Dugaan Nooraini

Lagi best kerja kilang dari toreh getah.. Dugaan NoorAini Part : 71

Pagi2nya pada awal subuh sy sudah bangun dan sebelum keluar dri kelambu tu sy merenung muka anak2 sambil berdoa “Ya Allah sedihnya sy nak pergi kali ni, lindungi anak sy Ya Allah berikan mereka pertolongan berupa perlindungan, rezeki kesihatan serta makan dn minum yg cukup. Lapangkan dan bahagiakan hati mereka. Jangan sekali mereka rindu dan sakit dgn apa sy buat ni masa sy xda nanti”..

(Sy mengomel kumat kamit nak baca atau hafal ayat quran x reti masa tu. Sy xda kawan dn sudah menjadi kebiasaan sy brcakap sendirian seakan2 sy bercakap dgn Allah. Sejak belajar sy banyak gantikan dgn zikir.. he he he.. Adatlah kan kalau bodoh/jahil belajarlah sbb tu kena menafaatkan umur..!! Kalau sesat kita bertaubat.. Allah sangat baik pd kita sbb tu dibagi masa.. sedangkan kita hambanya selalu buat yg x baik.. X malu ke..??)

Sy bersiap cepat2 sedang anak2 lena tidur, berjengket2 kaki dengan perlahan2 melangkah keluar dr bilik..“janganlah anak2 x melihat sy keluar dr rumah. Sy x sanggup melihat mata dn air muka anak2 yg sangat sy sayangi”

Sy akui dan malu bila dikatakan “wanita cekal” kerana dipandang dri sudut kejayaan bisnes Sendayu Tinggi. Sebagai ibu sy tetap ada buruknya jika dibandingkan dgn ibu2 lain. Sy x membelai anak dgn bermanja berlebihan sbb bagi sy nanti besar semangat x kuat bila berhadapan dgn masalah.

Sy nampak hidup ni perlu cekap dn cepat sy ajar anak berfikir dn menilai masa, ttg duit dan maruah dan menyatakan apa sebabnya sy buat begitu. Sy melayani anak2 dgn banyak bercakap, bergerak pantas, berslogan , berfikir dn membuat perbandingan, kenapa buat begini kenapa elak itu.. Tegas & kuat semangat macam rekrut askar.. (antaranya konsep bertindak dgn sifat 10 awal utk semua perkara/anak sy je faham apa sy maksudkan ni). Mungkin sbb parents sy x membelai masa kecilnya sy, maka sy x tahu menyatakan sayang pd anak seperti berkepit atau berulit.

Masih sy ingat arwah ayah sy mendidik sy begitu. Didikannya dgn cara banyak bercakap perkara penting tujuan hidup yg jelas. Sy tahu dia sayang sy tapi dia x pernah memeluk atau menyentuh sy. Arwah ayah seorg yg sgt mulia peribadi, akhlaknya dia sentiasa memberikan kata2 perangsang kpd hidup berwawasan supaya sy mencontohi org2 berjaya..

Sikap keibuan sy banyak dipegaruhi oleh arwah ayah & desakan hidup melalui pengalaman sendiri  Sy nak ajar anak akedemik mmg sy x pandai lah, klau sekarang sy kasi tuisyen dn klas belajar ugama. Kelebihan sy boleh bagi ilmu pd anak2 hanyalah ilmu kehidupan.. Bagi sy Universiti kehidupan itu lebh baik & ia mematangkan anak sy 10 tahun dri usia sebenarnya..

Panjang lebar sy mengisahkan ttg sikap sy sebagai ibu kepada pembaca semua.. Nama pun sy kan manusia sebagai ibu mmg banyak kekurangan. Sy x sempurna..!!

Tapi sebagai ibu “Kasih seorang ibu paling mahal x boleh dibeli dgn duit atau digantikan dgn harta sbb tu sentimental value dan terlebih sensitifnya yg sgt mendalam. Ini semua atas nilai kasih sayang dan pengorbanan dirinya yg anak2 x mengerti. Hanya Allah dn dirinya yg mengetahui kenapa MAK JADI SENSITIF…!!”

Ibu membawa anak melihat kedunia, kami mengajar anak mengunakan tangan dn kaki utk berjalan malah melatih anak bercakap sampai basuh berak pun kami buat utk anak2.. Kami takut anak digigit nyamuk atau sakit..

