
Saya rajin sebab tak ada tempat bergantung.
Saya tak ramai kawan… Saya banyak menyendiri, No.1 hobi saya hanya kerja! Kawan saya hanya suami, anak-anak, perkerja dan pembantu rumah. Saya dah biasa begini sejak muda… Saya tak pernah buang masa lepak atau tidur siang hari tanpa sebab kecuali sakit… Saya belum puas mengenali diri sendiri… Saya terus menerokai diri…
Ini adalah gambar awal ofis saya pada tahun 1999. Saya buat kerja pengurusan dan trial marketing sejak tahun 1996 dan aktif pada 1997. Macam-macam kerja saya dah buat… Kerja kilang, saya free saya akan tulis dan letak gambar-gambar yang masih ada asalkan bertudung. Tapi sayangnya banyak gambar tak pakai tudung gambar zaman saya jahiliah.. hi hi.. maka saya tak letak lah dalam blog peribadi saya ni…
Masa saya buat business Sendayu Tinggi saya adalah Pegawai Promotion di syarikat hartanah. Menguruskan penyewaan dan membuat promosi tarik pengunjung datang ke bangunan Plaza MPK yang masa tu lebih dikenali sebagai Orchard Square.!! Pengalaman disana banyak mengajar saya tentang pengurusan dan kaji selidik mengapa orang melayu selalu gagal dalam business.
Kedai ni saya sewa separuh dengan cina RM600. Saya hanya ada seorang perkerja tetap iaitu kawan baik saya Norazila Yunus yang kini merupakan Ass General Manager ST. Dan 2 orang cikgu perkerja part time yang bantu kerja pengurusan.. Miskinnnn lah bosan nak cerita. Tapi saya tak nak hilangkan sejarah. Biar saya simpan disini jadi kenangan.


One Comment
Sherrill
Finally i quit my regular job, now i earn decent money online you should try too, just type in google – slabs roulette system