Dugaan Nooraini

Pelik nape sy gemuk & komen org Indon bina semangat niaga.. Dugaan Nooraini : Part 48

Kepada semua pembaca baru khasnya.. Terima kasih sudi singgah..!!.. Ramai juga yg pm sy bertanya macam mana nak cari Dugaan Noor Aini dari Part 1.. Just Klik sejarah bonda > ada biodata bonda then klik lagi.. Haaaa kat situ semua kisah perjalanan sejarah hidup sy.. Kalau bicara bonda tu lebih sembang2 biasa je.. Semua kolumn kat blog sy tu ada topik2 berlainan..

Minggu lepas sy banyak event, x sempat nak tulis byk.. Kepenatan otak sy berfikir.. Kerja guna otak dgn kerja guna tenaga lain rasanya.. Syukur banyak2 apa semua kita lalui dlm cari rezeki ni.. Susah pun kena lalui juga..

Bila ada rasa tanggungjawab pd keluarga kita akan bekerja sungguh2… Org yg bertanggungjwb pd org lain ni hebat.. Sbb tu bab menyara anak dan keluarga ni sebahagian dr ibadah..

Cuma sy nak kongsikan.. “Beza kalau badan penat kerja, bawa tidur kejap rasa segar badan.. Nanti bangunnya terus hilang letih… Tapi kalau otak yg penat..!! Nak tidur susah, hati sentiasa berkata2.. bawa tidur pun x hilang..”..

Nak pulihkan semangat tu bukan senang.. Isshh..!! Mengaku je sy ni dah tua, sy mmg x kuat berhadapan dgn masalah..

Seterusnya Dugaan Noor Aini..

Sy sgt memerhatikan perubahan diri sy setiap kali bersalin atau kesan dri mengambil apa2 makanan.. Sejak umur sy 12 tahun lagi sy siap catit ttg perubahan diri sy.. (he he kurang kerja namanya tu..)..

Tapi ia memberi menafaat kepada sy bila sy nak jaga badan.. Ada juga yg bertanya kpd sy sebagai rujukan.. Ia banyak membantu kawan2 yg bertanyakan punca dn kenapa terjadi masalah kegemukan atau dalaman..

Alhamdullilah lebih bermakna utk sy sebagai pengasas ST.. MasyaAllah.. Senang rasanya bila bercakap atas dasar pengalaman sendiri..!!

Sepanjang umur belasan tahun hingga 23 tahun sy x pernah gemuk.. Mungkin muda lagi masa tu.. Metabolism masih baik, makan pula cara org miskin… Kerja teruk punca badan x gemuk.. Time tu berat badan sy 42kg ke 45kg sahaja selepas beranak anak ke3..(Sampai 23 tahun)

Sejak niaga cara pemakanan lain dari sebelumnya.. Sejak niaga ni sy jarang masak yg renyah2, masak seringkas yg boleh.. Sibuk menguruskan kedai yg pelanggannya x pernah putus2.. Makan apa sempat je.. Bentuk badan sy masih kekal cantik kurus..

Selepas beberapa sy mula beli makanan dh siap.. Sambil nak ambil hati jiran sesama berkedai.. Sejak tu sy sudah pandai beli sarapan nasi lemak dan teh tarik..!! Kuih2 manis kegemaran sy.. Macam kasui, seri muka, dadar gulung, lepat pisang…

Sedapnya… Mudah dan ringkas.. Hidup sy makin ringkas kalau macam ni.. Bagi sy masa tu masak x penting.. Niaga lebih penting sbb dapat duit.. So sy lebih utamakan niaga dr masak.. Anak2 pun sama lah makan masakan kedai.. Masa menoreh sy x pernah makan luar sbb jimat dn x mampu..

Sy x tahu semua makanan yg sy makan tu mengemukan atau x.. Ye lahh zaman dulu mana ada sumber majalah ttg diet atau tips nak kuruskan badan dn internet.. Sy xda kawan2 nak buat rujukan.. Sy makin gemuk.. tp x tension pulak masa tu..

