Resipi Bonda

Nasi Minyak TOK Nenek…

Cara-cara membuat Nasi Minyak Tok Nenek : 

Nasi Minyak Tok Nenek
Nasi Minyak Tok Nenek

Masukan air dalam 1 cawan dalam periuk nasi
Masukan – kayu manis 3 batang – bunga lawang 5 kuntum
Buah pelaga 5 biji – cengkih 10 –

Rebus sehingga mengelegak dan airnya menjadi coklat cair
Basuh beras 4 cawan besar – beras biasa atau beras mati
Masukan dalam rebusan air rempah dalam periuk nasi

Masukan susu cair 1 tin
3 sudu besar Pati Ayam Maggi
Garam 1 sudu besar
( Tambah air ikut keperluan nasi )
Jangan banyak sangat air – lembik tak sedap

Tumis Minyak sapi dalam 1 cawan besar
masukan bawang merah dan bawang putih
Goreng sehingga garing – masukan dalam periuk nasi tadi
Bila nasi mula kering airnya masukan kismis dan buah gajus

Resepi saya bukanlah terbaik tapi kalau nak cuba inshallah jadi..

Layari :
http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.net
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!