Petua Bonda

RAWAT BENTAN & Jangan x Percaya Pantang..

ST ni adalah minat dan pengalaman sy sendiri dalam pembuatan produk dan penjagaan diri.. Sy menyampaikan petua & merawat org melalui ilmu yg ada hanya sedikit tu dan dari pengalaman sendiri dan belajar dri org2 yg sy yakini ilmunya ttg ilmu perbidanan tradisional atau pun yg diiktiraf pengajiannya dri mana2 universiti luar & dalam Negara..

BENTAN & PANTANG ni anak2 muda, terutamanya golongan yg berpendidikan tinggi ramai yg x percayakan herba, berpantang dn sebagainya.. Kuno dan mitos jer lahh bagi mereka amalan secara tradisional ni..

SY PERCAYA PD SEMUA NI DAN SY MENGKAJI BURUK BAIKNYA.. LOGIK ATAU X SEMUA KAEDAH RAWATAN BERPANTANG DAN HERBA2NYA SEKALI… ”Bukan sbb sy Pengasas ST”.. Yg pasti sy buat utk makan sendiri..

Obses dgn ilmu ttg herba dan penjagaan diri ni bermula sejak kecil… ”Sbb PELIK MELIHAT NENEK DGN MAK SY yg sering bertelagah masa Mak berpantang ttg penjagaan dirinya selepas bersalin..”.. Setiap kali mak berpantang sy tengok bagaimana nenek menjaga Mak..

Mak sgt takut makan ubat, bencikan herba, sentiasa minum ais dan melanggar semua pantang semasa bersalin. Banyak kali Mak bentan sampai pengsan dan berbuih mulut.. Mak degil dan x kan mahu mengamalkan pantang & langsung x nak makan herba..

Nenek bagi herba ubat bersalin utk Mak minum dan dibuangnya ikut tingkap. Kedegilan mak buat Nenek membebel panjang.. Mak juga makan pil perancang kehamilan (Sy perhatikan perubahan kesihatan, bentuk badan, kecantikan mereka yg makan herba, pil perancang dn yg x makan..).. anak sedara, sepupu & kawan2 Mak..

Mak mencemik dan akan muntah bau herba “Ishh nak buat apa makan herba.. Baunya je meloyakan dari Mak (nenek) membebel baik aku buang jer kat tingkap bukan Mak tau pun“.. Sy dengar Mak bercerita.. Sebagai anak sy jadikan iktibar dn teladan melalui 2 org wanita ini (Mak dan Nenek).

Sy melihat badan nenek langsing sampai ke tua dan sgt bertenaga meskipun uisanya 60an.. Berbeza dgn Mak sy selepas bersalin adik yg ke3 (umur baru awal 20an) sudah berperut besar meloyot dan badan kembang x cantik langsung.. Selalu sakit2 badan dan kesan pada badannya bila masuk jer usia awal 40an Mak sudah merasai kesan yg lebih mudarat pd kesihatannya..

Nenek pula begitu taksub menjaga pantang dn amalan herba zaman dulu mana ada hebat2 herba macam sy buat zaman sekarang.. Sekadar sekeliling rumah yg ada je.. Namun berpantang ni ada juga yg x logiknya.. (next story kalau ada masa sy kongsikan antara amalan buruk berpantang cara lama..)

Alhamdullilah ilmu dn pengalaman sy tu sgt bermenafaat selepas ST dikenali.. Menjadi seorg pengasas ni bagi sy bukan sbb status dn glamer.. Sy lebih utamakan ilmu dn kebenaran.. Jika ia banyak kebaikan kan elok jika ia boleh memberikan menafaat kepada manusia lain melalui teori yg telah sy praktikan..

Pantang dan bentan ni bukan boleh dibuat main dan remah..!!

Baru lagi kisah ni di kampung rumah Mak sy.. Ada satu ibu muda usia dalam 20an, baru lepas bersalin seminggu.. Dia x percaya bentan dan pantang (makan herba jauh sekali). Merasakan badannya segar, jahitan dah baik dan bosan duduk rumah.. Start motor ronda2 ibu muda ni petang2.. (bahaya start motor ni boleh bentan melibatkan urat besar pada kaki)..

Naik motor x pakai bengkung pun.. esoknya buat lagi.. (2 hari lah meronda naik moto sedangkan baru lepas seminggu bersalin)..

Balik rumah badan rasa ketat dan masuk je waktu maghrib dia merasa sejuk dan terus kejang 1 badan.. Mengigil tanpa sebab.. Keluarganya bawa wanita ini ke hospital dan masih x sembuh berlarutan sampai seminggu.. (bayinya pun dia x boleh jaga sbb dia sakit bentan).. Akhirnya dia gila meroyan sbb bentan yg x sembuh.. Hospital pun xda ubatnya bab bentan ni..

Banyak lagi kisah bentan lain yg sy jumpa.. Di sini sy nak kongsikan sebahagian tanda2 bentan dan bagaimana mengenalinya :

  • Elak bau buah kuinin, petai dan jering..
    Elak bau buah kuinin, petai dan jering..

    Pening kepala sangat kuat / Pitam tiba2.. Makan panadol pun x sembuh.. Selalunya ini disebabkan bentan bau.. Dalam pantang wanita x boleh cium buah kuinin, jering, petai, org sembur racun.. (apa lagi kalau makan..!! Boleh kancing gigi atau bawa maut)..

