Dugaan Nooraini

Dugaan Nooraini : Saya keliru mungkin sy salah… (xda part)

Sy terhenti menulis part 11 dan seterusnya utk Dugaan Noor Aini… Ada satu komen pembaca menerusi whats up yg berniat baik pada sy supaya sy menyorokan keburukan sy dalam semua penulisan…
Ini perbualan kami… Sy masih berfikir2 dan merenung 2 kembali tegurannya terhadap sy.. INI ANTARA PERBUALAN kami yg sy kongsikan… 

Sy menunggu jawapan atau pendapat 2 ke 3 org ulama ttg tulisan sy… Jika penulisan sy ini menyalahi hukum islam .. Sy akan delete semuanya.. Jika baik sy akan meneruskannya… Mungkin teguran dari pembaca blog sy ini.. Dari Allah tegur sy melalui dia yg menghantar whats up…

Pembaca blog yg sy hormati.. Niat sy mengunakan blog utk amal ehsan sy kepada pembaca khasnya wanita yg lalui dugaan berat..!!!.. Masa sy sakit tertekan sy sorang2 je dulu.. Xda kawan nak bercakap.. Sy ada melihat kenalan sy dan wanita2 yg kecewa sering buat tindakan salah bila mereka melalui ujian hidup antaranya simpan kekasih gelap.. Tinggalkan anak2… Jadi gro.. Sakit mental..Paling kritikal ada yg nak masuk ugama lain dan bunuh diri…!!

Sape nak tolong mereka yg pilih jalan singkat begini..????.. Segelintir org disekeliling kita hanya tahu mengumpat je, menambahkan tekanan hidup mereka.. X bagi jalan nak membantu apa lagi menyelesaikan…

Sekurang2nya sy menulis ni boleh bantu mereka (wanita2 yg sakit lalui ujian hidup) ada sedikit ubat rawat jiwa mereka.. Boleh baca ulang2 tulisan sy kerana ada nasihat sy selitkan..‘”Moral of Story” itu yg penting… Itulah mesej  yang cuba sy sampaikan…!!.. Kalau sy sorokan kisah buruk sy ..mmg x sampai mesej sebenar ..(sy cuba elak tulis buruk org lain secara detail).. CERITA SY LEBIH MENARIK KALAU SY CERITA SEMUA..TAPI APA FAEDAHNYA..??.. Xnak sy ke neraka buta sebb nak lariskan blog..

HAKIKATNYA MMG X DA MANUSIA MAKSUM KECUALI NABI MUHAMMAD SAW.. Manusia kebanyakannya mahu bercerita yg indah2 ttg dirinya… Sembunyikan kelemahan diri demi jaga prestij..!!.. X ramai org jujur dgn diri sendiri.. Haah apa lagi dengan org lain belum tentu nak cakap benar..

Blog atas pengalaman sendiri ni sgt bermakna utk peninggalan sy kepada keturunan sy dan anda yg nak celik hati supaya lebih bersyukur atau memperbaiki  kehidupan.. Sy x tokok tambah utk  penyedap buat cerita bohong.. Sy nak org ramai ambik iktibar dari kesusahan sy lalui iaitu. Kesilapan berfikiran sempit..

Cuba tanya Najib Menteri kita tu ada x buat salah sepanjang hidup dia..??… Ramai yg x nak mengaku salah lebih2 lagi  kalau berstatus besar..He he he.

Sy x jual stori sy..!! Tawaran banyak nak bukukan kisah hidup sy sejak tahun 2002 lagi.. Sy tolak sbb mesej x sampai dan sy xnak buka detail aib org lain yg terbabit dlm stori sy…. Sy dh niat sy dtg sebagai ushawan bukan untuk kejar darjat atau glamer..!!..  Kalau sy cerita detail mmg lebih sedih.. Sy pernah lemah dan patah hati beberapa kali nak teruskan hidup..!!!.. (sy sorok banyak.dlm semua tulisan sy yg libatkan org lain).. KALAU SY KETERLALUAN DLM  PERNULISAN SY MAAFKAN SY YE.. 

Sy x suka hiburan langsung dan jarang dgr musik… Sy hanya hafal lagu nasyid Selimut putih El Suraya.. Banyak iktibar senikatanya… Sy nyanyikan lagu ni utk tidurkan anak..

Lirik lagu…Banyak  nasihat dan ingatkan sy… Sy tahu kat mana sy datang.. Kat mana sy akan balik nanti. .

Bila izrail datang memanggil
Jasad terbujur dipembaringan
Seluruh tubuh akan mengigil
Terbujur badan dan kedinginan
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal didunia
Itulah hanya pembela diri
Janganlah mahu dikenang2
Engkau digelar manusia agung
Sedar lah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yg dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

43 Comments

  • silent reader dah tak silent

    Teruskan puan… niat puan baik… kisah puan memberi inspirasi dan motivasi kepada wanita yang memerlukan seperti saya… saya memang ternanti-nanti puan update blog..

