Kembali ke rumah tapi membebel.. Dugaan Nooraini : Part 66
Selesai makan sy sunyi keseorangan mengemaskan dapur sementara angah kerumah ibunya. Sy naik ke bilik berkemas baju untuk balik menjenguk anak2. Sy bercadang akan keluar subuh2 supaya cepat sampai ke rumah kami di Felda Kechau 1. Zaman dulu sistem perhubungan hanya public phone jer yg ada.. Kalau di felda ceruk Ulu Banat tu mmg xda langsung telefon awam..
Sy tidur awal malam tu untuk menyimpan tenaga dan pastinya sy akan bangun awal esoknya. namanya pun tetamu. Wajib menghormati dan berbudi kepada tuan rumah sy hargai sekali kebaikan ibu saudara yg sudi menumpangkan sy selama 2 hari di sini. (yelah nak bagi duit sy mmg xda banyak. Maka bagi sumbangan tenaga pun dikira budi bahasa lah juga pd fikiran sy)..
Sy sudah bersiap membawa beg kecil utk balik terus selepas bersarapan maka sy turun ke bawah utk membantu mak saudara sy memasak. Sy memulakan mukadimah minta izin nak balik “Angah sy nak keluar kejap lagi. Sy ambik teksi terus ke Pudu Raya. Sy nak balik kejap kemaskan apa yg perlu. Terima kasih banyak2 ye Ngah benarkan sy menumpangkan di sini. Sy malu nak menumpang lagi selepas ini. Sy x da jalan lain nak tumpang tinggal Ngah selepas ni, sy bayar sewa Ngah ya..!! Sy stabil je sy akan cari rumah lain Ngah. Sy balik ni bincang dengan bekas suami macam mana nak uruskan kehidupan kami seterusnya selepas sy berkerja disini nanti”..
Sebelum sy berundur diri dan sebenarnya sy ingin menyampai bahawa sy tahu tahu malu dan beradab jika mengunakan hak org lain sy cuba memberikan jaminan bahawa sy xkan menyusahkan dia bila menumpang nanti dn sy sebenarnya wanita yg bertanggungjawab bukan mencari keseronokan jiwa remaja datang ke kota..
Angah mengangguk2kan kepalanya mendengar taklimat sy.. “Ya lah Angah menasihati org muda macam ko ni jangan banyak seronok jer, takut niat lain buatnya lain, itu Angah x nak..!! Sebagai org tua elok kita menasihati supaya berhati2. Ingat asal usul kita tu. Angah rapat dengan Mak kamu sejak muda lagi”.. Bebel Angah tegas dengan nasihat yg bernas..
Selepas makan sy keluar rumah dan meneruskan perjalanan dan selamat sudah sy membeli tiket sehingga berjaya masuk ke dalam perut bas. Sy sudah merasa sgt bijak dan hebat waktu tu.. ohh berani sekali sekarang. Sedikit gembira kerana berjaya meyakinkan diri sendiri.. dapat minta kerja walau gaji sikit dan pandai beli tiket bas dlm sesak pudu raya “ehhh sy dah buat sesuatu yg baru dan menakjubkan“.. Sy belajar lagi nampaknya..
Pembaca yg dimuliakan..
Sy bercerita semua perkara yg benar dalam penulisan sy. Meskipun adakala ia nampak kebodohan dn lucu.. Tp ia kan pembelajaran dlm diari kisah hidup sy dri takut menjadi berani.. Duduk di hutan x sama duduk di bandar. Jika kita di bandar membeli tiket 1 perkara remeh. Tp tidak bagi org pendalaman. Ia sukar dan menakutkan sekali kerana sesak dgn org dan sukar mencari kaunter..
Senyum sendirian semasa sy masa menulis ni, nasib baik zaman sy dulu x secanggih zaman sekarang lagi sy takut agaknya.. he he..
Sepanjang perjalanan tu sy x lepaskan mata dari melihat bukit bukau yg salju redup mata memandang. Maka sifat itu terbawa2 sehingga sekarang sy sgt suka melihat bumi ciptaan tuhan.. Allah maha mengatur kehidupan manusia yg kita x jangka begitu juga sy dan anda semua. Contyohnya Allah ringankan beban sy : Jika sebelum ini sy mabuk kenderaan kereta atau bas pasti sy lembik dan muntah teruk akibat mabuk kenderaan.. Kini x lagi..!! MasyaAllah tuhan lebih mengerti perjalanan sy mencari rezeki demi anak2.. Dilimpahi sy 1 keberkatan yg baru..
Bersyukurlah meskipun dgn perkara yg sedikit maka kita akan bahagia..
Hati sy manusia kerdil tetap merengus sepanjang perjalanan sambil merasakan kerasnya tempat duduk dan sakit pinggang sebb jauh perjalanan “apa ntah yg seronok menjadi org dewasa.. Membebankan dan kehidupan tak pernah tenang..”. Sy tiba jam 2petang di Kuala Lipis dan tukar bas menaiki bas yg akan masuk ke dalam kawasan felda rumah sy.
