Dugaan Nooraini

Kemenangan ratu cantik, merubah sy makin berani.. Dugaan Nooraini : Part 76

16 peserta dn 5 orang ke final termasuk sy… Semasa final penentu tu ada sesi soalan menguji IQ.. soalan utk sy “Apa kamu buat kalau anda menang pertandingan ni..? Sy jawab sy akn masukan dlm ASB kerana hidup mesti ada simpanan dn akan mengunakannya utk keperluan sekolah anak”..

Alah kacang sgt soalan ni.. mudah je nak jawab dlm hati sy.. Saat yg dinantikan pengumuman no 3 dn 2 dpanggil dan sy mmg x mengharap kemenangan sbb mereka terlalu cantik jika dibandingkan dgn sy.. Sy senyum melihat kawan2 yg menang dn riuh sorakan penonton..

Tanpa memikirkan hal sy just bersiap nak berundur kebelakangan.. Dalam keriuhan sorakan tu nama sy dipanggil sebagai pemenang.. Sy rsa x boleh berdiri waktu tu terkejut sgt dn sy x tau macam mana nak memulakan step nak ambik hadiah.. Berjalan perlahan dn dipimpin..

 

Hanya dalam kepala terbayang ada duit nak masukan Yati darjah 1.. Sy x teruja dgn piala atau lain2. Sy nak duit tu jer.. Majlis selesai dn bersurai. Senyum sepanjang berjalan kerana sy merasa berbaloi beli kasut, ke salon buat rambut..

Apa pun sy bersyukur pernah melalui pengalaman tu dlm usia sy 26 tahun.. Dengan usia ada ni malahan sy lebih bersyukur sbb Allah bagi usia lg sampai hari ini utk sy bertaubat x dedahkan aurat dn boleh berfikir lbh baik dri sebelumnya..

Sy menaiki teksi balik ke rumah membawa piala, jambangan bunga yg sgt cantik yg x pernah sy pegang sepanjang umur sy.. Balik  dirumah sy x bercerita apa2 pd anak2 dn suami.. Hanya meletakan piala dn gubahan bunga.. Mandi dn tidur.

 

Keesokan seperti biasa sy menjalani kehidupan seharian dn sy berlapang dada duit nak daftarkan Yati masuk darjah 1 sudah ada.. Sy amat susah bab duit sehinggakan nak beli baju kasut anak bukan 1 perkara yg mudah bg org miskin spt sy..

Ex suami bekerja di Sumitomo kilang besi.. Sy x tau kilang tu masih wujud atau x sekarang.. Pernah dia menceritakan pd sy sgt berat kerja kilang besi dn bahaya.. Panas sgt.. Gaji dia kecil sama macam sy sekadar anak sekolah sorang saja kami sudah azab nak meneruskan kehidupan keluarga ni..

 

Bagaiaman Anten dn Ani yg sedang membesar, cukup ke gaji kami.. Anten lg 2 tahun tadika, Ani nak hantar kemana kalau adik dgn kakaknya bersekolah.. Xkan Ani dibiarkan x bersekolah atau dihantar kemana2 kemahiran meskipun cacat..

Bila fikir menafkahi anak2 sy rasa berat sangat  tanggungjawab sy sebagai ibu. Bila susah kemana lagi hati mengeluh atau marah.. Kenapa ex suami x risau bab ni..

Sy melihat tetap ada bagusnya kalau sy jd dia yg x risau aman dn senang hati selalu.. (kurang sensitivitinya pd kehidupan dn cita2) jika dibandingkan dgn sy selalu memikirkannya..

 

Mungkin sikapnya atau cara didikan keluarga sy sentiasa kedepan dn mencari peluang, arwah Abah sgt cemerlang akhlaknya dia terapkan sy bijak mengunakan masa, akal dn bahasa..

Myb Parent ex suami x macam tu dn sy melihat dia suka ambik mudah dlm malas fikir.. (sy lebih peka pulak kalau anak sy lembab sy akan marah sbb sy x mahu mereka biarkan diri cuai nanti sampai  ke besar .. Tak rasa mahu bersaing.. Jd statik lah)

 

Sy datang KL dgn duduk Felda azabnya sama saja.. Cuma x kerja berat itu sja.. Ex suami setiap kali pergi kerja akan bawa bekal nasi kerana disana x dapat makan free..