  • minum aisKancing gigi, mengigil , mulut berbuih, kejang badan.. Ini selalunya disebabkan oleh kena hujan dalam pantang, minum ais.. makan x berjaga.. (bukan semua makanan boleh makan dlm pantang), menarik benda dgn kuat  macam mencabut rumput ..
  • Tumpah darah yg banyak.. Ini berpunca banyak sebab. Masalah rahim atau pendarahan. Antara lain buat sex dalam pantang, atau disebabkan makan makanan berbisa seperti ikan yg bersengat macam ikan keli, ikan pari & durian.. Kaki kena jaga sbb situ ada urat peranakan wanita.. Jika salah 1 urat kaki yg berkaitan peranakan tersadung juga menyebabkan darah keluar banyak..
  • Gatal dan bengkak badan sampai panas kulit dan x boleh tidur. Ini sebabkan makan makan yg gatal dn allergy.. Kerang, ketam, sotong..

Perhatian : Ada banyak jenis makanan yg x boleh makan dalam pantang yg sy x tulis kerana sy hanya focus kepada “Petua rawat bentan“ paling berkesan dgn Izin Allah.. melalui Minum air Sarsi ATAU AKAR BELIMBING BULUH..

Air Sarsi..
Air Sarsi..

Jika terasa symptom diatas terus minum air Sarsi atau minum air akar belimbing buluh. Kalau nak ikut mujarab AKAR BELIMBING BULUH LEBIH MUJARAB .

  1. Mengadap kiblat bacakan Bismillah.
  2. Salawat atas nabi 3 kali.
  3. Niat minta kesembuhan “Ya Allah aku bertawakal hanya pd Mu dgn minum air ini sebagai penawar kepada sakit bentan ku ini“..

Kesembuhan sgt cepat macam buang habuk dekat mata jer.. terus hilang InsyaAllah..

Akar Belimbing..
Akar Belimbing..

CARA AMBIK AKAR BELIMBING BULUH

Suami sebaik2nya yg mengambilnya.

Buatlah sebelum bersalin sebagai persiapan utk dalam pantang

Ambik diwaktu matahari tegak dan sebaik3nya tengahari Jumaat

  • BACAKAN BASMALAH
  • ISTIGHFAR 7x.
  • ALFATEHAH 3x
  • SALAWAT ATAS NABI 3x
  • MENGAMBIL AKAR TU PUN MENGADAP KIBLAT
  • NIAT MENGAMBIL AKAR BELIMBING TU UNTUK BUAT UBAT ISTERI (SEBUTKAN NAMA ISTERI)
  • SEBUTKAN KESEMBUHAN MILIK ALLAH DAN SY MENGAMBIL ATAS IKHTIAR BERTAWAKAL DGN MU YA ALLAH..

CARA BUATNYA SEMASA ISTERI SAKIT BENTAN :

(RENDAM DGN AIR PANAS DULU CAMPUR SIKIT GARAM)

ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALANYA ILMUNYA YG SANGAT LUAS..

10 Comments

  • jamuratu malaya

    norfadz..
    Assallamualaikum. ..makanan kena jaga..Jgn makan makanan ringan, keropok, ayam goreng mc d ke kentucky ke..ayam daging..elakan..

    Bersenam dn tenangkan fikiran..berdoa sebanyak2nya sambil mengharap pertolongan Allah..

    Amalkan Royal v sesuai dgn usia. .dalam tu ada leaflet..bila dh stabil kurangkan dos ..emel st lagi nanti sy reply Insyaallah. ..amalkan d folia sekali ya kalau boleh sehari 2 biji je..sbb cik muda lagi..

    Gunakan putik telaga dara sebagai cucian sehari 3 kali ya

    • norfadz

      terima kasih puan sudi luang masa reply. saya memang tak makan junk food. ayam memang saya takmakan lama dah. saya seorang yang sangat jaga makan and kesihatan since saya dengar motivasi dari prof muhaya yang kita kena selalu jaga makan and kesihatan sebab senang nak beribadat kepada Allah. tapi saya dah cuba macam macam supplement and ubat untuk jerawat muka yang banyak kat muka, gatal miss v, and bulu roma tapi still tak work. saya taktahu silap saya di mana sbab saya memang minum air yang cukup setiap hari, jaga makan tapi still semua supplement yang saya ambil tak berkesan. duit dah banyak habis. terima kasih puan. saya cuba yang terbaik. terima kasih banyak banyak.

  • El

    Puan,
    Saya pengguna royal V dan putik telaga dara hampir 3 bulan . Alhamdulillah masalah keputihan semakin berkurangan tetapi saya masih mengalami kegatalan di kawasan v. putik telaga dara & calamine banyak melegakan kegatalan saya. Apa lagi yang perlu saya ambil dlm menangani masalah saya ini..? Adakah saya perlu ambil suplement yang lain seperti d folia? Harap puan dapat membantu

    • jamuratu malaya

      El..
      puan jaga kebersihan, cuci v dgn Putik telaga dara 3 kali sehari dn lebi semasa haid..sy mmg penguna tegar d folia sejak muda..sy mengamalkan dn sy mmg xda keputihan ..jauh sekali rs x selesa ..sy ambil 3 biji pagi d folia..dn royal v malam 4 sudu besar..

  • nurul

    Assalamualaikum,

    saya baru 2 bulan bersalin…ms berpantang saya x makan jamu apa-apa pun dan sekarang tangan saya tak boleh langsung pegang benda sejuk atau air sejuk…kalau pegang terasa macam kena kejutan elektrik…ada sape2 blh kongsi tips utk sakit saya ni? terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!