
Rupanya gastric ini macam2 rasanya…
Sy rasa bagus sgt sy kongsikan info ni sbb mungkin anda juga ada mengalaminya yg doktor tak tahu…sbb doktor xpernah sakit, dia hanya belajar melalui teori saja..!!
Kenapa sy kata begini sbb ada kes lucu sy belajar dari pengalaman sy dengan doktor, nurse dan kawan sy yg kerja sebagai farmasi..Scroll lagi…
Kejadian ni pada 16hb Okt 2014…Dalam minggu ni sy rasa x sihat ” MACAM2 ADA” …..Mula2 sy rasa tegang belikat dan tengkuk selama 2 hari, sy fikir sy stress hal niaga.. Umur dah macam ni penyakit utama darah tinggi, kencing manis dan kolestrol je lahh yg sy kena jaga.. Penyakit berangkai ni bahaya .!!
Sy pergi ke Farmasi Health Lane.. Kawan 2 ramai kerja sana. Sy sembang2 dan sambil buat pemeriksaan kesihatan .. Masa sembang2 dia bagi info ttg Kolestol boleh menyebabkan tegang tengkuk ..!! Katanya lagi kadang2 jaga makan pun kolestrol naik..Kalau farmasi cek kolestrol nya x detail..Kolestrol baik dan x baik sama je ..Cek di hospital lebih baik..
Gastric juga bahaya kata kawan sy yg ada masalah gastric serius katanya doktor cakap boleh pecah dalam perut. .!!.…Selebihnya hari ni sy nak share ttg gastric…
Gastric ni sejenis penyakit radang pada dinding/pengalas/mukosa perut dan juga penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut..
TANDA /SYMPTOM GASTRIC
• Kerap sakit kepala bahagian kanan
• Rasa senak , berangin atau pedih perut
• Rasa loya atau mual/ sebu perut
• Hilang selera makan
• Muntah berwarna kuning dan kadang2 ada darah beku bergumpal dalam muntah
• Pedih ulu hati
• Kehilangan berat badan
• Najis berwarna hitam seperti tar
PUNCA GASTRIC
• Lewat makan dan biar perut kosong
• Banyak makan makanan pedas, masam, bergoreng
• Mengambil ubat – ubatan tertentu secara berlebihan seperti Aspirin (yg diambil pesakit jantung utk cairkan darah) atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory)
• Penyalahgunaan dadah/alcohol
• Merokok
• Stress yang ekstrem
• Tekanan emosi
• Jangkitan virus
• Juga disebabkan oleh Anemia
Selepas 3 hari sy sakit perut senak pulak yg teramat sakit.. Kemudian Sesak nafas… Antara lain sy sangka kena batu karang ..!!.. ( takut sy masa cek tu).. Sy sesak nafas setiap kali maghrib.. Aiiikkk ganguan jin/sihir ke ni.. Sy baca manzil setiap kali sakit…
.Bila macam ni meragamnya baru sy pergi jumpa doktor.. Doktor kata sy x da jantung..Kolestrol..Kencing manis, darah tinggi semua xda..Doktor kata pelik semua normal. (Sy pulak macam tu kena tarik2 perut ni) Last doktor tu suruh sy pergi buat ECG untuk detail kenapa sy sesak nafas.. Mana tau masalah jantung ..
Sy : Doktor sy x percaya sy ada masalah jantung sbb sy mengamalkan pemakanan sgt sihat dan senaman. .Sy setiap tahun cek detail kesihatan sy.. semuanya ok …
Doktor : Sy pun x tau u sakit apa..Sebab u kata sesak nafas lebih baik u cek jantung..
(Sy pun keluar dan dok tunggu nak bayar bil..Datang Nurse kat sy)
Sy : Dah siap bil ke Nurse..?? Ubat xda..just consultation kan..??
Nurse : X da ubat dan bil kejap lagi doktor bagi..
Sy : Sy tengok doktor tadi binggung je..muka org x pasti..Malas lah sy jumpa pakar jantung..!! Nurse u ada pengalaman x orang macam sy ni sakit perut dan sekejap2 sesak dada..
Nurse : Ada puan..sama apa Puan rasa …!! Sy sendiri sakit macam tu..Puan ada gastrik x..??
Sy : Haaaaaaaa …Ada gastrik tapi dulu2 lah.. (terlopong ..dlm hati nape x cakap depan doktor tadi).
Nurse : Gastrik tu puan …Sy akan kena macam tu masa stress..Kalau sy x boleh menyelesai masalah mula2 dia akan tangkap kat perut ..hilang….lepas tu sesak dada..Puan makan gaviscon je..Baik insyaallah. ..
Sy : Terima ksih banyak2 cik ya kerana berkongsi ilmu dgn sy.
Sy pun balik ..Sy seronok sbb Allah bantu sy jumpa Nurse tu dan bagi sy jawaban yg sy cari..Sy melihat dan belajar 2 perkara dari pengalaman tadi..
- Bagus nurse tu sbb dia x nak malukan doktor..Dia tunggu sy diluar dan bagi info..
- Doktor belajar melalui teori ( myb dia xda gastric dan x tau apa sy rasa) bukan dia melalui secara practical hanya pembelajaran di bahagian perubatan..Maka dia pergi kepada logic akal suspek sy sakit jantung..
Selepas balik sy terus makan 1 gaviscon x sembuh juga.. Masih sakit yg teramat kuat.. Last ikhtiar sy selepas 20 minit sy ambik gaviscon dan pil chi kit teck aun sekali.. Selepas 10 minit lega dan sy tertidur.. Semasa sakit tu sy mengetuk2 perut seperti ini.. Mmg jelas bunyi kembung dan bahagian sakit tu paling kuat bunyinya..
Masa sy muda2 dulu sefahaman sy gastric tu ialah pedih perut ..Dan tak boleh berpuasa.. Atau tahap kritikal sampai muntah2…Tu je lah yg sy tau..
Tapi paling sy x suka alasan x puasa sebab Gastric ..Terutamanya masa bulan puasa. . Banyak lah pula yg dapat gastrik. A lahhh hai saja lah tu alasan tak puasa . Tak kan lah pedih perut je x tahan ..dah tua2 nak bagi alasan mudah.. Nak cover line ler tu ..

3 Comments
am
salam.sekadar perkongsian.gastrik ni boleh jadi kalau tak cukup makan dan makan tak tentu waktu….bila dah terkena tu rasa mencucuk ulu hati nak baring lurus pun tak boleh kene mengerekot…lepastu perut asyik rasa lapar je walaupun dah makan…..cuba makan gaviscon dulu.gaviscon ada 2 jenis.makan gaviscon yang extra strong tu setiap 4 jam…dan lepastu jangan lupa betulkan waktu makan …
jamuratu malaya
Assallamualaikum. .Am..
Terimaksih komen..mudah2an komen En Am ni pembaca lain boleh renungkan, kut2 sama simptom yg mreemreka alami ..gastrik x sama setiap orgbyg alaminya
am
teringat first time kene gastrik pergi jumpa doktor….doktor tu tumbuk perut saya..hehehe….tapi perut saya keras gitu….takdelah dia tumbuk tu masuk ke dalam penumbuk dia