Dugaan Nooraini

Pindah Rumah Along. Dugaan Nooraini : Part 73

Sy memulakan hari2 baru di rumah saudara sebelah ibu sy yg kami panggil Along. Along ada 5 orang anak. 4 lelaki / lelaki sulong dah kawin, 1 anak perempuan tunggalnya juga dah kawin. Di rumah tu ada 3 org yg belum kawin semuanya lelaki (Sy namakan B dia tua dri sy 2 tahun, ke 2 sy namakan A, dia sebaya sy dan paling kecil berumur 6 tahun / lebih kurang)..

Sy merasa selesa sekali pd awalnya kerana anak2 Along lebih kepada cara kampung cara pergaulannya, senang bergurau. Paling sy suka ialah anak tunggal perempuannya yg sudah berumah tangga, tinggal bersebelahan dgn rumah Along.

Sy panggil dia Kak Nor. Dia juga berkahwin atas pilihan keluarga semasa usianya 13 tahun, jarak usia kami dalam 7 tahun. Sepanjang di sini x pernah sy merasakan terhibur dan senang hati begini. Kak Nor buat sy boleh ketawa, senyum dan sy mula memasang angan2 ingin jadi seperti dia.

Dia sangat baik menegur dgn air muka manis dn banyak pulak bagi sy baju2nya yg cantik, modern dn masih elok baju2 dn make up semuanya membuatkan hati2 berbunga.. Sy x pernah meminta apa2, sy malu.. Dia sgt pemurah hati katanya pd sy “Laki akak x bagi kerja, ahhh buat apa duduk rumah. Susah minta duit laki. Ada duit kak nak beli apa senang.. Ko tengok ta make up akak, minyak wangi baju semua duit Akak.. Akak Ta tiap bulan dapat gaji beli baju dn bergaya pakai duit sendiri..”..

Sy teruja dgn cara hidupnya Kak Nor yg bersuami, ada anak2 dan bergaya cantik menikmati dirinya.. Rumah tangganya sempurna meskipun dia ibu yg masih remaja. Kak Nor isteri yg cekap menguruskan waktu dan rumah setinggannya kemas bersih, ada kereta.

Sy mendengarkan pandangannya ttg wanita memilih berkerja dn bukan duduk di rumah “Sy x boleh macam akak dapat gaji beli barang2 sendiri, sy kerja sbb nak tampung duit sekolah anak dn makan pakai kak.. Suami akak gaji besar dn rumah akak dh ada, sy xda apa2 pun dalam rumahtangga kami kak.. Sy kalau boleh x nak kerja kak.. Mana ada isteri kerja cari nafkah hidup setahu sy suami jer cari makan macam Mak dan semua keluarga kita kan suami cari makan minum. Abah sara semua hidup kami. Sy nampaknya x begitu lah kak, sy x suka kerja kak.. Terpaksa..”.. Sayu hati menyebutnya pd Kak Nor..

Sikapnya periang, bersuara sgt kuat tapi sikapnya tak pernah memburukan org lain.. Dia x pernah menyoal sedikit pun ttg apa berlaku pd sy. Dia seperti memahami naluri sy ibu yg masih remaja. Nasibnya sangat baik kerana suaminya ada kerja tetap dn ahli keluarganya sentiasa bersama2nya dan x melalui kesempitan seperti sy yg selalu kesaorangan..

Setiap hari sejak tinggal di rumah Along pulangnya sy dri kerja disambut ramah oleh Abang B sepupu sy yg berkerja sebagai dreber lori. Along rajin masak dn menyediakan makanan yg lazat2 utk anak2nya makan. Tetapi Abg Bad mmg suka masak dn keramahan kemesraan cara org kampung menyenangkan hati sy bersama keluarga Along.

Abang B anak Along sgt rajin masak dn peramah sekali, seperti dalam family sendiri sy bersama keluarga ni, semuanya baik2 dn menghiburkan hati sy. Meskipun Along ini dikatakan “mulut x berinsuran” (ramai saudara mara x suka sikapnya).. Tapi sy selesa dan x merasakan begitu dengannya.

Hari berganti bulan rancangan nak balik kampung menjenguk anak2 sudah dekat masanya, sy memohon cuti tambahan lagi 2 hari. Total cuti semuanya dapatlah bersama anak2 lebih kurang 5 hari.. Wah Diperkenankan..!! Sy akan beli tiket di Pudu Raya masa hari nak balik nanti..

Sy menyampaikan hajat sy pd Along utk balik ke kampung menjenguk anak2.. Sy mengemaskan beg balik utk stok baju 5 hari.. Sy meneruskan program sy balik ke kampung dn berlaku lancar sekali.. Lewat petang sy sampai di Padang Tengku dan dari Padang Tengku sy ambik 1 bas lagi utk masuk ke dalam Felda..

