Bicara Bonda

Jiran bawa pistol dan emas 7 kg.. Masuk rumah..

ISNIN BERSAMAAN 1 REJAB BETUL2 MENGEJUTKAN (20  April 2015) MENAKUTKAN SEKALI BILA JIRAN LELAKI DATANG TERUS MASUK TANPA SALAM, TERJAH MASUK RUMAH BAWA PISTOL DAN EMAS 7KG… Mulanya sy x nak tulis. Bila fikir2kan ada benda baik sebalik insiden tu maka sy nak tulis utk iktibar.. Betul lah kata ulama yg bagi ceramah kat rumah sy.. 5 perkara yg akan membuatkan manusia itu bahagia dan merasa kecukupan dalam kehidupannya..

  1. Pasangan hidup yg baik dan soleh
  2. Anak2 yg baik dan soleh
  3. Sahabat yg baik dan soleh
  4. Mudah mencari rezeki ditempatnya sendiri
  5. Jiran2 yg baik

Tulisan sy kali ni lebih menyentuh ttg kejiranan.. Ada lah sedikit kelebihan agaknya Allah memberikan pd sy ttg EQ dn ST serta sixth sense yg kuat, sy dapat merasainya awal dalam mengenal kawan atau lawan.. Adalah kita kena berbuat baik walaupun ia lawan kita supaya kita boleh mengawal emosi atau keadaan supaya x menjadi lebih rumit..

Hidup sy apa saja “Niat kena betul.. Sy buat apa matlamat yg sy nak..” Pergaduhan sebenarnya xkan ada menang dan xkan ada kalah.. Sebaliknya merugikan dan menyakitkan.. ”Islam itu benar” ukhuwah dan perhubungan sesama insan sangat penting.. Jangan sampai ada seorang musuh dalam hidup kita.. Melarikan diri adalah lebih baik dari bergaduh dgn org.. Itu prinsip sy merupakan perkara paling sy concern dalam pergaulan..

Kisah banyak kali pindah rumah, sy dah macam org nomad sebelum ni.. Semuanya disebabkan perkara sebegini.. Pengalaman berjiran membuatkan sy sgt takut.. Sejak muda dulu lagi pernah terfikir sebaik2 jiran mesti anak2 sy.. Sy pun merancang kalau ada duit nanti biarlah anak2 menjadi jiran sy..

Susah senang, sakit pening dekat dgn anak2.. Sy nak tengok anak cucu sy membesar depan mata.. Meriahnya hidup sy tua atau saat uzur nanti.. Itu hanya angan2 sy je sebagai manusia yg merancang tapi Allah yg Maha Berkuasa menentukan takdir sy sebagai hambanya.. KITA X KAN DAPAT APA SEMUA YG KITA HAJATKAN.. ITU YG PASTI..

Kemana saja sy tinggal perkara jiran paling sy takut..!! Mulut dan segala perbuatan kena jaga.. Kita nak duduk lama dirumah tu.. Nilai keamanan x sama dengan nilai duit.. Berapa banyak duit pun jika hidup x aman, balik rumah pun x seronok.. Nak lari je rasanya.. Duit banyak sekali pun,  banyak org x boleh merasa apa yg dia nak.. Duit boleh beli apa saja.. Tp ingat duit x boleh segalanya.. Contohnya :

  1. Masa sakit lidah kelu x boleh makan itu, walaupun duit banyak..
  2. Perhatian dan kasih sayang tak semua perkara boleh dirasuah dengan duit..
  3. Umur 60an nak kekal muka macam 25 tahun tak kan boleh..

Bedah dan cucuk macam mana pun.. Tetap tua juga.. he he he.. x leh nak lari dari fitrah kita x kan kekal tetap menuju kebinasaan iaitu mati..

Iman yg baik boleh dilihat melalui akhlak dan perbuatan.. Iman ni kena suburkan dgn cari ilmu dan terus mengamalkannya.. Iman x dapat dijual beli.. Iman juga x kan diwarisi.. Jika hidup berlandaskan Islam dan menjaga iman bahagia lah orang tu kemana saja destinasinya..

