Dugaan Nooraini

Projek ladang gagal akhirnya lori dijual besi timbang kati.. Dugaan Nooraini : Part 57

Lama sy x menulis Dugaan Noor Aini.. Mengimbas kembali sejarah silam adakala hati ni sakit sendiri  melihatkan anak2 remaja x serajin seperti sy masa muda..!!.. Zaman berubah org pun berubah.. Gitu ke..??

Adakah salah sy sebagai ibu yg telah menyediakan hidup serba ada serba senang menjadikan mereka kurang berwawasan..?? Mudahan mereka sedar dn berubah.. Amen Amen Ya Rabb..

Adakala sy marah dn terlalu kecewa jika melihat anak2 remaja sy bersenang lenang x menjaga masa.. Kunci kejayaan bukan datang drI keturunan org kaya.. Bukan sijil beralmari.. Kunci kejayaan datang dari  “sifat Jujur dgn diri sendiri, bertanggungjawab, ada kesedaran, rajin, disiplin, tekun, berani dn mahu berubah..”..

Nak berubah dn melakukan perubahan tu 2 perkara yg sgt berbeza… Sy tahu sy ni banyak dosa.. Bab anak ni kalau x disebut anak x faham.. Kalau Ami sebut anak x suka menjeling dn protes dn salahkan kita sebagai ibu.. Katanya mengungkit.. Sy bukan ibu yg baik jauh sekali senyap.. Sifat sabar tahan je melihat kerenah anak2 mmg bukan sy orgnya.. Sabar mesti ada tempat..

Kalau cerdik sekalipun tp malas x guna.. LEBIH X BERGUNA ORG TU DAH LAH BODOH TAPI PEMALAS.. XDA ARAH LAH HIDUP TU NANTI..

Apa Ami nak pada anak2 hanya nak melihat anak2 mempraktikan didikan Ami.. Sebagai ibu itu sudah cukup memadai.. Ami bukan nak duit dri anak2.. Kalau boleh Ami x nak menumpang hidup pun dgn anak2 jauh sekali nak menyusahkan..!!

Dalam tulisan Ami ada pesan dn iktibar supaya kalian jd org yg bersyukur.. (x perlu sesusah Ami nak cari makan utk hidup)..

Alkisahnya sy nak teruskan Dugaan Noor Aini..

Balik dri hospial sy terus urus kedai.. Selesai je uruskan semuanya dalam 3 jam di kedai sy terus pecut bawa motor nak tengok progres lori hantu yg buat kerja ladang sawit..

Ehh hati sy ni macam org lain juga ada masa semangat lemah.. Sy x suka BUAT kerja berat dn tension hidup sgt mendesak.. Penat badan ni x da rehat.. Sy xda pilihan pun nak duduk bersenang lenang.. Selalu sy berdoa dan pujuk2 hati ni semoga sy terus bersemangat supaya sy boleh kerja dn badan kuat.. Kehidupan hari2 sy mahu terus berusaha..

“Jangan malas.. Jangan main2.. Jangan lengah2 hidup kamu ni masih jauh..”.. Berkelahi sy memarahi diri sendiri.. Rasa negatif tu cepat2 sy alihkan mood kpd caj semangat positif.. Supaya bangun dan ingat 10 perkara ni :

  1. Masih jauh lagi usia ni dan apa akan jadi usia tua 40 nanti.
  2. Org xda pelajaran macam sy ni kena rajin dn kuat kerja, x boleh malas nanti malang seumur hidup.
  3. Kalau ada pelajaran senang boleh gak disua2kan sijil masa nak minta kerja.. Org pandai kerja guna hujung jari. Sy x pandai kerja guna tenaga kaki dn tangan..
  4. Org macam sy kena usaha 10 kali ganda baru sama dgn org berpelajaran.
  5. Org tua x bagi sekolah dan x bagi  harta.. Sy ada apa pulak..??
  6. Sy kena cari harta sendiri sebelum umur 40 tahun. Lepas tu badan x kuat sy boleh rehat.
  7. Nak harap suami bagi sy masa depan, mmg xnampak jalan..
  8. X payah harap harta suami, buat harta sendiri lagi puas hati..
  9. Anak sendiri bergantung hidup dgn sy.. nak besar, sekolah dan maruah anak2 dri sy.. Sempat ke sy nak buat harta dn sekolahkan anak2 semua ni sebelum  40 tahun..
  10. Ada ke harta utk simpanan tua.?? Nak duduk bawah jambatan atau rumah kebajikan tua nanti.. Anak menantu belum tentu nak jaga sy tua nanti..

Hanya 10 perkara tu yg bermain difikiran sejak dulu dah tertanam dikepala ni yg menyebabkan sy begitu optimis melihat masa depan.. Bahawa alam dewasa, usia tua sebenarnya menakutkan.

