijrah diri, sikap rajin, sebutir usha akan memberi hasil…adalah lebih baik.”Dari kita x buat apa2 langsung“..

  • Kasih sayang mampu mengubah segalanya..Yg lemah menjadi kuat. Yg Sukar jadi mudah..Arnab sanggup buang bulunya demi selimutkan anak..Namun perhatikan sifat kilat dan sifat keibuan si coklat..amat berbeza..Kilat masih cantik, membiarkan anaknya mati..dn x sibuk langsung menguruskan anak2nya ..(Asyik ikut yg jantan je)…

Sy senyum sendiri melihat 2 arnab betina terbayang terus .. manusia yg optimis dan pasif dlm pemikiran.. dgn 2 sikap berbeza  hasilnya pasti berbeza.. itulah titik  pencorakan kehidupan.. ..

Namun kelangsungan hidup ini tidak semua indah dan pasti ..Ujian tetap ada sebagai manusia dan ibu..Hidup ni pelaburan..Ada rugi ada untung…

Jgn letak harapan yg tinggi isi didunia ini.. Semuanya x pasti dan x akan bertahan kerana itu sifat dunia sementara.. .Lebih2 lagi dlm berkasih sayang (anak suami atau isteri) ..Mereka yg kita sayangi ini jika menyakitkan kita pedihnya x terkata..

Siapkan minda menerima kemungkinan. .Sy melihat kasih ibu yg hebat tidak semestinya anak akan faham dan sering disalah ertikan cara didikan ibu..Sy pernah jumpa anak2 begini

  • Arnab jantan makan anaknya sebab takut pesaing..Betul la kan…asal je bernyawa manusia atau binatang pun takut pesaingan dan ada sifat buruk sangka..susah nak bertoleransi…Namun islam mendidik hati redha dgn ujian kembali kepada islam..Melihat dugaan Nabi Allah Adam anaknya sendiri berbunuhan sesama adik beradik..Nabi Allah Yaakub dan anak2nya yg lain cuba membunuh Nabi Yusuf ..

Kekuatan satu pasukan kerana teamnya.. Hidup berkeluarga ni seronok sgt ..tapi bukan satu mudah nak satukan..cakap senang..nak laksanakan belum tentu jadi..

Sy melihat setiap jari jemari tangan kita xsama Allah ciptakan ….Itu baru jari, belum lagi takdir, rezeki, ajal, maut , ujian Allah akan bagi x sama kepada semua hambanya.. Walaupun kita adik beradik yg lahir 1 ibu..!! Begitu juga lah sy melihat arnab ni ..lahir 1 ibu tapi warnanya pun lain2..

MANUSIA INI BELAJAR DAN TERUS BELAJAR..Perubahan tak akan berhenti..Hidup ini satu journey yg menarik dari pembelajaran yg berlaku setiap hari…tidak semestinya ada pada sekolah  sj..!! Walau berada dimana pun dalam situasi apa sekali pun setiap hari sebenarnya kita ni pelajar. .

Kesedaran cara sy berfikir setiap hari membuatkan hati sy terasa bahagia sekali; walaupun perkara sakit..Wujud insaf..syukur..redha..sebagai manusia yg lemah…Kejadian itu yg merangsang keindahan  dlm bentuk pemikiran yang disalurkan kepada nikmat akal dan kita buat pilihan..

Pecahannya pula kepada positif atau kepada negatif..Akhir sekali Kesimpulan ia jadi pembelajaran.. lihatlah dgn membuka mata hati melihat pelajaran itu dlm bentuk apa..?? Itu yg sgt penting. .

Jika melihat apa sj dlm kehidupan ni sekadar sbb tengok sesaja ” RUGI” ..Tengok ..Fikir .. Analisa..dan buat tindakan rangsang minda kearah kebaikan “BARU BETUL” …

Sy pernah tanya suami sy yg x romantis langsung orangnya, gini soalan sy pd dia..

SY : kenapa awak suka sy adakah sebab fizikal atau status sy ada duit..??

Suami : Sy suka awak sebab pemikiran awak jauh lebih baik dari rupa paras awak…Cantik itu subjektif..dan cantik bukan jaminan bahagia ..dan bukan juga dijamin ke syurga. Lama mana manusia kekal muda dan cantik, .Tua juga nanti. . Banyak bohsia murahan cantik..senang dapat dgn sepinggan mi.. Tapi sy bukan mahukan wanita cantik fizikal semata2.. Tetapi sy mahu Ibu kepada anak2 sy yg akan lahir dari generasi yg bagus..

Sy x nak harta awak sbb sy ada tenaga dan upaya nak kerja.. Sy tau harga diri sebagai lelaki dan boleh baca sikap awak yg tegas dan berani lalui risiko kehidupan., dan x takut nak bercerai..Sbb awak nak benefit dlm semua sudut…Dan sy lah sepatutnya lebih takut dan berisiko tinggi kawin dgn awak..

Masa kita sembang awal2 kita kenal dulu..sy lihat cara pemikiran awak sgt luar biasa ..Yg membezakan siapa awak..Sbb tu lah awak boleh jadi jutawan yg x da pelajaran kerana awak ni ada EQ SQ yg sgt tinggi dan baru  IQ..Awak ni terbalik…

Antara ayat awak sy masih ingat .. ” Sy melihat kehidupan ini umpama melihat bawang..Sy akan kupas setiap ulas sehingga melihat isi didalamnya “..

 

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!