Kenapa bila anak besar sanggup “SAKITI KAMI YG BAIK DGN ANAK”.. Anak nak tumpang membesar dgn kami..?? Dah besar tinggalkan kami..?? Ohh anak kami hanya mahu bila kami x berdaya nanti sentiasa anak2 sebelah kami..“KEBERSAMAAN” hanya itu sy mahukan.. Anak menantu bersama kami x tinggalkan kami, temankan kami saat kami xberdaya dn ketakutan lalui usia kami yg kelam..

Niatnya Mak marah mendidik demi maruah dn Islam.. Dia nak jumpa kembali anak2nya sampai kepintu shurga.. Dia x sanggup anaknya dihina keji didunia apalagi masuk ke neraka.. Ibu pertaruhkan nyawa dn jiwanya nak selamatkan anak.. Tp ada anak degil yg melanggar kehendaknya.. Ibu sakit hati kerana kecewa. Insan bergelar anak x faham niat sy sebagai ibunya.

Kembali semula kisah sy..

Sy dihantar oleh ex suami terus ke Padang Tengku, melalui kabus pagi yg dingin dan pemandangan pagi yg sepi hanya berbekalkan tenaga 4 kerat sy hijrah sorang diri. Sengaja sy terus ke Padang Tengku kerana disana lebih banyak bas.

Dengan cara ini juga sy dapat melegakan sedikit sedih hati kerana jika melihat bekas kedai kami yg lama tu lagi pedih rasanya. Ternampak2 bekas2 kami berniaga bersama anak2 disana. Dulu kami berkumpul sekeluarga, kini sy sendiri keluar cari sumber nafkah..

Entah betul entah tidak tindakan sy ini, sekadar mencuba selagi muda dn kuat. Hanya itu perkiraan dalam minda sy, yg mana hasilnya belum ketahuan. Berani betul sy dgn tindakan sy ni kerana xda sape bagi idea atau nasihat sy hijrah ke KL.. bagi sy “Untung sabut timbul untung batu tenggelam.. Tapi jangan sampai tenggelam ha ha ha..”

Sy ditinggalkan sendirian menunggu bas atas permintaan sy kerana sy menyuruh ex suami balik cepat kerana anak2 tiada siapa yg menjaga. Tak lama selepas itu sy menaiki bas paling awal menuju ke Lipis. Dri Kuala Lipis sy terus ke Kuala Lumpur..

Kali ini x banyak dugaan sepanjang perjalanan sy ke rumah mak saudara sy bakal sy menumpang tu. Alhamdulilah sy selamat sampai kerumah ibu saudara sy. Badan sy kepenatan dan ingatan pada anak dapat sy kurangkan kerana xda masa mengelamun. Esoknya sy berbaju kurung dgn menaiki bas buat kali pertamanya ke Kilang Quality Tecnology.

Sejuk selesa naik bas beraircond dgn muzik sepanjang menaiki bas dan bila masuk mendaftar diri utk bekerja sy terus diajak masuk ke pejabat dn diberikan pakaian operator kilang dn diperkenalkan dgn supervisor. Terus sy masuk ke department sy dn diajar cara2 bekerja..

Ehh ramai perempuan, muda dn yg bergaya.. Ada yg agak tua nampaknya berpangkat sbb kelihatannya mengawasi pekerja2 lain.. Melihatkan suasana hari pertama berkerja kilang hati merasa sangat selesa 1000x ganda dri menjadi penoreh getah atau berniaga.. Selesa sekali..!!..

Suasana kerja dn persekitaran bersih selamat yg dah lama sy impikan cara bekerja begini. Sy kena cek chip komputer sangat mudah kerjanya “macam robot” kena ikut target..!! Sesuailah dgn diri sy yg xda akedemik. Sy sangat fokus mahu menunjukan kecemerlangan diri sy..

Sy nak minta komen pembaca semua.. Setuju atau tidak ..??
Utk next story “Sy nampak potensi karier yg gelap sebagai pekerja kilang. Sy takut nak menulis kerana x mahu jadi fitnah dn menyakitkan org lain..” Jika ramai yg komen positif sy akan sambung atau tinggalkan ..

