Resipi Bonda

Esen Pengat..

 

Kuih yg sy nak tulis kali ni myb x nampak mewah.. Tp sedap.. Buat pengat yg sy nak bagi ni lebih leceh sikit dri yg biasa yer..

Org melayu panggil Pengat Pisang.. kata suku bangsa sy Serawa Pisang.. Kata orang Indon Kolak.. Kata org putih x tau apa ha ha ha.. ehhh tetiba bonda tercakap speaking london “That kind of malay or asian desert..” Wahh cakap owang putih lah pulak (ntah betul ke idak bahasa sy tu.. Hantam saja lah)….

11266704_747990868657658_7766315918798154657_nDan pengat ni boleh ditukar kepada campuran bahan asasnya dari pisang kepada labu + Ubi Kayu + ubi keledek + Bubur cha cha..

Jika buat bukan dri pisang, x perlu letak sagu tau.. Sy akan gantikan dengan kacang merah dalam tin ini baru match..

Basic bancuhan air nak jadikan serawa tu saja sama dan pewangi.. Cuma digantikan iaitu kalau serawa pisang letak pewangi esen pisang.. kalau yg bubur cha dengan aneka lain tu esen vanila..

DEKAT RESEPI NI ANDA DAPAT 2 JENIS PENGAT SEBENARNYA.. JUST TUKAR BAHAN ASASNYA..

Jom sy bagi bahannya dulu.. Sebelum masak kena baca pelan2 dn fahamkan.. Senang nak mulakan kerja… Bagi anda yg dah biasa masak senang nak faham .. Jika org yg jarang kedapur binggung nak faham agaknya..

Asas bahan utama anda boleh buat pilihan no 1 atau yg no 2

  • Pisang abu , pisang nangka.. Jika lagi sedap pisang raja lah.. (lebih sedap keras dn bersari masa gigitan)… Anggran 2 sikat atau lebih.. Potong dan dn masukan air sama paras pisang.. Rebus kejap je..

Sagu telur katak atau sagu mata ikan dalam secawan.. Boleh gak lebihkan sikit.. Sagu mata ikan lebih unik.. kenyal sbb lebih besar.. Sagu mata ikan ni biasanya buat utk ais kacang.. Pengat pisang ni perasanya mesti letak esen pisang…

Part sagu pula :  Kalau sagu telur katak kena rebus sekejap dn buang airnya.. Tos sekejap terus masukan dalam rebusan pisang.. Kalau sagu mata ikan lain pula caranya.. Sagu mata ikan kena rendam semalaman.. Masa masak kuah pengat nanti baru masukan.. Kalau nak rebus dulu sekejap macam sagu telur katak tu pun boleh juga..

  • Labu + keledek + Keladi + bubur cha cha + kacang merah dalam tin..

Potong dadu semua jenis ubi ni.. Rebus dulu semua bahan dgn air sama paras dengan bahan2 seperti labu, keledek, keladi dn bubur cha2.. Bila dh sedikit lembut masukan kacang merah  (x pakai sagu pengat ni) Ini pewanginya  pakai esen vanilla..

Bahan2 utk kuah pengatnya..

  • Santan kotak cap ayam atau kara 1 kotak..(santan kotak yg brand ni sedap dn rendah kalori)
  • Susu Cair 1 tin
  • Kalau pengat pisang letak Esen pisang 2 sudu kecil
  • Kalau letak esen vanila 2 sudu kecil..
  • Santan pekat 2 cawan
  • Gula secukup anda suka..

Nota : Balancekan ikut rasa anda suka pekat atau cairnya atau kemanisannya.. Selamat mencuba pengat pesen baru dari sy..

2 Comments

  • bahtera kasih

    wahhh…sedapnya bonda…hehe..best pulak puan bahasakn diri bonda…terima kasih bonda sbb bnyk kongsi resepi…bnyk resepi bonda sy dh cuba…alhmdlh..semua menjadi..bonda tau x mcm mna nk buat tau fu fa…hehehe…sy ni ha bnyk kali buat tau fu fa tp tetap x menjadi…rupa semua molek dh tp rse tau fu fa nya masam..xsedap..mai ler kongsi resepi tu pulak kt sy ni ha…heeee : )

    • jamuratu malaya

      Bahtera kasih..
      Best kan bonda.terasa sy jadi kerabat diraja pulak bila digelar bonda..gurau jer…Sy bukan pandai masak semua puan..apa sy tau sy tulis..kalau x tau sy akan cakap x tau..he he .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!