Bicara Bonda

Lagi Moden – Lagi kuat sihir – semakin jahil..!!

Gambar sebagai hiasan.
Gambar sebagai hiasan.

Dengar dari orang bersembang nak dapatkan tukang buat sihir paling bagus ialah orang Indonesia, thailand dan orang asli kat malaysia..!! Nak apa cakap je..Ilmu cantik, kunci hati, pengasih, pemisah rumah tangga, kunci nafsu serta penunduk sangat terkenal kepakaran bomohnya No1 katanya dari di Indonesia. Artis barat juga banyak mengamalkan sihir dan datang ke indon..!! Kisah susuk yang ditanam dimuka dapat dikesan melalui x-ray terhebah kesana dan artis barat dikatakan ramai mencari di Indonesia.

Tapi ramai yang tak tahu sebenarnya sihir paling hebat datangnya bukan dari Indonesia tetapi dari Mesir, Mekkah dan Madinah . Sangat banyak orang yang terkena sihir disana. Pakar Mua’lij atau Perawat Islam paling banyak datangnya berasal juga dari sana.  Saya mulanya berasa pelik bertapaknya islam disitu juga banyaknya sihir. Kata suami saya apa nak dihairankan.. Disitu lahirnya manusia mulia dan disitu juga tempat Abu Jahal. Rasullulah SAW kekasih Allah yang tak pernah putus zikir dan ingatannya pada Allah juga pernah terkena sihir.

Gambar contoh
Gambar contoh

Saya dengar dari sepupu dan tak tahu kesahihannya benar atau tidak..!! Kecoh kereta mewah berbaris dan ramai juga yang bertemu dengan artis terkenal. Meskipun diceruk kampung kehebatan seorang bomoh dari Indonesia yang tinggal di Sabak Bernam hanya melayani pelanggan VVIP. Hebat katanya ilmu penunduknya dan nak bagi lebih cantik..ada ilmu kunci segala kuncilahh…!! Bayarannya mahal dan orang kampung  tak berani nak dapatkan perkhidmatannya.. Sekali pergi minima RM1500 . Kalah doktor pakar punya servis. Sampai selesai kes sampai RM200 ribu pun ada …

Nama yang saya tulis bukan lah nama sebenar . Ia sekadar iktibar sebagai renungan bersama.

layari…

http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.net/ 
https://www.facebook.com/JRMOfficial 
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!