Hidup ni kalau mendahulukan duit atau status, maka yg dia akan dapat sebenarnya semuanya palsu dan racun baginya walaupun banyak duit.. Hidupnya kosong, tak tenteram ketakutan…!! Umpama fakir didalam penjara emas ciptaannya sendiri.. Kaya Raya bukan nilai duit dan darjat.. Sy percaya benda ni… Walau miskin harta tp bahagia dan merasa cukup itu kaya lahhh..!!

“Allah bagi kita banyak nikmat antaranya keamanan, sihat, makan minum yg sedap, keluarga dan jiran yg baik itu mmg bukan nilai duit.. Tapi itu lebih bermakna dari duit.. Ia sebahagian dari nilai hidup yg besar sumbangannya.. Duit dn darjat bukan penentu kegembiraan..”

Iktibar sy belajar dalam hidup ni MANUSIA SELALU LUPA PADA TUHAN, ASAL USULNYA  BILA DIA DAPAT LEBIH.. MERASA HEBAT DENGAN APA DIA ADA.. (sy pun susah nak didik hati ni supaya rendah hati jauh dari rasa riak dan sombong)

Pengalaman berjiran masa duduk Felda – Mereka kurang pendidikan ugama dan pendedahan dunia luar.. Mereka berbudi bahasa tetapi hipokrit sifat terlalu buruk sangka dan menjaga tepi kain orang.. Paling sy benci pengalaman hidup disini.. Sy jadi pelarian x tentu arah cari tapak nak hidup.. Dek kerana mikirkan anak2 lah sy berjuang cari makan dan tempat tinggal yg aman.. Tapi orang tua2 kata x elok pindah lebih 7 kali.. Sy penat lah asyik pindah je..

Dok umah setinggan, rumah sewa, hadoii banyak tempat menyinggah2 hidup sy ni.. Topik pengalaman berjiran sejak muda dan berkawan ni paling sy takut ialah Fitnah.. Sahabat baik dn jiran yg setia mmg susah nak dapat.. Sebab tu meskipun sy ni peramah sy cukup berhati2.. Dalam berhati2 ni pun kena banyak kali..

Sebelum sy pindah kemari (rumah yg sy duduk sekarang ni) sy duduk di Monterez Golf & Country Club – Setahun selepas ada ST baru kami beli rumah ni.. Sy dan anak2 suka rumah ni sebab selesa dan sangat luas dari rumah sewa.. (Mana sama rumah sewa dgn rumah sendiri seronoknya).. Sy ingat duduk kawasan elit mesti lagi seronok sbb cara berfikiran lebih terbuka..

Sy sgt harapkan jiran yg baik dan x bermusuh cukuplah.. Kiri rumah sy tu org cina, bagus sekali dan menyenangkan.. Kanan jiran sebelah rumah (Melayu suaminya kerja Pilot).. Suaminya saja yg sudi bercakap..  Si isteri x pernah senyum apalagi bertegur sapa.. Masa anak sy sakit kena hysteria dia menjengah pun tidak.. (X bagus juga sikap begini, Islam x suruh begitu.. Haram hukumnya x bertegur dan berkenalan jika kita dekat berjiran)..

Sy bukan jenis kerumah org tanpa sebab.. Sy x kan lama bila jumpa org itu mmg habit sy.. (Mulut paling kena jaga.. Jangan terlebih cakap).. Tan Sri Hanif Omar tinggal berhadapan rumah kami elok ramah orangnya… Manusia paling istimewa org yg beriman yg rendah hatinya.. Bukan x da jiran melayu yg lain masa disana, agak ramai juga.. Sy agak kekok bila bergaul dgn org yg menyombong dan cakap besar..

Sy pindah dari situ kerana banyak insiden buruk dirumah ni.. Sihir banyak sgt sampai anak2 ketakutan.. Sy pindah kerumah sekarang.. Letaknya dipinggiran kota KL..

Rumah sy di rumah teres, tahun 2001..
Rumah sy di rumah teres, tahun 2001..

