Bicara Bonda

Kenali makanan punca angin utk jaga perut..

Assallamualaikum kpd semua pembaca blog yg amat sy kasihi..

Sy x banyak dapat tulis blog sejak 2 minggu kebelakangan ni. Sibuk dgn event & buat produk baru yg dlm R&D.. Sy menulis bila sy sunyi dn ikut kelapangan waktu.. Hari ni nak sembang pasal gastrik..

Sebagai org yg dh berusia sy amat berminat mengenali keperluan, kelemahan, perubahan, mahupun peningkatan kesihatan/kegemukan/kurus dalam badan sy (terbalik2 ayat sy ni nak cepat..ha ha).. Ramai yg minta tips kurus. Kalau sy nak tulis sgt2 panjang siap masakan dn pergerakan sy seharian selain produk yg sy makan..

Berkongsi pengalaman sy ni sy mohon sgt sbb ia hak exklusif sy atau Intelektual property sy ni “agar tidak/jangan diambil sebagai peniruan utk bahan penulisan utk iklan produk orang lain..” ia adalah milik peribadi sy utk syarikat sy saja..

Bila badan semakin berusia sy x boleh sebarang makan dan ia akan mengundang rasa x selesa.. Benda ni bukan sy jer merasainya malah org muda pun ada mengalaminya. Yer lah bergantung pd ketahanan badan atau penerimaan badan setiap individu tu x sama.

Sy mengalami alahan pd setengah makanan sejak umur sy masuk 40an, sy peka dan terus memerhatikan tidak balas pd badan kenapa ia baru meragam.. Ada setengah org masih muda sudah mengalami “alah atau sensitif” pd setengah makanan. Anak2 muda sering memperlekehkan pandangan org tua dan dikatakan sebagai mengarut, kuno & x moden lah.. Dah sakit teruk baru nak caye..

Cara pemakanan dan waktu makan punca angin atau gastrik..
Gastrik merupakan keradangan pada selaput perut (mukosa perut) atau x selesa perut sering dialami jika lewat makan dan salah makan yg perut/badan x tahan.. Kesannya seperti :

1. Kerap sendawa
2. Badan banyak angin
3. Kembung perut
4. X boleh tahan lapar
5. Pening & mual adakala muntah kuning
6. Sakit perut atau senak hujung hati
7. Panas ulu hati
8. Senak rasa mencengkam atau sakit menggigit
9. Cirit-birit
10. Bila banyak angin hilang selera makan
11. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Gejala-gejala ni datang dan pergi dari masa ke masa terutamanya dengan gastrik kronik. Senak (pencernaan yg terganggu).. Punca angin atau gastrik dri jangkitan pd mukosa perut dri beberapa spesies bakteria.

Ia boleh bertambah dari masa ke masa sampai jadi gastrik kronik. Kekal selama bertahun-tahun. Ni antara puncanya:

1. Jangkitan bakteria
2. virus dan parasit
3. Ubat-ubatan tertentu mengandungi kokain
4. Org yg minum-minuman beralkohol
5. Masalah hempedu
6. Jangkitan kulat
7. Salah makan menyebabkan alahan
8. Stress atau tindak balas tekanan
9. Kepanasan cuaca atau lebih makan pedas
10. Banyak makanan bergas macam ubi atau durian
11. Keracunan makanan tertentu (berjangkit dan kimia)

Rawatan penyakit gastric elak lah makan yg menyebabkan gas atau asid masam naik. Setiap orang mempunyai gas dalam saluran penghadaman.

Gas datang daripada dua sumber utama: ditelan melalui udara dan ke2 makanan yg ada bakteria berbahaya secara semulajadi masuk kedalam usus besar.