Jam 4.30petang bas membawa sy masuk ke dalam kawasan felda terasa sangat hening senyap suasana felda yg dikelilingi hutan. Berbeza dgn hidup di kota yg sibuk lagi sesak. Perhentian bas sebenarnya berada di belakang bekas kedai lama kami.. Elok saja bas berhenti, mata sy terus tertumpu ke arah kedai kami meskipun pandangan dri belakang sudah cukup meragut hati menjadi sayu..!!
Melangkah kaki sy turun dri bas dan berjalan kaki terus menuju ke rumah kami yg jauhnya lebih kurang 2km dri pehentian bas. Tangan menjinjit beg, perlahan sy melangkah kaki kerana mata masih mahu melihat kedai kami yg kelihatan semak x dihuni, usang sekali.
Terpandang tangga ke sungai tempat sy dan anak2 mandi pd setiap petang.. Ternampak2 muka anak2 keriangan bermain. Lepas ni anak2 akan jadi ke mana tujuan hidup kami yg menegrikan sekali. Bergenang air mata sy x dapat ditahan melihat bekas-2 sy berkerja dikedai itu. “Kini ke mana pula arah pekerjaan ku Ya Allah..?? Tempat ini dan semua yg berlaku di sini akan tinggal sebagai sejarah hidup sy. Ya Allah permudahkan urusan hidup ku Ya Allah.”..
Sesudah sedih hati bertukar kepada debaran kencang bila melalui deretan depan kedai2 sekitar dekat kedai sy ditepi jalan, sememangnya remang petang ni kedai kopi dipenuhi ramai lelaki peneroka yg sedang lepas bercerita topik politik dan hebat2 belaka diperhujahkan. Lebih hangat lagi topik ttg sy “wanita peneroka penuh kontreversi” Pemergian sy tanpa anak2 dn ex suami semestinya menjadi gossip hangat.
Lembaga sy melalui jalan besar menjadi perhatian sekali saat sy lalu seperti melihat “lembaga dri langit” buntang mata mereka memandang sy.. ha ha ha lawakkk betul.. nasib baik sy x gelek dangdut macam Qu Puteh.. Buat lambaikan kiss ke.. ha ha ha..
Bentak hati kecik “ha nak tengok sgt kan.. tengok puas2..” bebel sendiri menahan malu dn geram sambil jalan laju supaya cepat hilang dri pandangan mereka. Hati ni sgt x sabar nak lihat muka anak2 menjerit melihat kepulangan sy. Bukit yg tinggi mencungap juga sy berjalan nak sampai ke rumah. Ohh Tuhan sebentar lagi sy akan melalui perkarangan rumah peneroka sebelum sampai ke rumah sendiri. Satu lagi debaran yg x selesa bila dipandang seperti seorang pesalah.
Mata sy liar ke kiri dn kanan.. ohhh banyak sekali mesyuarat longgokan wanita dan mata mereka tajam tergamam memerhati kearah sy ia lebih menakutkan sy sbb ia kaum wanita.. “Baru balik ke Ta, ke mana berapa hari x nampak..??”.. Sapa mereka dan sy sambil berjalan dengan laju syukurlah ada org menegur x kisahlah apa pun niatnya. Asalkan bukan menyerang ganas sy akan layan dengan baik “Sy ke rumah mak sedara kak kejap ada hal sikit”..
Senyum mesra sy berikan pd mereka, sy makin laju berjalan kerana sudah melihat semua anak2 bermain di bawah rumah.. Tempurung dn tin kosong sebagai bahan mainan anak2. Namanya org miskin kan.., ehh mana pula kelibat ayah mereka. Perlahan2 sy mengendap anak2 dan memperlahankan langkah.. Ini rupanya masa sy x da, mereka x mandi lagi waktu ni dan main tanah yg kotor penuh dengan tahi kucing bagai.. Aduh hai namanya lelaki, Ayah mereka mmg x tegas dlm hal ni..
Kasihan anak2 sy terbiar sbb kami parents yg belum bersedia membina keluarga sebenarnya.. Sy berjalan menuju mereka dan sy senyap tercegat berdiri dari belakang memerhati sambil senyum.. “Ehh mak lah kak Longggg..” jerit nyaring Anten melihat sy berada dibelakang yati.. Yati meloncat2 suka melihat sy, dan Ani masih bermain2 dan hanya senyum melihat sy x nampak teruja nak peluk sy pun.. Bagi Ani sy xda bukan masalah besar janji dia ada Yati..
Begitu lah nasib kami yg daif. Sy x pernah menipu org jauh sekali meminta2. Malu sangat x terkeluar ayat nak minta2.. meminjam juga jauh sekali.
