
Kami jatuh gaung, ex suami x boleh jalan 3 bulan.. Dugaan Nooraini : Part 26
Sambungan part 26,
Rasa takut selepas diusik dek jin/hantu malam tadi x memberhentikan semangat sy meneruskan torehan sehinggalah selesai.. Dalam hati yakin Allah sentiasa tolong hambanya terutamanya sy cari rezeki halal buat makan anak2…
Hantu… ahhhh ha ha ha.. Sy x nak jumpa.. Sy pun bukan penakut hantu tetapi sy xnak lah sampai dia menjelma depan sy..!! Pernah sy nampak hantu masa zaman kecik2.. Siang hari masa hujan gerimis, Kalau siang ada hantu inikan pulak malam. Kawasan hutan berbukit bukau mesti lagi banyak. Kalau diikuti rasa takut ni x kemana sy akan bergerak..
Macam2 pengalaman menoreh, Sering berlaku juga diduga Allah, kesabaran dan iman kami yg kecil (ntah ada sebesar hama atau lebih kecil ntah2 sebesar kuman.. Malunya kan)..
Sedang elok siap menoreh getah seluas 20 ekar, hati pastinya merasa senang sbb dapat selesaikan.. Penat jangan cakap lah bukan sikit pokok. Memanjat2 bukit.. Mencungap nafas nak selesaikan.. Nak tengok duit RM100 punya pasal kena bersusah payah macam tu.!!
Bayangkan letak je badan kelantai masa berehat sekejap (pondok buruk) boleh terus tertidur.. Terlalu kepenatan.. Hati ni x putus bercakap sentiasa berharap.. “tunggu kutip hasil getah sehari dua lagi..”..
Dikala mendung datang.. hati berdoa janganlah hujan.. Jangan hujan.. Biarlah tunggu beku getah kami Ya Allah….!!.. Panjang leher sy mengintai2 kelangit.. Kalau mendung hati berdebar2 mengharap janganlah hujan…. Itu je sumber duit kami Ya Allah nak makan.. Sedang berdoa di hati bimbang.. Hujan turun.. Srummmmmmbbbbb berderai lebat sekali.. Hanyut habislah torehan tadi… Hancur x punya rezeki kami kerja..
Kerja menoreh membosankan.. Kerja cari rezeki apa pun berisiko.. Jual goreng pisang.. Jual make up tu pun sama.. sampai sekarang ada baki tu x terjual lagi.. Xda jalan mudah nak senang….
Menoreh tu sgt membosankan selama 2 tahun.. Sy lalui kepenatan.. Hasil yg x setimpal.. Simpanan x seberapa.. Yg penting nak bagi makanan anak2 biar halal..!!..

Bila hujan lebat kami x menoreh getah.. Kami mengutip hasil torehan yg sudah menjadi getah lantun.. Beratus kilo berpuluh guni kami dapat.. (Masa getah banyak)..
Masa menjual getah ex suami akan hantar getah dulu ke pusat pungutan getah.. Sy pula akan mengutip getah sendirian.. Ex suami berulang alik sehingga terakhir sekali sy balik bersama getah lantun ..
Seperti kebiasaan sy akan naik diatas sekali paling tinggi (sgt bahaya) … Sejak ada moto besar RXZ sy x perlu turun lagi semasa menaiki atau menurun bukit..
Guni getah lantun mengeluarkan air semasa dibawa, walaupun dah masuk dalam guni.. Ia menambah lagi licin dan bahayanya semasa naik moto.. (moto pun mudah berkarat kena air getah lantun).. Selama ini x pernah ada kejadian buruk atau kemalangan berlaku..
Kami yakin kami cekap dan tau selok belok jalan dikebun ni.. Petang ini takdir Allah menguji kami.. RXZ yg sarat dgn bawaan lebih muatan getah.. belakang je ada 2 guni sy diatas, dan depan tangki minyak pun diletakan seguni lagi..
Semasa menuruni bukit, ex suami x boleh kontrol moto. Kami akhirnya jatuh kegaung.. Dgn moto, getah semua sekali..Sy bernasib sgt baik sempat berpaut pada anak pokok yang hidup di tepi gaung.. Ex suami jatuh kebawah.. Sy sangka ex suami mati..!!
Sy x mengalami sebarang kecederaan.. Perlahan2 sy memanjat dari tebing gaung.. Sy melihat keadaan ex suami dari atas.. Ex suami masih bergerak2.. Lega rasanya kerana terdengar suara dia mengadu sakit..
Mana mungkin sy dapat mengangkat ex suami.. Berat dekat 90kg.. Naik keatas.. Sy jerit pada nya “Sy cari org dulu nak angkat awak.. Sy x kuat.. Tunggu kejap”..
Binggung, sambil merayau 2 sy mengharapkan ada peneroka lain yg lalu sebentar lagi supaya sy dapat bantuan.. Sy menjerit sekuatnya minta tolong.. “Tolongggggggggg… tolongg.. kami jatuh gaung.. dengan berulang-ulang kali..”
