Dugaan Nooraini

Kak Kiah Ahli Propa.. Dugaan Nooraini : Part 40

Cuti sekolah atau public holiday panjang sy jarang duduk rumah. Sy berpendapat selagi ada kesihatan nikmat paling beharga ialah lihat dunia dgn family. Kenangan indah menambah keseronokan hidup yg sy xdapat kecapi masa zama muda dulu.. Alhamdullilah Allah bagi sy nikmat ni ..

Kesempatan begini kami guna sebaiknya kerana kalau kami berkerja kami jarang jumpa… Tuntutan waktu bekerja ada kala kami x jumpa anak cucu sy sampai 10 hari… Yati selalu keluar kerja.. dan sy ada dirumah.. Begitu juga sebaliknya. (Yati kemana2 pun xkan tinggal anak2nya)…
Balik Surabaya hati ni haiii…ii teringat cantiknya daerah bromo.. Terkenang2 lagi ni

Seterusnya sy menulis lagi dugaan Nooraini part 40..

Sy sudah lali dgn amaran pihak Felda, paling sy x tahan keadaan cuaca sana kerap hujan susah nak cari rezeki sebagai penoreh getah.. Masa pucuk muda getah xde..  Musim kemarau, hasil getah kurang pulak…. Kuat kerja lah macam mana pun mmg x kan kaya kecuali getah mahal merasalah lebih sikit duit. Keseronokan memiliki kebun getah sendiri sgt lain dengan menoreh hak felda.. Ini membuatkan sy lebih bersemangat.

nak memulakan perniagaan.. Mana tau ada rezeki lebih niaga nanti boleh beli kebun lagi banyak lepas ni.. Rayu hati ni.. pujuk lagi hati ni supaya badan ni bersemangat nak niaga.. Sy berhajat nak beli tanah dan keluar dari felda. Sy x suka masyarakat disini ..

Penatnya bermain dgn hasil tani.. Harga turun naik susah nak kaya lahh.. Setakat makan pakai boleh nak lebih mmg xlah kalau setakat 10 ekar tu. Namun kecintaan pada pertanian tetap tebal dijiwa sy sampai sekarang.. Sejak menoreh kebun sendiri semakin banyak sy bawa balik getah keping kerumah. Sy akan jual bila cukup masanya. Kumpul banyak2..

Gambar Contoh Mengumpat

Sikap sy yg menyendiri tetap dirasai perubahan oleh jiran terdekat. Kami diperhatikan dan masih mencari2 punca nak bagi tekanan pd sy.. Kini jiran sebaris yg bersebelahan dgn rumah Mak Cik pula yg panas hati dgn sy.. Bagaimana sy x membenci hidup disana. Dah lah hidup disini fakir miskin dan sekeliling hutan tebal dipenuhi masyarakat dan jiran yg berfikiran sempit.. Bodoh sombong bermulut jahat.. (cakap belakang bermuka-muka)

Tekanan kiri kanan.. Sy yg boleh dikira bertandang kerumah jiran2 menjadi bahan menarik diperbualkan… Mungkin pakaian sy yg moden dn paling muda. Itu bukan alasan utk hentam sy.. Sy bukan jahat dn merosakan orang lain.. (perasaan sy protes).. Sy dah x tahan dan merancang nak duduk jauh rumah felda atau buat rumah selain dari situ..

Sy menyangka Mak Cik (jaga anak sy tu) sebelah rumah yg membawa mulut dan bermuka-muka.. Mak Cik tu berbudi bahasa dan lembut sekali bahasanya.. Hanya dia kawan sy bercakap.. Sy menghormatinya sebagai org tua dan kami sama asal Sabak Bernam..

Xda ribut xda angin.. Jiran sebelah rumah Mak Cik menyerang sy.. Tergamam terduduk.. Apa lagi ni… Takutnya..“..Ita ko keluarrr ita…ko keluar sekarang..Apa ko cakap dgn Mak Cik haa.. Akak datang rumah ko minta bawang ..ko mengata kak macam2.. Ko mmg betina x tau malu….hoiii  …ko keluar kalau berani..Man ko x reti nak ajar bini ko ke ha…Bini liar ..” ..(macam 2 lagi kata kesat.Malas nak tulis)..