Sy belikan buahan dn makanan kegemaran anak2, dan barang2 memasak di dapur, sakit jari menjinjit penuh dgn barang2 tambahan mengalas beg pakaian. Badan rasa lelah x cukup rehat habis kerja di kilang sy terus balik kampung.

Hati riang tak sabar nak tengok muka anak2, sedih pun ada. Remang petang kekuningan bermaksud “tangisan, kerinduan, kesepian” Sy sampai sekarang suka dgn remang senja. Cantik sangat panorama tu.. Senang menikmati matahari tenggelam tapi jangan dalam mood “tangisan, kerinduan, kesepian”.. Kena pulak dgn lagu2 lama, lebih lagi rasa sakit meyucuk jiwa melayan feelingnya.. (X percaya cubalah. Tips sy kalau sedih jangan dengar muzik, jangan duduk sorang, jangan renung remang senja, jangan ingat perkara tu)

Sampai di perhentian bas Felda Kechau, sy benci mood sedih dn melihat bekas kedai lama kami.. “Ahh perasaan tu datang lagi..!! Bencinya perasaan ni.. shuuuuuhh shuuuuhh pergi jauh2 perasaan ni”.. Cepat sy melangkah laju menuju ke rumah x nak merasai mood tu tetiba ada sorang peneroka lelaki memberhentikan motornya “Baru sampai ke Ta, nak tompang ke, aku hantar ko balik”..

Sy yg kepenatan dn x sabar jenguk anak di rumah terus naik motor dgn P Cik ni, isterinya baik dgn sy dan berusia orgnya. Setakat ni keluarga P Cik ni x tersenarai dalam grup org menzalimi sy.. Sy x memikirkan lagi fitnah org felda kerana sy bukan lagi duduk di sini. Suka hati lah nak kata apa pun..

Sampai di rumah sy menjerit dri luar rumah “Yati, Anten Mak balik.”. .Sy mendengar anak2 berlari2 dan menjerit sangat riuh kedengaran “eiiiii ye ye seronoknya Mak kita balik, eii Mak kita balik..eii eii..”.. Sy merasakan mata sy berair, dada kembang kempis merasakan perasaan yg x terkawal.. Seronok campur teruja..

Kami bersorakan keseronokan sekali pertemuan ni.. Sy memeluk Ani kerana dia x sempurna dn memegang Yati sementara Anten sibuk membuka beg plastik “Mak beli makanan, Mak beli buah Kak Long”.. Yati juga melonjak keseronokan sampai lupa yg kami jumpa ni hanya sekejap saja.. Ex suami senyum melihat gelagat kami..

“Mak pergi lagi x lepas ni.. kalau pergi sy nak ikut Mak.. Mak xda abah masak maggi, goreng ikan x sedap.. Mak xda sunyi tp seronok juga sbb xda orang marah.” Anten sudah mengerti nampaknya pemergian sy.. Sy senyum jer.. Kami makan bersama malam tu dan sy tidur mati sgt keletihan..

Esok siangnya sy bangun awal nak masak siapkan sarapan anak2, Indahnya hidup ni jika ada rezeki yg cukup dn melali kehidupan harian dgn keluarga sendiri begitulah hati ni berbisik2 “Hidup xda makna tanpa keluarga” Bagi anda yg ada keluarga utamakan keluarga anda dn binalah moment tu sebaiknya utk dinikmati bukan dikhianati.

Kata2 dri pengalaman & nasihat sy sebagai bonda..

1: Memiliki hidup terbaik merupakan “PILIHAN” antara mahu terus mencuba atau terus berdiam. Org yg berdiam kerana malas atau x mahu berubah umpama org yg yg mati dlm memiliki nyawa.

2: Manusia selalu berpeluang tapi mengabaikan.

3: Setiap yg kita lakukan biarlah jujur krn kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi permainan.

4: Sedikit perubahan yg kita buat tetap memberikan impak besar pd kehidupan. Adalah lebih baik kita berbuat sesuatu dri kita mendiamkannya. Kerana kebaikan yg kita buat merupakan benih2 kecil yang akan tumbuh menjadi pohon rendang (satu kebaikan besar)..

 

3 Comments

  • ainn

    As salam..
    ainn mungkin sebaya ank2 puan..tertarik dgn permulaan hidop puan..sgt memberi inspirasi lebih lagi utk ank muda seperti saya..baru dua hari mengikuti blog ini tapi hati sudah terpaut..saya menghabis bacaan DUGAAN NOORANI dr part 1-73 dlm masa dua hari..sambil diiringi linangan air mata..sgt emas pengalaman puan..kepayahan puan..selepas ini saya akn menanti setiap update..lebih-lebih lagi DUGAAN NOORAINI..di facebook cube untuk berkawan/menjadi follower puan tp jumlah friendlist puan sudah melebihi..berilah peluang anak muda sperti saya mengikuti pekembangan puan untuk dijadikan inspirasi..salam perkenalan..(update la dugaan nooraini selalu)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!