Sebab tu selagi boleh sy tambahkan ilmu supaya kreatif dan mengusahakan pelbagai kerja sy sanggup jer.. Biar menangis sekarang jangan sy menangis tua nanti.. (sy x sanggup tua nanti mengemis minta duit kat anak2 walau utk beli ubat.. Sy paling takut anak atau menantu marah dn x layan.. Sy dapat rasakan jika itu berlaku sy nanti lg kecewa..).. Sy azam penat macam mana pun rehat je lah kejap.. Lepas tu sy sambung lagi.. Kerja dan terus kerja “Masa x tunggu sy dn sy x mahu masa hidup sy berlalu dgn sia2”..

Sejak ada lori hati sy sudah bercabang 2.. Sy mengalih sedikit perhatian dengan projek ladang ni.. Harapan sy supaya sekiranya apa2 jadi kedai runcit ni sy ada sumber rezeki lain.. Ntah2 untung nasib kontrak perladangan ni boleh buka rezeki dan pengalaman niaga lebih besar utk sy..

Kini progress kerja ladang sudah bermula dan dalam seminggu rancak sekali rezeki masuk sgt memberangsangkan.. Dengan 2 org pekerja Burma dan Lombok sudah memadai projek kecil2an sy ni.. Mula2 sy dapat projek angkat baja dan tanam sawit.. Sy x ingat berapa harga yg tepat upah angkat dan tanam sawit atau membaja..

Zaman dulu x macam zaman sekarang, lebih2 lagi di kampung pendalaman. Pergaulan lelaki dn perempuan amat terhad x sebebas macam zaman sekarang. Cemuhan org bagi sy amat membebankan..

Cuma ada 1 tips sy nak bagi pd anda yg nak berniaga.. Selalunya org fikir berniaga akan hidup senang sbb nampak duit banyak..

Sebelum niaga kena duduk sendirian bersoal jawab dgn diri sendiri dulu.. Fikir buruknya dulu bukan fikir senangnya je.. Niaga ni besar risikonya ada kala boleh buat org tu gila dn kehilangan banyak benda bila salah manage, habis harta bergolok gadai, bercerai berai.. Sbb tu sy sebelum buat niaga apa2 sy akan soal jawab dgn diri sendiri siapkan minda.. Kalau x Berjaya, apa kotigensi plan yg kita ada selepas itu..

“Banyak rezeki.. Banyak fitnah.. Banyak dugaan.. Kalau tahan teruskan. Kalau x tahan jangan niaga.. Cari rezeki dengan cara lain yg x bergelumang dgn fitnah dan risiko..”

Fitnah dari masyarakat semakin banyak di sini dn sy makin kebal.. Uiiiikkk x bermakna sy gembira disana. Perasaan ingin keluar dari felda masih meluap2 cuma belum sesuai masanya..

Projek ladang ni menyusahkan sy kerana lori kerap rosak maklumlah lori buruk.. Banyak kena repair duit hasil ladang dah banyak tampung ke lori.. Projek ni x menguntungkan, x balik modal akhirnya dah mula ambik duit kedai nak repair lori..

Geram asyik rosak je lori ni dah lah sy x pandai bab lori ni.. Harap org semuanya.. Kalau ditipu pun bukan sy tau.. Rungut sy sendirian.. Ex suami juga x tau apa bab ni.. Harap follow & caya semua.. Semangat goyang dah rasa nak let go jerr lori ni.. (dalam bisnes x leh caye semua org termasuk diri sendiri.. Kena banyak ilmu.. kebal.. dan pandai baca perwatakan org)

Cuma x da org nak beli.. Sy minta pekerja sy berhentikan projek ladang dan repair sampai elok sy nak jual nanti lori tu.. Sy menyesal kerana tamak buat bisnes lain sedangkan sy x faham apa2 ttg lori.. Lori tu lah basic niaga sebenarnya.. Kalau lori elok myb sy x frust macam ni..

Sy berpendapat lebih baik sy stopkan projek ladang dri meneruskannya.. Kalau xda org nak beli paling tidak besinya sy jual timbang kati.. Pekerja sy amat kecewa keputusan sy dn merayu kepada ex suami supaya memujuk sy meneruskannya.. “Abang xleh nak pujuk akak, sbb semua ni duit dan keputusan dia”.. Hanya itu yg ex suami jawab..

Banyak pengalaman sy niaga kecik2 dalam hidup sy dan dri situ sy melihat niaga ni sebenarnya ikut tuah sementara Allah nak bagi.. Ada masa dia akan tarik balik.. Sebelum dia tarik tu beringatlah.. Bukan semua sy niaga menjadi.. Ada juga yg gagal dn x berjaya.. (kalau anda rajin ikuti stori sy di blog sy akan tulis nanti.. Banyak kegagalan sy lalui rumahtangga atau niaga kecil2an zaman dulu2)..

Dugaan miskin sudah. Anak disahkan lumpuh sudah lalui dn suami sakit pun sudah.. Fitnah pun sudah, berani dn kuat sy lalui.. Allah menguji sy pelan2 rupanya buat bekal sekarang..

Allah bagi sy ilmu dalam sakit & dalam diam tanpa sy sedari hebat betul hikmah Allah… Jom baca lagi next tulisan sy kedai runcit semakin merosot dan sy kehilangan ramai pelanggan..

 

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!