  • siti fadillah

    Iala puan, stiap manusia ada pandangan masing2…. tp sy suka dan sentiasa menanti cerita dr puan…. seronok belajar dr kisah hidup org lain…. seorg yang kuat semangat tuk sy jadikan idola sy….

  • umiayim

    Saya sokong pendapat puan. Cerita pengalaman ini amat memberi erti dan pendorong pada wanita lain yang sedang diuji… Apapun terpulang kepada niat masing-masing, pandang dari sudut positif… positiflah jadinya jika sentiasa melihat sesuatu itu negative dan buruk itu yang jadi semua benda tak elok. Teruskan cite puan .

  • kakcik

    Saya tak mahu menjadi hakim dalam kes ini kerana ilmu saya tiada. Biarlah para ulama yang Puan tanya memberikan pandangan mereka…

    Selagi Puan menulis, selagi itu saya datang membaca sekiranya tiada halangan. InsyaAllah.

  • emy

    Sy hrp sgt pn teruskan penulisan puan..pn mmg idola sy dr zaman ank dara sampailah ank 3.sy selalu mengikuti perkembangan pn.kalau lah cerita ini dibukukan sy pasti akan dapatkan krn bnyk pengajaran sy dpt dr tulusan pn rozita.tolonglah smbung prt 11 lg x sabar nk baca.pn mmg seorg yg kuat dn tabah.sy nk jd mcm puan.

  • Nor Asikin Daud

    Allahhuakbar! Itu lh mnusia nmanya puan. Meteka dtg dgn brbgai bntuk dn rupa. Pndai mngkritik org lain, pntng tengok org lain brjaya. Apa2 pn bg saya puan tlah mlakukn amanah Allah agar kita brpesan2 dlm hidup ini. Kita Allah jadikn mungkin utk org lain blajar dr kita. Pengalaman hidup, derita dugaan kekayaan smua dr Allah, agar kita mngmbil iktibar. Sya tegas mngatakn tindakan puan benar. Hsnya org yg smpit prmikiran, statik dn takut kpd reality sja yg suka mnyorok2. Cuba puan baca kisah usahawan n motivator trkenal, bgaimna corak pnceritaan mereka. Ada kh mereka mnceritakn bulan bntang saj? Tidak kn. Pedulikn mereka yg x nk baca, mreka ska dduk di tapak lma berakar umbi kt siyu sdangkn org lain mnjulang ke langit, awk mkn najis org. Kasar bunyinya puan, tp itu lh melayu namanya…. Layu spanjang masa sampai mati sbb takut kpd kbnaran. Org melayu bnyk sgt prinsip, peluang habis dkebad bangla. Merrka hdup kt negara kta dh kaya raya, kta msih tahap lama. Ada bngsa kita yg dh naik mcm puan ni, mcm2 lh dikatanya. Teruskn puan, jgn brhnti. Saya kturunan tok gsjah org pahang x takut semua tu!!!!

  • haslina mohammad dom

    Assalammualaikum wbt
    Puan Rozita…maaf saya pohonkan pada Puan jika saya ingin betkata sesuatu…
    saya baca kisah yg puan paparkan dn dlm part ke berapa tu yg puan selamat melahirkan tu saya ada beti komen juga part yg sebelumnya…
    saya ada bercerita pada anak saya tentang kisah tauladan dari puan, kisah semangat puan.
    saya hanya baca sedikit sahaja tentang kenyataan puan yang ingin memberhentikan kisah ini atas teguran dan nasihat sesaorang…
    Komen komen dari org lsin pun saya belum baca kerana bila saya baca sedikit permulaan yg puan mungkin akan berhenti di part 11 ini..saya dah terasa…terus terang saya katakan..cerita boleh diteruskan..cuma perlu lindungi aib sesaorang walau perit yang kita rasakan…saya berkata begini kerana kita semua telah membaca kisah puan, kita semua sayang puan, puan lah idola kami…
    dari itu…rujuklah puan…semoga kisah tauladan puan ini boleh diteruskan…in sya Allah…

  • hambaAllah

    Pd pndagn p.badi sy, crite pn sgt menarik tetapi mmg pndpt dr wssup pun ada betulnya krn ada part2 yg mceritakn kelemahan x-suami..kita jg kn pikir x-suami tu kini mgkin telah ada klrga baru , pa perasaan mrk bc tulisan pn..sy rsa pn blh smbg part 11 tpi sebut d awal2 pn nk fokus diri pn, part suami tu x perlu byk @ buang terus n minta pbca brsangka baik thdp x-suami..sbb pbca dh fhm..yg mderita sbnrnya pn, x-suami pn mmg x demand byk..mkn, minum, duit ada ke tak…n pbca yg matang pn boleh fikir dgn rasional disebalik tulisan pn yg x sebut x-suami pn…maaf kn sy atas pndpt ini pn, sy ikhlas bg pndapt..tkasih pn..jgn putus asa, sedangkn sblum ni dugaan pn lg berat apa sgt nk dibnding dgn pndpt pbca…semua itu utk.kebaikn bersama ..

