Biodata Bonda

Ramai nak tau APA BEZANYA ST dengan JRM.. ..??

Bila saya menulis dengan blog peribadi ni saya akan menulis dengan mood dan perasaan waktu itu sesuai degan topic yang ingin saya kongsikan. Saya ingin menjawab soalan ramai orang pada saya :

  1. Nape produk JRM tak ada dalam ST ..??

ST konsep exclusive butik. Member sekarang hampir 100 ribu orang. Nak create member buat sistem bukan kerja mudah. Lebih banyak kerja bila dapat projek Watson. Syarikat International lagi susah nak melayan kehendak mereka sangat tinggi.

Tapi sangat bagus Yati kata, ilmu yang sangat hebat dia dapat belajar secara tak langsung untuk improve dalam pengurusan cara International . Sape nak bagi ilmu hebat macam tu.. free pulak kan maka Yati layan je lah.?? .. JRM menumpang dikedai Jamu dan menghormati pemborong sebagai agen besar. Kalau JRM masuk butik ST , system dah lari dan pastinya pemborong tak nak menjual produk JRM. Pemborong besar nak untung lebih – banyak iklan –  maka larislah produk dan agen akan suka jual. Agen besar ni umpama peraih ( orang tengah ). Menumpang ni memang sangat susah sebab pesaingan. Di kedai jamu jika iklan tak kuat pengedar atau pemborong mereka tak focus kepada produk kita semata-mata.

  1. ST dengan produk dengan JRM formula sama ke ..??.

JRM ada kekuatannya tersendiri dan pastinya saya tak akan mengangu ST yang begitu istimewa dari segi sejarah dan nama Sendayu Tinggi sendiri berkaitan dengan diri saya. ST saya bermula dengan mencipta formula produk dan empayar niaga 18 tahun lah kata kan ..!! Barang JRM formula tak sama dengan ST . # Gambar sy dengan JRM ST sangat canggih system ITnya.. Pengiraan stok – kewangan – staf semuanya dikawal di Wisma KL Jalan Tuanku Abd Rahman . ST banyak melibatkan Kementerian ( Kerajaan ) yang sangat rumit. ST juga banyak melibatkan deal keluar negara. Ia sangat susah kerana melibatkan kira-kira yang detail dan memeningkan . Saya yang buta IT mana boleh tahan..!! maka Yati anak sulung saya tu dan menantu saya yang uruskan sesuai dengan ilmu dan pendidikan mereka. Saya hanya membentangkan projek besar yang saya inginkan dan selebihnya mereka uruskan. Saya menguruskan JRM kerana ia ringkas dan sesuai dengan ilmu dan kemampuan saya. Tujuan JRM sekadar memenuhi ruang pasaran saja. Hakikatnya produk tak sama dan cara pasaran juga tak sama. ST dah stabil dan ada cawangan sendiri. JRM syarikat kecil dan tak besar pasarannya. Dalam keadaan global krisis ekonomi saya mencuba pelbagai usaha bertahan dalam biznes.  Ini lah kenderaan saya ke pejabat . Jimat minyak RM 100 je sebulan. Ramai orang ingat saya ni kaya hebat sangatlah sebab dah lama niaga..!! ..Saya ni kalau nak cerita azabnya kami nak mempertahankan umpama berdiri atas kaca..kaki sentiasa berdarah..!! Saya tak mewah dan seindah yang anda sangka..

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!