Sy lihat org yg banyak angin akibat :

  1. Hisap cerut atau paip.
  2. Makan laju pun punca udara masuk dlm perut. Makan laju dn banyak angin ni punca boroi perutnya juga..!!
  3. Mengunyah gula-gula getah
  4. Menghisap gula-gula yg keras juga meningkatkan jumlah udara yang ditelan.
  5. Makanan banyak berkarbohidrat contoh ubi
  6. Buahan berangin macam cempedak, nangka, tembikai, epal, pic, kismis, pisang, aprikot, jus prun, pear
  7. Sayuran dri jenis kacang .
  8. Sayur-sayuran sejuk berangin seperti asparagus, brokoli, kubis, tauge, kubis bunga, timun, lada hijau, bawang, radishes, saderi, lobak merah pucuk paku, pucuk manis
  9. Semua jenis teh paling kuat badan masuk angin
  10. Minuman berkarbonat semua air gas
  11. Susu dan produk susu, seperti keju dan ais krim yg ada bahan laktosa, seperti roti, bijirin dan sos salad.

Ni bab penting kena baca :

  1. Cara nak kurangkan gas atau angin dalam badan ialah menukar cara pemakanan atau kenali jenis ubat-ubatan2 hospital yg menyebabkan angin .
  2. Jagalah waktu pemakanan & elakan makanan ringan, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  3. Elakkan Nescafe sama sekali kerana ia menyebabkan migraine dan angin. Antara lain macam teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau itu pun punca angin dalam badan.
  4. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  5. Elakkan makan terlalu kenyang
  6. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.

    Dietry NT Kolestrol..
    Dietry NT Kolestrol..
  9. Minum susu segar atau susu tepung full cream sehari 4 kali sampai sembuh. Atau bagi anda yg x suka minum susu boleh cuna Dietry NT Kolestrol.. Ia x rasa susu dn sgt sedap.. Buang air besar senang turunkan kolestrol, kuatkan tulang dn kuruskan badan sekali sbb minum ni akan rasa kenyang yg lama..
  10. Sy ada melihat 1 petua yg sy rasa elok diamalkan jika mengalami muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam. Antara lainnya ialah Minum rebusan pucuk atau putik delima dgn dos yg sama macam pucuk jambu tadi.
    Pucuk Jambu..
    Pucuk Jambu..

    Pokok Delima Merah..
    Pokok Delima Merah..
  11. Biasanya ubatan dari klinik bagi rawatan gastric yg terkenal di Msia ialah Gaviscon.. Perhatikan ada bahan dalam ubatan klinik yg mengandungi bahan seperti milk of magnesia dsb utk tujuan mengnaturalkan asid badan dn usus. Pengambilan Gaviscon dengan kerap dikatakan akan menjadikan gastric lebih kronik dn usus semakin menipis.

Apa beza Gastrik dgn ulser perut…?? Ulser lebih teruk berbanding gastrik… Sy memberikan informasi dgn melihat pengalaman org lain dn pengalaman sy sendiri. Semoga ia dapat membantu anda diluar dan redha Allah dn izinNya..

3 Comments

  • RAUDHAH bINTI dAWAM

    Assalamualaikum, Puan. Saya mendoakan semoga Puan sekeluarga berada dalam keadaan sihat dan diberkati Allah hendaknya. Saya pelajar tahun dua di salah sebuah universti terkemua di Malaysia. Saya Bachelor of Business Administration dan saya tertarik dengan pengalaman dan kejayaan Puan yang telah Puan lalui selama ini. Saya dengan rendah hati ingin menjemput Puan ke Pusat pengajian kami untuk berkongsi rahsia kejayaan Puan dalam bidang perniagaan kepada anak-anak muda kini dan memberi motivasi kepada kami sebagai mahasiswa yang bakal menempuh dunia yang lebih mencabar selepas ini. 🙂

  • normlatif

    assalam puan, saya mohon pandangan puan untuk mengambil produk ST. saya ada masalah lenguh tangan kanan, selalu sakit tengah belakang, kerap sendawa, sakit badan, badan terasa berat, susah buang air besar dan kerap rasa pening memusing….bantu saya puan. untuk makluman puan saya tak berpantang dengan betul masa anak ke 4 (last). umur saya 34 tahun. terima kasih puan…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!