Petua Bonda

Rawat black head dengan bahan makanan..!!

Black Head ialah bintik hitam  asalnya dikenali sebagai comedones . Cara mengenal black head ialah bintik hitam menyumbat pori 2 muka. Pori2 itu terbuka kecil kerana wujudnya bintik hitam di permukaan kulit . Puncanya ialah liang roma yang tersumbat  akibat  satu bahan berminyak menjadikan lapisan muka menjadi black head . Folikel rambut pada kulit yang dipenuhi dengan serpihan kulit- keratin dan sebum  . Bintik hitam berlaku terutamanya pada muka dan hidung . Masalah ini adalah normal bagi remaja terutama mereka yang mempunyai kulit berminyak. Bintik hitam boleh dipanggil peringkat jerawat pertama, sebelum bakteria memasuki liang tersumbat.

111 2222Punca bintik hitam

  • Tekanan
  • Perubahan hormon
  • Warisan
  • Kulit kotor
  • Kosmetik yang tak sesuai
  • Mencuci muka tak bersih selepas make up
  • Merokok
  • Alkohol
  •  Kafein

Setiap orang mesti ada masalah kulit pada wajah terutama sekali bintik hitam. Terutamanya di bahagian hidung, lagi-lagi bagi  yang liang romanya besar.. Bintik hitam terjadi kerana terapat liang-liang pori yang tersumbat yang disebabkan oleh debu, kosmetik dan kotoran yang tidak dibersihkan dengan betul juga punca bintik hitam. Cara mudah menghilangkan bintik hitam dengan Menggunakan masker muka Sendayu Tinggi dan bahan makanan (Sila lihat sampai kebawah)-

  • Cuci wajah dengan bersih dan lakukan skrub dengan Oily & Acne Scrub 2 kali seminggu untuk melembutkan kulit mati. Ia juga melembutkan bintik hitam agar mudah dikeluarkan.
  • masker-tube copy
  • Spray dengan toner dan lakukan extraction dengan alat khas untuk mengeluarkan bintik hitam. Selepas proses skrub biasanya proses extraction lebih mudah dan kurang sakit
  • Spray dengan toner selepas selesai untuk mengelakkan jangkitan bakteria pada kawasan tersebut.

44444444

 

  • Gunakan blemish free clay mask 2 kali seminggu sangat bagus megelakkan masalah blackhead lebih teruk. Ia juga mengawal minyak di wajah selain memudarkan parut jerawat dengan berkesan.
  1. face maskKaedah lain boleh bancuh Face Mask dengan sedikit air dan sapukan pada wajah. Ekstrak daripada Spirulina dan wheatgrass yang merawat kulit berminyak , berjerawat dan melembutkan bintik hitam dan putih pada wajah supaya lebih mudah dikeluarkan.

 

Tip semula jadi untuk membersihkan Blackheads

Tomato cerry ada bahan antiseptik semula jadi yang merawat bintik hitam. Ambil tomato kecil, dikupas dan lecek , kemudian sapu pada bintik hitam sebelum tidur . Biarkan semalaman dan kemudian basuh muka dengan air bersih pada waktu pagi.

Lemon antara kebaikannya pada muka boleh merawat bintik hitam. Perah anggaran 1 sudu jus lemon dalam mangkuk, sikit garam bukit adalah lebih baik bersama dengan anggaran secawan air suam. Basuh muka pada bintik hitam. Biarkan selama beberapa 20 minit dan bilas kembali dengan air suam. Selepas itu oles muka dengan ketulan ais batu. Perhatian : Air suam akan membuka liang roma dan lemon akan melembutkan black head supaya senang keluar . Mengoles ais batu terakhir itu untuk menutup kembali liang roma supaya tidak menjadi besar. Membasuh muka dengan air suam atau air panas adalah tidak bagus kerana ia akan membuatkan pori-pori terbuka luas.  Amalan ini lakukan seminggu 2 kali.

Madu sememangnya banyak kebaikannya. Ia tinggi dengan bahan antiseptik. Keajaiban dapat dirasai bagi merawat masalah kulit berminyak dan bintik hitam. Sapukan madu ke kawasan yang black head  dan basuh dengan air selepas 15 minit.

Oat dan yogurt sangat bagus dijadikan scrub dan menghilangkan bintik hitam . Campurkan 2 sudu makan oatmeal dengan 3 sudu besar yogurt, tambah 1 sudu besar jus lemon dan minyak zaitun kepadanya , campurkan semua bahan-bahan ini dengan baik sehingga ia membentuk pes. Sapukan campuran pada muka , biarkan selama 10-15 minit dan basuh muka anda dengan air sejuk. Semasa menanggalkan nya gosok perlahan-lahan pada muka mengikut aliran muka supaya muka lambat berkedut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!