Seperkara yg sy nak kongsi dgn pembaca.. Seingat sy zaman sy dulu kaum lelaki x suka perempuan kurus.. Lagi kembang punggung dn “saiz cup” besar itu yg mereka suka.. Kalau kulit, mmg lelaki sejak zaman dulu lagi suka perempuan berkulit cerah..

Kalau isteri yg gemuk itu lambang kejayaan suami.. Kalau kurus lambang lelaki tu x cukup jaga bini.. ha ha ha.. (Senangkan zaman dulu.. Wanitanya x banyak cabaran nak jaga badan.. X banyak perceraian.. Masalah suami atau isteri curang jarangggg dengar.. myb sbb x banyak pergaulan bebas)

Rutin makan malam sy order nasi goring.. Mmg sedap nasi goreng kedai makan seberang.. Akak tu asal org Pahang masak nasi goreng sedap betul… Ketagih sy jadinya.. Akak tu cakap dia goreng pakai planta + cili api + telur + daging ayam..

Selepas 2 minggu perut sy kembang dn saiz seluar dh x muat.. Sy kehairanan.. Apa xnya kerja x berhenti, penat..!!  Dari subuh sampai jam 12.00 malam.. Badan sy x berhenti kerja. Mengemas, angkat berat dn menjual.. Kalau berhenti pun sekejap sgt masa solat, mandi dn masa makan je.. Lain semua x berhenti kerja, macam mana boleh gemuk yerr…..

Sy x kisah masa tu sbb sy x pernah merasa  gemuk.. berat dn cepat penat.. Sy terus dgn cara makan yg sama dn kesibukan yg sama.. Selepas 2 bulan berat badan sy naik lagi  sehingga 60kg..!! (15kg tambah dr sebelumnya).. Makin lama makin naik tapi sy kelihatan sgt menarik dgn 65kg bagi lelaki yg kemiangan.. Setiap kali sy keluar kedai berpusing2 lelaki disana melihat sy… Makin menjadi2 juling mata mereka bila melihat sy..

Sy mengimbas kenangan sebelum berniaga apa makanan sy dan SY CUBA MENGELAKAN MAKANAN HARIAN SY sekarang seperti Susu pekat manis, kuih melayu yg manis2, nasi lemak dn majerin dn telur.. Sy menjangka ini lah punca mengemukan..

INI PERKARA YG SY BELAJAR… SY BERDIET DN MENGURANGNYA.. TAPI X KURANG BANYAK SEBAB APA… Sy masih mencari lagi puncanya (SY X TAHU AIR GAS MENGEMUKAN)… Badan sy makin memboyot rasanya.. Mencungap..

Ex suami dh x menjual lagi kekongsi Indon, kerana kesibukan kedai yg makin bertambah dn kena toreh getah gak utk hantar hasil ke PMG sebagai peneroka supaya x dibuang Felda..

Dalam niaga sy mencuba strategi utk pegang ketua2 Indon atau mandor ladang.. Sy menyuruh ex suami membawa semua tekong2 (kepala Indon) datang kedai kami utk sy berkenalan dn memanjangkan peluang niaga.. Kerana sy melihat pendapatan besar kami ialah dari Indon..

Buat pertama kalinya sy berjaya mendapat 2 kepala tekong indon.. Org Jawa dn Lombok.. Masih sy ingat namanya MAN & PAK HARON.. Baik orgnya, sopan lagi warak.. Mereka menjaga ramai pekerja dn kepercayaan tauke cina.. Mereka ni dibagi duit oleh tauke masing2 utk beli makanan dn keperluan pekerja2…

SubahanAllah.. Strategi sy betul.. Tekong2 ni sgt2 menyumbangkan jualan lebih banyak.. Lebih mudah macam berniaga atas angin layaknya.. Mereka beli barang cash dn x menawar langsung.. Pakai ambik je.. Bayangkan kalau 1 tekong ada 60 ke 100 pekerja.. Dapat 10 tekong dah cukup berbaloi.. Sy x ambik kesempatan atas kebaikan org.. Sy tau mereka x bodoh.. Balik mereka kira dan compare..