Sejak menang tu, sy terasa dlm hati sy masa tu melihat life ni sebenarnya seronok, sy bercita2 lbih kedepan nak melihat dn melalui dunia kemajuan, sy sebenarnya memberontak pd semua family sy tp cara senyap..

 

Sy sudah memulakan langkah ingin mencari kerja lain yg lebih pendedahan dgn menyertai model mana tahu dpt duit cara lebih senang dgn pakej diri.. Sy mula membeli majalah dn membelek2, terlihat pula ada agensi mencari model dn lokasinya di Klang..

Sy beranikan call, dn ditanya adakah sy berpengalaman atau pakej apa yg sy ada samaada ketinggian, rambut dn sebagainya.. Sy just jawab sy putih tinggi 5’3 dn pernah memenangi ratu cantik.. Sy diterima dn disuruh datang utk sesi photography..

 

Sy menceritakan hal tawaran menjadi model kpd ex suami, pastinya sy akan menyertainya.. Sama juga alasan suami sy seperti sebelumnya “Masuk lah kalau itu kerja senang kita boleh dapat rumah yg lebih baik, dapat beli banglo nanti”.

Sy diam sekejap dgn jawapannya dn sy pandang  tajam ke wajahnya.. Mulut sy x dapat ditahan2.. Lembut bahasa sy meskipun x bergaduh dgn bahsa kasar dn jauh sekali dri menjerit2 ..

 

Sy           : Awak suka sy begitu yer..?? Adakah sy sumber kewangan dn kenapa perkahwinan kita 8 tahun ni sy yg bercita2 dn bukan awak sebagai pemimpin yg berusaha majukan family..??

 

Ex           : Soalan sama jer, sy x halang kamu kan suka, sy galakan xkan sy nak halang.. Kamu ni orgnya pandai.. kamu juga cantik dn kamu kemana pun boleh hidup.. Sy xda semua tu..

 

Sy           : Kamu sayang sy atau kamu hanya nak bela sy..??

 

Ex           : Mmg sy sayang kamu napa kamu kata sy bela kamu pulak..??

 

Sy           : Sy rasa macam kucing pulak.. Sy ni bukan kucing perliharaan yg cantik.. Sy ni manusia dn sy ada rasa nak lihat perubahan bersama kamu dn anak2.. Tp kamu sama jer pasif..

 

Ex           : Habis sy kerja kilang ni satu perubahan lah.. Kamu yg ajak sy pindah sy turut semua kehendak kamu. Itu bukan sayang ke… Kamu kalau pandai sangat kamu ubah lah nasib kamu (pertama kali dia tinggikan suara)..

 

Sy           : Kita cerai nak..?? Sy nak bebas.. Sy muda lagi dn kamu boleh dpt perempuan lain, sy pun akn cari lelaki lain.. (lembut sy ajak)

 

Ex suami senyap dn melarikan diri supaya x panjang kecohnya.. Dalam hati sudah nekad nak bercerai selepas sy aktif sy akan bertindak…

Sy pun pergi ke Klang sgt susah dn jauh kerana sy bukan  pernah merayau utk kerja merapu begini.. Sy x tahu dunia model tu macam mana. Sy ingat model just ambik gambar dn dapat duit.. Ishh senang sungguh rupanya banyak helah dn buang masa..

Sy akan sambung lagi kisah sy menjadi model sambilan dn merasakan sgt bodoh dn xda masa depan.. Dan xlama selepas itu kami berpisah..

 

Sebelum bonda mengakhiri tulisan bonda kali ini, inilah kata2 pesanan kpd diri bonda sendiri semasa cerita ini berlaku..

  1. Nafsu jika kita tidak tegas mengelaknya ia akan tumbuh besar dan susah dilepaskan.
  2. Perhiasan manusia bukan emas dn darjat tp akhlak dn hatinya..
  3. Hijrah kpd mukmin yg baik dgn kejujuran dn kebaikan yg Allah redha, pasti 1 hari dunia yg mengejar kamu.. Jika kamu mengejar keindahan dunia, nanti itu yg menghinakan kamu..
  4. Manusia x pernah puas jika dia memiliki 2 rumah berisi emas pasti dia akan mencari rumah ke3 pula..