Sy : Abah kamu mana Yati..??
Yati : Ada kat dapur masak..
Sy : Selalu ke macam ni main kotor bawah rumah penuh taik kucing ni tau x..!! Abah masak hari2 lauk apa yati.
Anten : Seronok mak. Kami main abah x marah pun (menyampuk tanpa disoal dn dia mmg selalu over).. Abah masak maggi. Ikan goreng.. macam2 masak lah..
Sy : Ani ada demam x..??
Yati : X da Mak.. elok jer sihat.. Kami mandi ke sungai bawah tu mak dan selalu ikut abah tebang pisang.. kadang2 abah bawa jalan2 naik motor petang2..
Sy mengajak anak2 masuk ke rumah untuk mandi dan kami berjalan terus dan ex suami sedang masak sambil senyum melihat sy dah balik “jam berapa sampai tadi.. elok je perjalanan yer“.. Lembut ex suami menyapa sape yer dan sy dapat merasakan dia gembira melihat sy selamat balik ke pangkuan keluarga..
”Ya pandai jer sy balik naik bas dri KL ke mari x susah pun cuma kena baca dn tenangkan hati. Mula2 takut juga sbb masa datang KL masa hari tu ada juga dugaan. Alhamdullilah semua selamat” jawab sy menyambut sapaan dari dia yg sgt ikhlas..
Sy naik nak ambik tuala utk mandikan anak2 dan masa naik ke bilik, macam tongkang pecah. Macam kucing beranak pun ada. “ya Allah apa jadi x berkemas langsung macam ni ke masa mak xda.. x reti nak berkemas ke.. Pemalas semuanya dah x reti nak jaga peradaban.. Kita kan manusia bukan kucing. Tempat tidur bersepah mengalahkan sarang tikus.. Kamu semua ni nak jadi tikus ke nak jadi orang.. kalau nak jadi orang x kan macam ni rupanya..”
Ceramah bebas dari sy kepaada anak2 dn ex suami.. Senyap dn buntang mata masing2.. ha ha ha x mesra lagi dah.. Puas dan lega rasanya bila selesai sy membebel pd semua ahli keluarga.. Masuk pulak dalam bilik mandi aduhai berlumut pinggan mangkuk dah x berbasuh 3 hari sampai berkulat.. ”ya Allah ampunkan sabarkan aku ya Allah“.. napa macam ni susah sangat ke nak basuh pinggan. Pengotornya lah…”
Ex suami senyap x menjawab. Itulah bagusnya dia yg x cepat marah. Kami xpernah bergaduh sebenarnya.. Anak2 pula mencicit ketakutan terus mandi dan pandai pulak terus basuh pinggan dan mengemas selepas sy mengamuk.. Kalau sy x tegas anak2 memang naik muka x tau nak bertanggungjawab.
Malam berlabuh, kami makan malam seadanya makanan yg ada kami jamah malam tu. Meskipun rumah kami buruk ia selesa sbb x menumpang rumah org.
Yati mengadu sunyi masa sy xda dan abah mereka x berkemas langsung. Pokok bunga mati x bersiram. Adatlah kalau lelaki banyak x reti nak jaga rumah dalam hati sy. Kata Yati lagi ada masa abah mereka menjual hasil kebun pisang. Abah belikan mereka aiskrim dan coklat.. Sy menarik nafas lega kerana ex suami menjaga anak kami dgn baik.
Bila anak2 tidur sy masih x dapat melelapkan mata kerana perjalanan hidup kami akan melalui fasa lain lagi.. Ex suami x berani menegur atau bertanya mungkin tak mahu dengar leteran sy bersambung pasal kes rumah bersepah senja tadi agaknya.
Sy yg mendekatinya utk melihat kewangan kami dan berbincang hal kami seterusnya.. (Akan sy sambung next story)

6 Comments
siti
Slm..puan sgt tabahh..bila puan mengenang kan kisah2 lama ni puan xtringat n rasa lemah ke.lhuhu..sy nk dpt kan tips klo mngenang kisah2 lama cepat sgt sedihnya…mula la lembik je bdn rasa…alhamdulilah pn dpt suami yg sgt baikk…yg berada disaat sng n susah…baik dgn anak2….disaat puan mnulis blog ini x puan xmngenang ke dgn kebaikan bekas suami puan..tabah sgt puan sy tgk..kuat sgtt…
Ika
Xsabar nk baca
Baayahadnan
X sabar rasanya nak tunggu..
nurshi
Tak sabarnya nak tahu sambungan, Saya baca seolah2 saya berada disitu juga sebab penceritaan puan yang telus dan tulus. Semoga cerita yg puan ceritakan ini menjadi tauladan kepada semua yang mebacanya.
mama khairy
tabahnya hati puan.. insya allah pedoman utk saya..
aishah
suka baca semua kisah puan… dapat memberi tauladan dan sumber inspirasi saya.