Bagi sy biar sikit tp berterusan.. Yg penting jujur dalam urusan.. Alex makin senang dgn kami.. Barang2nya banyak yg sudah berbayar.. Kami dh x banyak hutang..

Sikap sy suka menganalisa.. Kerana sejarah hidup sy mengajar sy utk pilih perkara bernilai dn x sia2.. “Pay For The Value”… Pay bermaksud Bayar kupasan bagi sy ialah “Bayar itu bermaksud duit, tenaga, maruah..”

Value bermaksud Nilai dn kupasan bagi sy ialah memilih nilai keberuntungan dan kualiti.. Utk menjadi manusia beruntung dia wajib memikirkan apa yg dia buat tu akan memberikan kesan apa.. Kerana dalam hidup ni manusia selalu ada pilihan.. Pilihan tu lah sebenarnya nilai/value..!!

Sy dibesarkan oleh universiti alam bukan sepenuhnya dgn keluarga.. Sejak sy berusia 12 tahun..!! SUDAH BERKERJA.. SY X DIBERNARKAN BERKAWAN LANGSUNG.. Kesannya pada diri sy ialah sy x reti duduk diam dn sentiasa aktif.. Lambat penat.. DAN SY X RETI BUANG MASA JAUH SEKALI LEPAK DGN KAWAN2.. Perkara ni yg sy terapkan dgn anak2.. (Nak ikut ye.. x nak ikut x pe)..

Arwah ayah sy sering mengatakan pd sy.. “Alangkah bodoh dn ruginya org buang masa.. duduk kedai kopi dr pagi sampai petang.. Dari muda sampai kawin,  dari kawin sampai bercucu,  dari bercucu sampai mati.. Berjam2 lamanya  cuba beli setin susu tu bancuh dan minum ramai2 dgn anak bini.. Lebih baik dr sembang dikedai kopi.. Cakap merapu kalah menteri pandainya.. Apa hasilnya..!!”

Jom baca ni apa sy dpt hasil interview org2 Indon.. Suka sy dn mahu terus ubah diri sy sebagai anak Melayu..

  1. Mereka berkelulusan universiti.. Berbahasa Inggeris dgn baik.. Susah cari kerja di Indon.. Hijrah ke Malaysia kerja sawit.. Sy tanya apa guna belajar kalau xda peluang kerja.. Baik umur 15tahun terus kerja je sawit, jawabnya.. “Sy x tahu masa depan sy, sy boleh gunakan sijil dn ilmu sy belajar masa di University utk pergi ke negara lain.. Cari pengalaman bekerja lbh baik masa muda.. Ada ilmu senang bawa kemana pun.. Yg penting rajin dn x jemu usaha.. Sy ke Msia sekadar cari modal utk tambang dn kos utk sy cari kerja ke negara lain lepas ni..”
  1. Sy minta pandangan mereka ttg org Msia.. “Maaf kak ya sebetulnya kalau kak x tanya.. Sama sekali sy x akan cakap.. (sy minta dia jawab dgn ikhlas supaya ayat tu menegur dn motivasikan sy.. Sy mahu betulkan sikap sy sebagai rakyat msia).. EMAS HUJUNG KAKI NGAK NAMPAK.. GAJAH SEBERANG LAUTAN YG DIKEJAR.. ORANG MALAYSIA MAHU KERJA YG SENANG2 TAK MAHU KERJA YG SUSAH.. “

Maksud gajah seberang laut, angan2 tinggi besar kedepan.. Hasilnya cuma seekor gajah.. Bukan emas pun.. Emas hujung kaki tu maksudnya perkara yg dekat x mahu diusahakan boleh menguntungkan tapi bila dengar org provok itu bagus… haaaa ini bagus..!! Cepat melatah terpengaruh sbb nak penghasilan dgn jalan mudah..