21 Comments

  • asmidar

    Saya suka membaca kisah bonda..penuh dgn tauladan & pengajaran. Setiap dr kita sentiasa pernah melakukan kesalahan & kesilapan. Secara tak langsung dari situ kita dapat memperbaiki diri serta menilai apa yg perlu diperbetulkan.

    Saya sentiasa ternanti-nanti penceritaan dari bonda.

    Salam sayang untuk bonda. Semoga Allah merahmati & memberkati segala penat lelah bonda selama ini.

  • sue

    bonda….sy sgt terkesan dgn penulisan bonda.ni 1st time sy masuk blog bonda ni sbb xpuas baca bonda tulis kat fb.

    sy sgt2 berminat dgn perubatan secara alami ( tp baru skrg je mengkaji huhu) sbb 2 sy rasa mcm syg je kt bonda umpama berjumpa dgn nenek fantasi sy hehe (sy dulu selalu bayangkan jd puteri,ada nenek bongkok yg jd penjaga dan mahir dgn perubatan alami ni)

  • ili

    bonda….seronoknya pagi ni dpt baca sambungan crita bonda,…terima kasih atas penulisan bonda yg banyak bagi pengajaran dan semangat kpd saya.

  • Ayu

    As salam Puan Rozita…saya suka blog puan…saya seorang “silent reader”..saya berterima kasih pd puan …dr blog puan saya dpt motivasikn diri saya lagi…kehidupan tak seindah kita impikan…Hanya Allah yg merancang sebaik2nya…manusia yg silap percaturan …Hanya dgn ” Doa” senjata mukmin..Teruskan menulis puan..

  • Ana Hafizah

    Salam Puan yang dirahmsti Allah…Sy mengikuti coretan puan dari Part 1 sehingga part 76…subhanallah… bg sy puan adalah insan terpilih untuk mengharunginya… Benarlah, siapa yg berusaha dia lah yg mendapat imbuhannya. Kisah puan begitu menjentik hati saya… Allahu Akbar…puan sgt cekal…sy mengharapkan puan dpt menyambung kembali kisah yg seterusnya…

  • sarah

    bonda rozita….bila nak update dugaan noraini…seronok sy baca kisah bonda daripada dulu. So inspiring me..please update bonda….tq….tq…

  • sarah

    bonda rozita….bila nak update dugaan noraini…seronok sy baca kisah bonda daripada dulu. So inspiring me..please …tq….tq…

  • Ryana

    Salam Puan,

    Saya membaca kisah Puan dari Dugaan Nooraini Part1 sehingga Part76. Sungguh terinspirasi kisah Puan di hati saya. Ya, semua manusia ada sisi gelap masing2, namun bagaimana kita berubah untuk menjadi lebih baik dan lebih baik, itu lebih bermakna. Teruskan menulis Puan. Saya menunggu sambungannya… Saya mendoakan hidup Puan sentiasa dirahmatiNYA.

  • Fiza

    Bonda sy da abes bce kisah bonda yg sgt berinspirasi pd sy hanya satu hari sje..addicted sy bace.. seakan sy yg mengalami semuanye..please sambung lagi kisahnya..

  • Annur

    Saya selalu follow video dalam FB puan terutama kalo puan share cerita di rumah kampung, secara kebetulan puan post pasal cerita masheta, terus saya cari dari Part 1..3 hari saya baca sampai part 76 ni..pas tu cari part 77 xda pla..rupanya smbung pada crita masheta..x sabar tunggu cerita seterusnya..tulisan puan sampai ke hati kerana tulisan melalui pengalaman sendiri..orang yang menulis atas cerita rekaan/khayalan sendri tidak sama dengan tulisan orang yang melalui cerita sebenar..banyak inspirasi dan pelajaran hidup yang puan lalui dan boleh saya pelajari terutama part ketegasan..sya weak part tu..hehe..terima kasih..saya menunggu cerita seterusnya..

  • NORSHAM

    Saya tak puas lagi membaca. Tercari2 episod 77. Saya sangat teruja membaca cerita puan. Dari segi cara penulisan dan penyampaian, sebenarnya puan dilahirkan mempunyai IQ yang luar biasa dianugerahkan oleh Allah. Mempunyai ingatan yang baik. Tahniah puan atas penulisan yang tidak menjemukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!