Bicara Bonda

Kereta Yati dibawa kabus putih tebal..

Pengalaman ini berlaku sekitar 2012 , ketika kami pulang dari road show out let dari Kelantan. Saya balik dulu dan Yati balik kemudian. Saya sempat mengingatkan Yati agar cepat kerana saya risau jika dia melewati high way Gua Musang lewat malam. Jalan disana sunyi dan jauh dengan orang ramai. Jika berlaku masalah kerosakan kereta  ditengah jalan atau rompakan itu yang paling merisaukan saya. Kawasan hutan di Gua Musang masih tebal dan sangat bahaya dan saya ada terdengar beberapa cerita ngeri di high way Gua Musang.

Saya sampai dirumah sekitar jam 12 tengah malam. Saya sms dan bertanya Yati dimana sekarang, jawabnya “yati dah masuk high way Karak nak menuju Kuala Lumpur dah “.. Lapang hati saya kerana Yati dah melewati Gua Musang.

Rupanya Allah menguji Yati , Di kawasan Janda Baik, bukan di Gua Musang..!! Pada kebiasaan sepanjang pemanduan mereka akan memasang CD Al-quran. Keletihan road tour ST dan perjalanan jauh menyebabkan keletihan sehingga Ady terlelap sekejap tanpa sedar kereta yang dipandu masuk ke Janda Baik, nasib baik tidak berlaku kemalangan.

Ady terjaga dan terkejut kerana tingkap kereta alphard tiba-tiba terbuka dan  tidak boleh dinaikan.  Ady mencuba mencari jalan keluar dan tersesat hampir 2 jam. Mereka panik kerana jalan sempit di hutan yang tebal dan kabus semakin tebal sangat menyeramkan. Anak-anak ketakutan dan jalan yang ditemui pula jalan mati yang sangat menyeramkan sehingga kereta hampir sahaja memasuki gaung..!!

Akhirnya Ady dapat mengawal kereta dengan baik dan selamat keluar dari tempat misteri tu. Kata Ady “Nasib baik kita buka CD Quran dan Allah selamatkan kita semua kan yati

Maha suci Allah yang meyelamatkan anak dan cucu saya. Saya terfikir agaknya banyak kemalangan sebenarnya bukan sebab kenderaan rosak tapi disebabkan oleh gangguan jin seperti yang dialami oleh Yati dan Ady, kerana saya juga pernah mengalaminya..!!

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!