Tapi part ini sy mohon dimaafkan jika kata2 sy nanti ada yg menyinggung perasaan bagi pembaca yg berkerja dikilang2. Kerana kisah Dugaan Noor Aini ialah utk motivasi atau “celik kehidupan” bukan utk kondem mana2 pekerjaan yg halal ..

Kata2 sy dri pengalaman sy sebagai Ibu..

1 : “3 kemuliaan didunia sebagai punca ketenangan hidup dgn menyemai benih amal. Kita tuai hasilnya di akhirat iaitu memaafkan orang yang menzalimi kita, menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang merosakannya, dan sabar ketika orang membodohkan kita”.

2:  “Jika mulut seseorang berkata jujur, maka perilakunya akan bersih, jika niatnya baik, maka rezekinya akan ditambah, dan jika ia berbuat baik kepada keluarganya, maka umurnya akan ditambah”.

3 : “Janganlah malas dan suka marah, Ke2nya itu kunci segala keburukan. Siapa yg malas, ia tidak akan dapat melihat kemampuan dirinya. Bagi si pemarah ia akan kehilangan kasih sayang dn org2 yg disayangi.”

 

19 Comments

    • jamuratu malaya

      rayza.., stengah manusia suka kelihatan ” UP “..berada diatas utnuk disanjung dn mulia..penulisan sy seakan menghina diri sendiri..Sy menulis bukan kerana nama atau menghinakan org lain..Itu sbb sy perlukan komen..Sy mahu insan lain redha akan kekurangan sy dlm menulis

  • Feenaz

    Teruskan menulis kisah di kilang itu Puan, yang baik jadi teladan yg buruk jadi sempadan.Pengalaman Puan besar ertinya buat anak muda seperti saya.

    Tidak sabar utk entri seterusnya.

  • siti Fadillah

    Puan…sy suka membaca tulisan puan…selalu merendah diri… teruskan tulisan puan…yang membaca..ambik positif…sebagai panduan…

    • jamuratu malaya

      Siti Fadilah,

      Terimaksih atas komen Puan, Sy tahu Puan pembaca yg menyelami tulisan sy, sy sebenarnya takut sgt kalau org membacanya merasakan sy sombong ,angkuh dn merendahkan org lain ..

      Menulis dn gosip mmg sedap kalau tujuan utk tujuan glamer dn rating tinggi/nak ramaikan follower..

      adalah lebih malang ia memudarat sy dialam kubur itu sy paling takut , kerana penulisan dn glamer yg xda menafaat

  • aziana

    Puan saya berharap puan dpt teruskan penceritaan. Ini berdasarkan pengalaman…kisah itu boleh dijadikan sumber inspirasi dan motivasi. Setiap orang mempunyai penerimaan dan pendapat masing-masing.

    • jamuratu malaya

      Aziana..Semoga penulisan sy Allah redha dn ampunkan sy..Kepada pembaca semua dalam hati sy hanya 1 ..mencari amla dn mengutip diladang (dunia)selagi boleh dlm usia yg ada..Apa guna sy memburuk dn menghinakan pekerjaan org lain, apa sy ceritakan ialah pengalaman sy membezakan dn mengajak minda supaya keluar dr kehidupan /pemikiran selesa/sempit..

  • ida

    Benar kata puan, payahnya menjadi seorang ibu, nyata terang dlm alQuran. Namun darjatnya juga tinggi atas kepayahan itu. InsyaALLAH sebanyak banyak syukur kerana ALLAH pilih kita sebagai ahli yg paham agama, walaupun tidak pada masa dahulu, namun saya yakin puan paham dan semakin paham akan agamaNya. Innama a’malu bil khawatim – sebaik baik amal ialah bagaimana amal itu berakhir.

    #masyaALLAH

    • jamuratu malaya

      Puan Ida.. Bila pernah melalui kesilapan sebagai ibu yg sudah faham dn insaf..pasti sy x mahu anak sy melakukan kesilapan yg sama.tapi anak x faham tetap melanggar..Sy pujuk hati nabi Allah Adam juga melalui ujian dlm mendidik anak2

      • ida

        benar puan, kita hanya bisa menyampaikan, ALLAH jua lah yang membuka hati mereka anak anak kita. InsyaALLAH doa ibu is the most powerful words. keep praying, bersangka baik denganNya, pasti akhirnya nanti bahagia milik kita bersama terutamanya di alam abadi, aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!