Sy namakan dia Kak kiah lah yer.. (senang nak tulis atau difahami) Masa tu sy di dalam rumah.. Terduduk sy sambil suruh anak2 jangan gerak.. Ex suami hanya mendengar tanpa komen… Layaknya macam org pekak x mendengar apa2 terjadi.. (org macam ni masuk shurga awal…ha ha no respon..pasif) Sy pula x keluar pun dari rumah.. Takut dgn kak kiah. Walaupun dia kecik tp garang dan berani sgt bergaduh..

Sy dulu x garang dn x berani. Selepas beberapa insiden kena serang sy trauma.. Mengigil ketakutan nak bergerak kemana pun. Perasaan ni menyusahkan hidup sy.. Sy dapati bila baik org mudah buli..

Sy jadi berani selepas umur sy 30 tahun.. (masa tu selepas sy nak ditetak oleh ex suami yg ke2. .Dia baran).. Jika ada masa sy tulis lagi perjalanan hidup sy.. Semua kejadian2 tu banyak merubah sikap mengalah, penakut sehingga sy berubah menjadi sgt2 berani..!!

Ada 3 org jiran yg sering kerumah sy minta keperluan makanan.. (pinjam atau minta bawang..minyak beras kalau x da duit). Sy x sangka ia jadi isu pergaduhan.. (Niat nak berjiran dn tolong) Mungkin kak kiah atau jiran lain masa datang kerumah dan lalu dirumah Mak Cik. Masa balik dari rumah sy mereka singgah bergosip dan jadilah kes melaga2kan.

Malas sy nak ulas ttg ni kisah ni sebenarnya.. Sy sekadar nak ambik iktibar je buat panduan kita semua.. Minta maaf berjuta2 kemaafan jangan tersinggung tulisan sy kali ni.. Pengalaman sy lihat org2 jenis kebanyakannya duduk kampung/ duduk rumah/ x kerja / mmg jenis busy body /suka mengumpat.. Dalam kepala mereka ada sejenis cacing..

Bila hati x senang cacing tu kacaulah kepala mereka. Dan dia akan cari mangsa utk di attack.. Mereka x maju semua dalam pencarian akhlak dan kehidupan.. Tapi maju dalam meracuni diri sendiri.. Cacing tu makin banyak dn jiwa mereka kacau..

Mereka rugi tapi x sedar.. sebb kebodohan tu buat mereka x kan sedar pun.. Xda apa bawa faedah kat mereka yg ada sikap tu. Lagi mereka teruskan sikap tu malah memberi impak bagus yg positif sehingga merubah niat sy utk keluar dari situ.. Kalau x kerana mereka sy ni x maju kedepan dan masih jadi dalam masyarakat yg lemau..

Sy terfikir apa nak jadi hidup disini… Kiri kanan xda yg elok akhlak jiran2.. Mak Cik mmg kerap kerumah Kak Kiah dan jiran2 lain.. Mereka ni ada kalanya menunjuk2 kekayaan atau kehebatan mereka. Hipokrit paling merimaskan.. X kisah lah org tu kaya ke berdarjat ke atau org miskin ke. Kalau ada sikap ni sy akan lari.. (sy akan jadi marah ). Sebelum sy marah atau x selesa sy akan jauhkan diri… Sy mmg x kan bergaul dgn org begini lebih2 lagi org yg suka cakap besar..!!

Kak Kiah menyerang rasa ketakutan sy masa tu xsama rasanya dgn suami jiran yg menyerang rumah kami baling batu. Sy cuma takut terserempak dgn Kak Kiah atau sy takut sekali kalau dia tahan sy masa naik moto..

Rumahnya hanya selang sebiji je dr rumah sy.. Berbeza dgn ketakutan sy pada jiran lelaki yg pernah baling batu tu dinding rumah sy.. Kesan trauma tu sampai semak rumah sebelah kiri yg dekat dgn rumahnya tu selama bertahun2.. Sy sgt takut..

