Petua Bonda

Rahsia ku, rahsia mu jua.. Part 1

PART 1 : Jangan biar badan gemuk terlalu lama… 

Sebagai mukadimah , sy suka nak berpesan “Kita tak akan jadi orang lain dan orang lain tak kan jadi kita..” Itu je dah jelas bahawa semua manusia tak boleh disamakan rezeki, kesihatan, jodoh, takdir semua ketentuannya ..ini kan pula sistem badannya..!!

Sering sy lihat ramai yg jadi stress sakit hati sebab lihat orang lain kenapa mudah kurus..kenapa aku lambat.!! Badan setiap manusia tak sama sistem dalamannya.. Ada cepat kurus ada yg lambat kurus.. Bergantung umur, tahap metabolisma, Hormon, penyakit, kecergasan, genetik. tu semua mainkan peranan..

Maka sewajarnya bab menguruskan badan ni ” Jangan rasa stress… Jangan paksa diri nak kurus cepat..!! tenang2kan lah diri..lapangkan fikiran dan bagi ruang masa..” Kalau kita stress pun x kan membantu kurus lebih cepat pun. !!..Malah merendahkan hormon baik.. Sepekara lagi sy nak ingatkan.. Jangan timbang dalam masa 2 minggu.. Jaga sedikit apa makanan yg di ambil, senaman 15 ke 30 minit dalam seminggu mesti buat 3 atau 4 kali..

Yg penting kalau dah gemuk jangan biar kegemukan terlalu lama.. Kalau lama mmg susah nak kurus. Sebab lemak dah bergumpal dengan daging jadi tepu ( kebal).. Sel atau sarang lemak kegemukan sudah tersedia dalam badan org yg pernah gemuk.. Makin lama gemuk makin besar dan banyak lah kelongsong lelemak.. haaaaaa jangan ingat kalau dah kurus akan kekal kurus. Berpotensi anytime gemuk semula.. Itu hakikat yg x boleh dielakkan.. Gambar rajah ini menunjukkan sel2 sarang lemak yang masih tersimpan/tersedia bagi orang yang pernah mengalami kegemukkan..

WAJIB BERJAGA2 MESKIPUN DAH KURUS..!! Esok sy nak cerita ttg minuman sy. Kenapa dan apa kesan baik buruk makanan yg sy ambil.. Untuk pengetahuan semua RAHSIA KU RAHSIA MU JUA ada banyak Part yang akan datang, semuanya tentang tip kurus ataupun menu harian saya..

One Comment

  • nurul

    Puan, saya peminat puan. Saya juga pengguna setia ST sejak dari tahun 2001 sampai sekarang. Saya mengagumi semangat dan cara puan melihat keidupan. Kagum dan respect sgt kat puan!!. Rasa kalau dapat jumpa puan nak peluk puan sebab idola saya.

    Utk pengetahuan puan, saya mengikuti puan dari jauh dari dalam majalah, booklet ST dan kini blog puan. Baru sekarang berani nak text puan.

    Mungkin nanti saya punya kesempatan jgk berjumpa ngan idola saya ni.
    Lagi satu puan, terima kasih sbb menghasilkan produk ST yang TERBAIK ini.

    Sayang puan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!