Bicara Bonda

Pahitnya jadi Pengasas (Part 2: Niaga tak ikut syariat)

Dia uji kita masa sihat dan juga masa sakit, dlm senang dan kesusahan ..!! Bab yakin pd kuasa Allah ni tak semestinya belajar kat Madinah atau tunggu jadi ulama baru nak yakin ..!!  Cuba perhatikan.. Kita bernafas untuk hidup  dgn udara. Bukan ada warna dan rasa tapi kita sedutnya untuk hidup. Ikan kat sungai/laut pulak hidup tak sedut udara macam kita dibumi,  ikan bernafas dlm air.. Nape kita tak macam ikan dan ikan tak macam kita untuk bernyawa..??..

Aiiikk…kkk… Melalut bab akidah pulak dah…kih kih kih ..Bukan apa pun..just selingan jer… Sy nak kaitkan dlm story ni sebenarnya Allah uji test sy secara praktikal sebab sebelum ni sy selalu kata ..” Rezeki datang dari Allah bukan dari manusia..”  (adakah sy yakin dgn apa sy sebut) ..!! Dik oiiii..ishhhh… Dalam niaga kalau pilih jalan lurus mmg sakit dan susah .  Pasti kita akan mengena punya.. Niaga cara islam sgt payah dalam mengekalkan syariatnya .. !! ..

Kalau niaga nak cepat kaya mmg tak ikut syariat lah atau konsepnya Hit & Run”.. gini kak ceritakan lebih kurangnya ..

1: Tak perlu dok lama dlm industri ni..Dapat duit banyak tutup lah co supaya selamat dan orang bukan tau sape ownernya ..!!

2: Letak la bahan apa pun tak kisah lah. bahaya ke dak..!! Supaya cepat berkesan yg penting org suka. Iklankan je kat paper. Lagi jimat jual kat fb je – atau buat net working cara Mlm,  ni lagi mudah nak kaya.. KKM tak boleh detect .Bagi untung kat stokis banyak2. .Garenti kedai jamu atau top leader suka push sbb banyak untungnya…

3: Kalau dah untung , Kkm dapat tangkap pun tak kisah ..Bukan susah pun tutup jelah co lepas tu buka co baru..Buat lagi lah benda sama..

4: Nak untung banyak tipu bab buat produk : Contohnya produk kata ada stem cell dan kolagen ..tapi tak da pun bahan aktif bahan dlm produk tu. Hanya perisa buah biasa saja yg tak ada fungsi kecantikan atau kesihatan pun..

5: Beli je produk kat Thai atau mana2 negara yg bagi harga murah just pasang label kat sini..Jual pasaran gelap..tak payah  tahu produk tu dari bahan apa..janji dpt duit

6: Kebanyakan pengasas tak ada ilmu buat produk dan tak penting pun ada kemahiran tu..Minta kilang buatkan produk mereka hanya buat pemasaran je..( pada sy lebih tulen kalau ada ilmu sbb kita boleh upgrade dn pilih herba terbaik )..

7: .Masa iklankan ayat kena kaw2.atau guna artis , duta nak kuatkan sale.walaupun produk tak sebagus mana.

8: Nak power lagi kasi produk laku kena ada status Dato’ atau Doktor ( kena beli lah status tu ) Masa iklankan nanti letak lah diasaskan oleh Yg Berbahagia Doktor Dato’  Tominah Sagiron …org ramai akan yakin produk tu bagus sebab status pengasas tu…

Ada ramai penguna mereka tak kisah pun produk apa..janji murah, produk baru dan apa sale girl promote di kedai jamu masa menjual , itu lah yg akan dibeli..Lebih meletop kalau cara pasaran dengan ayat2 pelarisnya di internate/fb..

Rencah asam garam niaga produk kecantikan ni macam2 sakitnya . Masalah pesaing itu normal dlm niaga..Masalah paling besar ialah banyak produk baru dipasaran dan mereka ni pemiliknya merosakan pasaran dengan sikap yg sy citer 8   perkara kat atas tadi..

Kes hasad dengki ramai sangat sesama pengasas sendiri atau individu persendirian yg ingin menjatuhkan nama baik syarikat/produk..Ia akan melemahkan syarikat dan semangat owner supaya tak bergerak maju ..Bagi mereka kalau nak pegang market supaya mereka duduk no 1, ialah dengan menjatuhkan pesaing dengan cara sabotaj kepada siapa pesaing hebat mereka . ..Mereka beranggapan dengan sabotaj ni akan memudahkan mereka kontrol market .

Ujian orang niaga macam2 kalau tak kuat semangat, baik jangan niaga.. Hutang sana sini, tak pandai urus duit boleh bankrupt,  rumahtangga boleh cerai berai, harta habis, jiwa semua boleh hancur kalau tak kena gaya kendalikan ..Kes khianat ni bukan sabotaj je..sihir pun ada juga ..!! Kedai pun kena sihir , orang tak nampak kedai..dalam kedai ada banyak darah , dikacau jin/staf ketakutan ,  perabut bergerak2 sendiri..

Mereka tahu semua pengasas takut KKM , KDN, LHDN ..Mereka akan buat aduan tipu kepada KKM (sabotaj) dgn harapan  Pesaing jatuh. Terutamanya selepas KKM buat serbuan pastilah keluar TV dan muka depan paper . Pasti kecoh dan tersebar lagi2 kalau co tu terkenal. Kalau ada politik sokong atau bantuan orang dalam yg kuat , senang lah.. Selamatlah dari viral media. Kalau tak ada sokongan tu lah yg kejur badan dibuatnya angkara serbuan KKM ..

Penguna pun boikot dan lumpuhlah syarikat.. Tak lama lepas tu bungkus tutup kedai.. itu yg mereka nak sebenarnya.. Ànda rasa2 berapa kos buat angkara jahat ni ??..

Ada lagi kes yg sabotaj ni lain pula caranya .. Kes pengguna buat aduan muka rosak teruk sbb pakai produk..Minta duit (tebusan) . Mereka ugut nak report kalau tak dapat duit/macam kes culik.Kami atasi dengan macam2 cara.. 1st cuba rawat dulu utk pulihkan tengok cara pakai.. Biasanya cara pakai salah dan kulit sensitif pd salah 1 bahan.. Ada yg tak pakai produk pun saja tipu bila kita minta bukti barang dan resit belian /takut tiruan, tak ada.. dan kami minta pergi klinik kulit panel syarikat.. mereka tak nak pergi..!!..

Outlet ST di Miri, Sarawak
Outlet ST di Miri, Sarawak

Sebab tu sy nampak dalam industri ni sy lihat ranjaunya kalau nak bertahan ST kena ada butik sendiri..Kedai jamu banyak produk dan hanya akan jual produk yg banyak untung je..Mereka tak pentingkan penerangan lengkap ttg produk..esok sy tulis lagi ttg sakitnya nak bertahan dlm biznas..

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!