Rumah sekarang – Woww banyak juga dugaannya.. Alhamdullilah sy bertahan 11 tahun dah disini.. Usia sy makin matang dan berani.. Sy x takut berhadapan dgn semua fitnah.. X macam muda dulu sy nak lari je kalau banyak fitnah..!! (Sampai bila nak lari je kan…??) Sy nak mati dan besarkan anak cucu sy disini jer.. Sy x sanggup nak pindah dah.. ha ha ha ..

Sy suka rumah sy ni sbb dekat dgn KL dan kampung sekelilingnya.. Dekat bandar semua kemudahan bank, hospital sgt banyak.. Jiran sy org Hong Kong, Singapore, Kanada, Cina dan India.. Melayu sikit je.. Ingatkan duduk kawasan elit xda dengki.. Org duduk sini bagi sy semua kaya dan x patut ada dengki..

Sy bina surau sejak 2006 banyak duit kosnya sy bina.. Mula2 jiran sy komplen azan katanya sy mengganggu ketenteraman org yg bukan berugama Islam.. Lepas tu surat menyusul dari Persatuan Penduduk kawasan rumah tu “Komplen ttg surau dan jemaah sy org kampung yg dikatakan mengganggu parking“.. (suka hati sy lah nak bawa jemaah org kampung lebih baik dan sopan.. Mereka nak bawa member mereka dr golongan elit sy x ganggu pun..)

Sy jawab surat tu dn sy tanya kembali.. YG PELIKNYA ORG CINA BANGSA ASING X KOMPLEN PUN.. YG KOMPLEN NI IALAH ORG MELAYU YG MENGAKU ISLAM..!!.. Apakah status sy bukan Dato maka wujud diskriminasi.. Sedangkan duit Persatuan sy bayar sama seperti mereka juga.. Sy ada hak sebagai pemilik rumah.. Mereka berpesta lebih kuat bunyi muzik dan mercun dari azan dirumah sy.. Sound sistem murahan rumah sy hanya cukup utk didengar dalam rumah je pun.. Mereka minum arak, berpesta, maghrib penuh diluar rumah.. khemah berjela2 panjang lebih mengganggu.. Mulai hari ni sy nak keluar dari Persatuan Penduduk dan sy x kan bayar 1 sen pun.. Kerana ketidakadilan..“

Sejak tu berbagai cara mereka memberikan tekanan pada sy.. Macam2 mereka cuba buat..!!  Guard tahan kereta sy..  x benarkan sy masuk sbb sy x bayar duit Persatuan.. Sy jawab mana surat yg mengatakan sy x dibenarkan masuk kerumah sendiri..?? Atas alasan sbb x bayar duit Persatuan..?? Itu rumah sy atau nak sy report ke MBSA ..??.. Guard disana sangat takut dengan sy yg sgt berani..

Sy kata panggil ketua Persatuan u sekarang.. Mereka x datang dan benarkan sy masuk.. (mereka akur dan kalah dgn kedegilan sy dan senyap lepas tu tanpa bunyi).. Sy ingat dah aman xda kes.. Rupanya selepas tu mereka kacau cara lain surau sy dan report dekat kelab Golf.. Ujian sekali lagi berat bagi sy laluinya.. Pada 2012 surat perintah mahkamah datang utk roboh surau tu.. 3 tahun bergelut sy merayu utk mempertahankan surau tu, akhirnya sy kalah…Terpaksa sy robohkan .

Tahun 2014 sy bina lagi surau baru lebih grand dari dulu malah kat depan rumah.. (siap kelulusan MBSA.. haaa degil betul sy x macam zaman muda yg senyap penakut.. Sy doa minta Allah gantikan yg lebih baik.. Allah maha penyayang kini surau sy jauh lebih baik dan meriah.. Dapat jemaah baru lagi baik dan meriah)

Melayu x ramai disini hanya berapa belas rumah sja, bukannya semua x baik ..!! Sedih juga melihat mereka terlalu jauh dgn Islam.. Sy terkejut mereka bersiar2 bersama2 anjing..!! Cara mereka hidup dah x kenal mana Islam mana org bukan Islam.. Pakaian dan cara hidup sama saja.. (sy bukan baik sgt pun.. tp x lah pegang anjing dan minum arak.. X malu ke dengan bangsa asing)

Sikap sombong dan sgt memandang rendah terhadap org miskin.. Sebaik2 lelaki ialah yg membimbing keluarganya dijalan yg benar.. Suami gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga ni. (Bukan setakat bagi nafkah duit je..) Nafkah batin berupa ilmu dan kasih sayang mendekatkan keluarganya pd Allah.. Kalau x betul suami ni akan bawa ahli keluarganya ke neraka.. Dunia xkan senang akhirat nanti lagi azab..