Lemas dgn kehidupan yg x bahagia.. Susah makan susah juga hati.. x aman.. Apa je yg boleh buat sy bahagia disini..?? Sy merasakan hidup macam ni x bagus utk pembesaran anak2.. Lebih x senang masa depan sy sendiri.. Selepas 3 hari sy sedang masak didapur sy dengar suara Kak Kiah datang memberi salam.. Sy x jawab salam dn lari terus keatas rumah..

Kedebak kedebuk sy berlari memeluk anak terus masuk bilik dn mengunci pintu..
Adoii datang lagi, nak apa lagi bentak hati sy. Ex suami x da dirumah.. ” Ta akak ni nak minta maaf.. Ooooo Ta kak nak jumpa..”.. Kak Kiah duduk diserambi depan rumah. Sy mengintai dr lubang dinding.. Sy lihat Mak Cik ada sekali dan anak Kak Kiah..

Mak Cik : Ita keluarlah.. Kak Kiah nak berdamai.. Eloklah keluar Ta..
Kak Kiah : Ya Ta.. Kak salah kat kamu ni.. Kak minta maaf.. Kak salah anggap dgn kamu..
Mak Cik: Ta kita kan berjiran.. Kamu sampai bila nak berkurung.. X sedap macam ni.. Jumpa sekali lahh.. Kita selesai masalah kita ni..

(Dalam hati sy.. Ini semua propaganda je.. Sy baik atau x baik sama je pada mereka.. Mimpi apa nak minta maaf. Dulu Kak Kiah bergaduh juga dgn org lain pasal anak2 je pun.)

Sy tetap x keluar bilik dan akhirnya mereka pulang.. Dalam hati sy maybe mereka jadi susah kalau barang dapur habis mana nak minta barang dapur. Sy yg paling nampak senang disana masa tu.. Dan x berkira.. Selepas mereka balik sy keluar bilik sambil menarik nafas lega.. Niat hati lepas ni sy hanya nak senyum dan menjawab bila ditegur saja.. Lebih2 sy x kan mahu berurusan lagi.. Serikkmm… Sy akan lebih menyendiri lepas ni..

Sy teringin nak beli mesin mee dan tabung ais.. Petang tu sy menyapu halaman rumah.. Ada seorang pegawai felda En Din namanya.. “Nak beli x mesin mee ..sy menjual barang2 keperluan rumah secara ansuran.. bayar RM10 sebulan 1 barang”.. Ishhh murah tu ansurannya.. Sukanya sy sbb bukan senang nak dapatkan barang ni kat kawasan pendalaman sy beli mesin mee dan tabung ais..

 

8 Comments

  • lina

    Ya puan klau terlalu baik kita kena buli.sy selalu pun selalu trkena dgn org yg sy tlg dtg rmh menangis nak pinjam duit gas habis duit tggal nak beli mkanan utk anak2 bila sng sy trkena blk skrg pun ada lg jiran mai menangis2 sy tlg trkena lg haii..ya sy belajar menyendiri skrg .bila sy baca cite puan sy rasa ada kwn yg senasib sy ni tak ada org yg berkwn dgn sy dgn ikhlas hanya ibu sy yg amat ikhlas dgn sy

  • bahtera kasih

    Penat kn layan org yg ada penyakit dengki khianat ni…masa marah x pk plak ape yg dia ckp..pastu senang2 je datang mntak maaf..dah tu siap saiko lg soh kita bdamai…berjiran x baik gaduh la ape lah…adoiiii lawak je…padahal dia yg mulakn dlu..erm…mcm2 manusia ni..mmg kne bnyk sabar…kalau x sabar bleh jd gaduh besar…hehehe..

  • nor faizah

    puan, admire puan lah!! bukan apa sangat2 kagum dengan semangat puan….betullah segala pengalaman yg puan lalui..semasa sy baca tu, saya andaikan diri saya di tempat itu, xsekuat puan saya ni..hihihi..apapon..semangat puan mmg kene ambil!!!buat teladan!!

  • haslina

    Arwah ayah pernah jadi pegawai kat felda ni. Tapi saya tak ingat tahun dia berkhidmat kat sana. Kebetulan namanya sama ngan pegawai yang puan ceritakan. Orang felda panggil che din.

  • GokuSuperSaiya

    asallamuallaikum bonda, cik bawang pinjam bawang dengar gosip bawang serang membawang. sungguh membawang betul cik kiah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!