Resipi Bonda

Roti Walnut…

Hari ni saya rajin utk tulis 2 story, semuanya sy buat semalam aktiviti buat roti, mandikan arnab, menulis blog..tak keluar rumah..MAIN MASAK2 LAH APA LAGI Roti walnut, Pizza Paperoni, dan kuih samperit…yg sy nak share resepi Roti Walnut je ari ni…

Sy percaya roti ni mahal harganya. sebab walnut tu mahal.. Susah nak dapat roti ni di bandar 2 kecil kat Malaysia..Sy masa di London Paris. Geram betul tengok kedai roti mereka, macam2 ada ..!! Kalau kat Malaysia gerai nasi campurkan yg banyak kelihatan..!! Di London Paris roti adalah kepakaran mereka.. Sy kagum betoiii..

Hari ni sy nak share macam mana sy buat roti ni.. Bagus utk diet.. Sy beli buku resepi bahasa inggeris.. Bila sy dah try resepi dlm buku ni, sy akan tampal sticker dan komen seperti ..Murah kosnya..lembut dan sgt sedap diet…leceh ke nak uli/buat..semua tu komen yg penting sebagai rujukan akan dtg..!!

Sy dah buat lebih dari 12 jenis roti dan suka explore lagi nak test kemahiran , adakalanya sy buat kajian dgn meng”adjust” bahan2nya . Sy juga akan pilih resepi yg susah2 utk ambik cabaran diri.

Bahan2..Roti Walnut.

Roti sebelum di sapu telur dan di tabur bijan.

Roti sedang dibakar.
Selepas di sapu telur dan taburan bijan.
Ini tumit tangan yang saya maksudkan, masa tekan untuk buang angin pada roti.

Part ( A ) 230g tepung protin tinggi 50g tepung wholemeal 35gm gula castor atau gula diet 3gm garam 3gm yis

(B) 180ml air (C) 30gm majerin 100gm walnut( Cincang).

Bancuh semua bahan A – 5 Minit 2- Baru masuk bahan b – Air – Sampai rata..10 min..lebih kurang.. 3- Lepas tu masukan bahan c.. 4- Total masa diperlukan putaran mesin selama sejam atau 80 min ( doh licin dan elastik) .. 5- lepas tu saya jemur di matahari sampai naik 2 kali ganda..( biasanya 20 ke 30 min je dah naik ) .

  1. ┬áDoh yg kembang 2x ganda tu , keluarkan san – Tekan buang udara ( kempiskan, tekan pijat dengan tumit tangan) dlm roti dan bahagikan kepada 6 bahagian..setiap 1 bahagian 110gm..Susunlah dan biarkan semuanya naik sekali lagi 2 kali ganda..
  2.  Sapukan telur atas roti..Tabur bijan..Biarkan 10 minit sementara tu..Panas kan oven suhu 190..masak sampai perang keemasan..Sedap sangat. .terasa rangupnya walnut..

Nota : Kalau musim hujan sy pakai mesin setting proof utk naikan roti..Anda kalau tak da proof letak luar pun boleh..dalam 2 jam lah baru naik ( lambat)..

Nota : Teknik sy putar pusingan mesin ada perlahan dan ada yg sgt laju..sebab sy bayangkan sy sedang meng hempuk roti..Teknik ni roti lagi naik dan lembut. .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!