Alkisahnya ..

Sy balik awal hari tu, stress hal bisnes.. Nak hiburkan hati kononya nak ikut suami cari petai ke Tapah.. Menunggu suami, sy duduk ditepi kolam ikan.. Nasib baik sy tutup aurat.. Biasanya dirumah sy x bertudung.. Tiba2 sy dengar pintu depan terbuka dan bunyi org masuk.. Ingat suami sy balik.. (Saya namakan lelaki ni “Meman“, terkenal dan berstatus kaya raya sekali orgnya)

Dia      : Rozita Rozita Rozita Tolongggg sy.. Selamatkan sy..

Sy        : Ehhh ada apa ni Meman (Kurang adab masuk x bagi salam.. Terus je masuk hati sy membentak.. nasib baik pakai tudung.. Sy risau suami ingat sy berskandal.. X suka kena marah dengan suami nanti.. Suami sy kuat bebel habis hukum hakam disebutnya.. pijar telinga kena marah dah tua2 ni.. he he he)..

Dia      : Sy dalam bahaya.. Ni tengok ni (menggigil sambil pegang pistol dan beg isi emas) apa2 jadi sy larikan jongkong emas ni.. Sy x percaya isteri sy (sy tengok isi dalam beg dan angkat.. Penuh jongkong emas).. Banyak ni Rozita 7 ke 8kg.. Sy larikan dari isteri sy.. Isteri sy bawa gangster nak bunuh sy.. Tengok hp sy mereka kerjakan.. Semua di blok.. Sy x boleh call semua org.. Ni pakatan membunuh sy.. Sy setiap hari makanan dan minuman sy diracun oleh isteri sy.. Nak bunuh sy pelan2.

Sy        : Meman cari sy kenapa..? Apa kena mengena dgn sy..? Kenapa bawa pistol sy takut.. Jangan acu2 dan pegang macam tu.. Sy x pernah campur org Meman.. Cari org lain lahh.. Sy kena call suami sy supaya dia tahu Meman jadi tetamu sy dn x boleh bawa tetamu yg suami x suka dan x tahu.. (sy pujuk Meman dgn baik )..

Dia      : Awak call suami awak.. Sy nak awak call petrol car.. Sy nak awak call balai polis.. (wahh bagi arahan tegas kat sy.. Dia mengomel x tentu arah semasa sy call suami sy tu)..

Sy        : Nah Meman call sendiri lah pakai phone sy.. Sy mmg x tau apa2 no semua staff yg jaga dan suami sy kenal lah org2 besar Polis dn sebagainya.. Sy x tau apa2.. Niaga tau lah.. (Sy bagi hp sy dn dia cuba dial 999.. x dapat.. call anaknya x dapat juga… Dia jadi lagi marah dan terus gelisah)..

Sy        : (Sy cuba memujuk org tua bertenang) Meman maaf yer sy sebagai perempuan, sekadar bagi nasihat.. Kalau betul ambiklah kata2 sy ni.. buat ubat jiwa supaya jadi tenang… Kita dah tua ni kita nak baik2 semuanya kan..!! Kalau x betul sy cakap anggap je sy ni buat cerita dongeng.. Meman dgn usia dekat 60 tahun.. Kawin pulak dah lama dgn isteri mesti ada gaduh dan manjanya.. Merapatkan perkahwinan tu.. Mana ada isteri nak bunuh suaminya.. Biasanya isteri ni takut di madu.. Maklumlah Meman kaya.. Isteri mungkin rasa x selamat..