Kenapa sy bertanya kepada Indon2 ni.. Sbb mereka yg sy soal bukan sebarangan Indon.. Mereka berjaya..!! Sy tahu mereka kaya sbb sy simpan duit mereka di bank.. Mereka takut letak dikongsi.. Mereka mudah berbunuhan sesama mereka..!!

Atas dasar percaya kpd sy, Sy bersyukur kerana sy dipercayai oleh Alex sampai bagi modal barang utk niaga.. Dan org2 Indon juga simpan duit dgn sy.. Berpuluh ribu bukan sikit simpanan sebulan disimpan kat sy.. Disini sy belajar jgn pandang rendah org yg nampak susah mungkin mereka lebih kaya atau lebih baik dari kita..

Panjang sgt sy tulis dah esok sy nak sambung lagi.. Org felda buat hal dn gosip liar x suka sy sbb kedai sy jualan cash..  Bini pegawai felda mula beli ikan di kedai sy.. Sy dapat jawapan punca susah kurus semula semasa di FELDA..

6 Comments

  • NISA

    SALAM PUAN …..SY pengguna tegar st,,,,dulu senang nk dapat produk st kat kedai jamu ,kenapa sekarang ni susah.sy terpaksa pergi ke outlet st,,,,di bandar kuantan.. SY DAH BERKALI KALI KLIK KAT JEJAK BONDA TETAP X DAPAT JUMPA ENTRY LAMA DUGAAN NORAINI,,,SY MULA BACA BAB20 SY NK BACA DR BAB PERTAMA,,,,,TOLONG GUIDE PLEASE…..SY NI PEMINAT PUAN SEJAK TAHUN 90AN….TAK PERNAH MISS BELI MINGGUAN WANITA SEBAB NK TGK IKLAN ST…LEPAS TU SY BELI PLAK KATALOG ST,,,K WASSALAM….ADA MASA PUAN CERITA LA PLAK PASAL DATUK ALIFF DIA RAMAI PEMINAT SEKARANG,.MOGA SENTIASA DI RAHMATI YG ESA

    • jamuratu malaya

      Nisa…try klik sejarah bonda tu, then klik lagi biodata bonda tu penuh sejarah silam sy..Ttg sukri ..Allah maha mengetahui perbuatan dia…Biar dia jadi rahsia sy…JANGAN TANYA SY MENGENAI DIA ITU SJA PINTA SY..fahami saja apa tulisan sy.. tangisan sy mendoakan ..Jangan pilih jalan sesat..x kan berkat hidup meskipun ternama jika melanggar karma alam…perintah Allah ..

  • inahamdan

    assalamualaikum bonda…
    bonda, saya baru membaca kisah DUGAAN NOORAINI…
    memang perit,sedih,semangat bonda alaminya dahulu. memang betul kata2 orang2 yang berjaya dan hebat seperti bonda… melalui kesusahan demi kesusahan dengan pelbagai ujian… akhirnya kesenangan dicapai dengan azam,nekad,tekad dan semangat luarbiasa..dan dengan bantuan dari ALLAH SWT yang Maha Mengetahui segalanya..

    Bonda, semenjak saya membaca kisah bonda, saya menjadi lebih semangat dalam kehidupan..
    saya pernah lalui susah senangnya berumahtangga… (tapi x sehebat bonda).. masa tu, saya jadi seorang yang putus asa,merendah diri sangat..dan stresss…
    sekarang ni dan mula membaca dan mengikut segala panduan,petua,tips bonda dari JAMU RATU MALAYA dan saya mengamalkannya..alhamdulillah..semakin bersemangat

    terima kasih bonda… ingin sekali berjumpa dengan BONDA di rumah hutan..cuma masih belum berkesempatan bonda.

    semoga BONDA sentiasa beroleh kejayaan dunia akhirat…Aamiin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!