….Alhamdulillah dalam 15 minit ada 4 orang datang menolong kami dan mengangkat ex suami sy.. X lama kemudian ada ramai juga yg lain datang (sy x ingat berapa org).. Membantu mengangkat moto dn getah2 lantun kami..
Sy memerhatikan sambil berfikir2… (Nasib sy baik ada org bantu angkat ex suami..Sy dah lambat balik kesian anak2 mesti lapar.. Apa agaknya kecederaan ex suami)..Saya masih terbayang2 kat mata…Terngiang-ngiang telinga kata2 ex suami semasa dia hilang kawalan masa nak jatuh tu..
Kami tergelincir kerana x nampak jalan yg merekah … Moto x boleh dikawal , handle moto kaku disebabkan ada halangan guni getah lantun… Ngeri betul masa nak jatuh tu.. Hoyong hayang bergegar moto dgn kami sebelum jatuh tebing..
Sambil memerhatikan org ramai mengangkat ex suami di naikan keatas jalan.. (Sy lupa ada darah atau x yg sy ingat dia x boleh bergerak bahagian pinggang kebawah).. Katanya pinggang amat sakit..
Dia di bawa balik oleh peneroka lelaki menaiki moto terus sampai kerumah.. Sy pula naik moto dgn peneroka lain.. Elok sampai ke rumah kami, Ex suami di angkat terus ke ruang tamu.. Dan sy menyediakan pakaiannya.. Setimba air dan kain utk mengelap badannya..Ex suami hanya boleh mengerakan bahu, tengkuk tangan sj.. Pinggang kebawah x boleh langsung..
Mak Cik jiran menjengah dari tingkap dan menegur sy “Nape ko ta..Laki ko nape..” ..Yati dan Anten terkebil2 dari jauh mendengar perbualan kami dn melihat rumah kami dipenuhi org..!!..
“Kami jatuh gaung Cik, sy sempat berpaut x cedera..Dia teruk Cik .., Yati dan adik duk umah Mak Cik dulu sampai Mak selesaikan abah kamu ni”.. Mak Cik masih berkerut2 kening memerhatikan sambil menyuap makan kepada anak kami dn anak2nya “Buatlah dulu semuanya selesai baru ambik anak2 ko Ta.. Mak Cik dah bagi makan semuanya “..
Selesai sy menguruskan ex suami membersihkan badan, dibantu oleh org2 yg datang tadi.. Sebelum mereka beredar mereka kata akan membawa moto ke kedai utk repair.. Dan duit getah mereka akan tolong ambikan dan hantar kepada kami..
Sy amat lapang kerana ada org bantu kami selesaikan masalah lepas kemalangan tadi.. Sy terus kedapur masak dan menyediakan makan buat ex suami.. Sementara ex suami makan sy mengambil anak2 dari rumah Mak Cik..
Seterusnya tulisan akan dtg.. Ujian demi ujian datang, ex suami x bergerak selama 3 bulan. Sy menguruskan hidup kami bekerja sendiri dgn fitnah lebih dahsyat..!!.. Membuatkan sy makin benci hidup disana, kerana sikap mereka yg suka menfitnah…

3 Comments
kakcik
Saat kita jatuh, di samping tangan yang dihulur untuk membantu, tak kurang juga yang menghulur kaki untuk memijak atas sebab mereka sendiri yang tahu.
Tapi bila kita naik, ramai yang menghulur tangan ingin bersalam. Ramai yang tak segan silu mengaku pernah kenal kita.
Itulah lumrah kehidupan…
lina
Tulisan puan jd teman setia saya sblm tidur.cekal sungguh puan malu saya .saya byk buat silap kerana salah cara set otak .teruskan menulis ya
baayah
Bila membaca tulisan puan sy teringat pd mula keluarga kami pindah ke felda dulu( sya tak ikut sbb tinggal diasrama) penuh kepayahan . Tapi bila ditimpa kesusahan spt puan ramai yang dtg membantu. Tapi org kg baik2 belaka. Jarang yg tikam belakang, berdengki diantara satu sama lain, mereka sepakat jika ada yg membantu jika sapa2 dlm kesusahan. Syukur sgt2 kami waktu itu ramai jiran yqng baik hati . Menghulur apa yang mereka mampu…sehingga kini! Jiran2 mak saya mcm keluarga kami juga. Baru2 ini ada jiran mak yg sakit( semua dah warga emas dan kematian suami) sukar utk bergerak , mak sy menyarankan supaya keklinik swasta tapi dia tidak mempunyai wang secukupnya . Dalam esak tangis dia memberitahu tidak punya wang secukupnya utk keklinik.Mak menghulurkan sedikit wang. Mereka berdua terus berpelukan sambilmenangis. Saya rasa puan juga begitu…kerana kepayahan masa lalu sebenarnya mengingatkan siapa diri kita sebenarnya!
Puan orang ‘ternama’ punya hati yng tulus , tidak lokek dlm segala bentuk kebajikan.. Semoga terus begini
dan dilindungi Allah sentiasa.