Dia      : Itulah awak Rozita salah sy awak nampak.. Salah dia awak x nampak.. Awak bela dia sebb pompan.. Ni tengok ni apa sy dapat dlm beg dn sebagainya.. Dia buat apa.. (Dia tunjuk gambar, bahan bukti menceritakan ttg isterinya.. Biarlah sy simpan aib yg diceritakan ttg isterinya.. Panjang dia mengulasnya.. Sambil menunjukan ubat atau dadah yg diambil.. Meman makin mengila dan marah..).. Kamu call balai polis sekarang..!! (membentak dia marah sy)

Sy        : Sy dah bagi phone sy tadi.. Meman call x dapat kan.. Sy mana kenal sape2.. Sy call suami sy dan staff minta bantuan panggil polis peronda.. (sy call suami lagi minta cepat bantu sy.. dan minta suami balik cepat.. Staff sy call juga minta sms kan no balai terdekat)

Dia      : Haa cepat (Marah betul dia, menyesal sy cakap tadi ingatkan dia kool dgr nasihat sy.. makin menganas lah pulak…).. Sy kalau nampak sape2 yg sy x kenal.. Sy akan tembak.. Sy xkira ni (sambil mengacu pistol.. Dalam hati sy dah lah masuk rumah sy suka2.. Kalau di tembak anak lelaki sy Ajim atau staff sy ke.. Mmg haru biru ni..)

Sy        : Meman sabar lah kereta peronda bukan jet boleh serta merta datang.. (sambil memujuk dia, sementara tu staff sms nama balai polis terdekat.. Sy x cekap terkial2 gunakan hp baru yg suami sy  baru belikan).. Nah Meman ni tel. balai.. Sy dapat dah ..

Dia      : Kamu Rozita mmg x nak tolong sy.. Kamu bela isteri sy.. Buat apa no tel balai, sapa pun boleh tipu mengaku tu balai (Aikkk tadi nak sgt.. geramnya sy kalau x kerana pistol dekat dia sy halau dah.. Hati resah lambatnya polis datang.. Lambatnya suami sy balik.. Sekejap2 sy jengah pintu supaya org yg akan masuk nanti x ditembaknya..)

Polis peronda datang depan rumah… ahhhh sy lega terus bawa masuk.. Polis tanya sy apa kes, ringkas je sy jawab “Sy x tau Encik, sy rasa masalah rumah tangga.. En dia bersenjata pistol dn bawa emas banyak sgt.. Sy rasa dia tengah high myb ambil sesuatu“.. Polis masuk kerumah nampak berhati2 sbb dah tau dia bersenjata.. (Pistol meman lebih canggih dr pistol polis..he he he)

Dia      : Sy Meman (dia memperkenalkan diri) sy ada masalah berat.. kes serius ni..

Polis   :  MEMAN SIMPAN SENJATA TU.. Kita bincang elok2 kami akan bantu..

Dia      : Ehh sy ada lesen xpa.. (Konfiden je Meman.. Geram betul sy ada lesen pun x boleh mengacukan senjata api pada org, kalau sy buat report dia salah.. Depan polis dia selambanya)

Polis   : Masalah apa Meman.. kalau hal rumah tangga kami boleh bantu kita balik rumah dulu.. Kita setel dalam rumah Meman..

Dia      : X boleh.. x boleh.. Sy nak kebalai sekarang.. Sy x selamat dan sy nak perlindungan.. (sambil berjalan keluar dr rumah sy masa nak masuk kereta polis pun dia sangat ketakutan.. Dalam hati sy dia ni ketua gangster ada pistol.. sgt berani ..!! x kan setakut macam ni…).

Kongklusi cerita sy…

Umur 40 tahun ialah umur hijrah dan peringatan supaya kita jumpa jalan nak balik (mati nak jumpa tuhan)… Allah pandang kita dihujung2 usia kita.. Ambilah peluang dihujung usia utk kembali jalan Allah.. Banyak dalam Al-Quran disebutkan ttg umur.. Belajarlah malu melihat kepada umur.. Org yg jauh dengan Allah merasakan dunia ni miliknya utk selama2nya..

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!