  • sakeena

    salam.
    ya,sy setuju dgn puan haslina. boleh je nk cerita. malah sy pasti ramai sebenarnya yg suka cerita motivasi mcm ni. teruja. cuma satu je, kalau dlm bercerita ni hati2 takut buka aib, bkn saja aib sendiri tp aib org juga. 🙂 maafkn sy kalau tersalag bicara.

    sy pun ikut cerita puan dari part yg pertama dan seterusnya. mmg best cuma ada rasa sedikit tdk senang dlm hati bila baca part2 buruk org. contoh – bekas suami puan.

    apa pun sy tahu puan lebih tahu niat puan sendiri. walau apa pun tanggapan org. teruskan lah bercerita. luahkan segalanya. keperitan, kesengsaraan, kesusahan yg pernah puan lalui, moga ia menjd pembakar semangat wanita2 diluar. insyaAllah

    • jamuratu malaya

      Sakeena..Assallamualaikum. .sy hanya nak pilih jalan kebaikan , jika bukan sy dermawan cukuplah sy minta ehsan Allah ampuni sy..Sy ni banyak silap..banyak kurang..Kena rujuk juga apa kata ulama..Sekarang ulama dhnok..maka sy akan terus menulis..Semoga ada rahmat Allah tolong sy dn pembaca semua..Itu sy sgt Harapkan

  • shida

    saya dan ramai lg rakan saya tertunggu-tunggu part yg seterusnya dari puan. saya dapat belajar sesuatu dan manfaat dari penulisan puan.”sesungguhnya sebaik2 manusia adalah manusia yg beri manfaat kpd yg lain”.puan adalah salah sorang manusia yg beri manfaat itu.tahniah puan! saya yakin penulisan puan ini sgt memberi manfaat kepada ramai wanita lg yg perlukannya. Teruskan usaha penulisan puan.cerita puan telah buka mata bkn saya sorang yg masih tp byk wanita yg diluar sana untuk “BANGKIT” menjadi wanita yg lebih berusaha,cari peluang dan hanya bergantung pd Allah. Puan, tlg abaikan komen sebegitu. saya yakin ramai lagi yg berbersangka baik,.penulisan puan jauh lebih baik dari blog gosip artis. kpd pembaca blog ini, bkn senang kita dpt perkongsian bermakna dari Ciptaan Allah yg hebat ini. bacalah cerita ini di sudut yg positif,dan ambil ikhtibar.bkn lihat yg negatif

    • jamuratu malaya

      Assallamualaikum shida…sampaikan salam sy buat teman2 Assallamualaikum pada mereka. .just nk stori..kalau sy bagi ceramah motivasi berbayar jemputan ada gambar2 peribadi sy sedang naik moto jual ikan..kedai runcit sy yg buruk..Kalau beli beli buku berbayar..

      baca blog free..real tulisan sy meskipun typo..xda org macam sy sibuk nak tulis blog dan buka kelemahan diri…Sy bukan nak atau glamer tunjuk rymah banglo atau kereta mewah..Sy hanya nak jadi a a part of semua wanita yg susah sebagai rakan moral support melalui tulisan sy..

      Hidup ni susah dan sakit nak teruskan sampai hujung usia ..macam2 dugaan .kalau x jumpa kawan betul x dengar majlis ilmu mmg hanyut bagi yg jiwa
      Lemah

  • Nur Aniqah Fauzi

    Assalammualaikum, puan jangan lah berhenti menyampai kan cerita nasihat, kerana sy masih tercari cari dri sy yg nk msuk 25 tahun ni. sbb stip hri sy lemah putus asa, dan paling berat taknk bersyukur dgn kehidupan sy skrg ada ibubapa dan adk brdk, tp msh rasa sakit hti dgn kelebihan owg…setiap hari sy dtg ke sini membaca utk mencari semangat baru utk terus perbaiki diri..semoga Allah melindungi puan dan seluruh ahli keluarga dgn rahmat-Nya.

    • jamuratu malaya

      Waalaikumusalam Cik Aniqah..
      Dlm dugaan Nooraini ada slot yg sy cuba sampaikan kpd org belum kawin supaya test pasangan kita sebelum kawin..respondnya..kita kena buat dia marah apa sikapnya…supaya dah kawin kita x merana

  • nurul

    Askm puan. Saya peminat puan dan setia membaca blog puan. Banyak pengajaran dan contoh iktibar yg puan kongsikan yang byk saya belajar. Terima kasih puan di atas perkongsian ikhlas yg byk perkara positif bole diambil. Cuma terpulang pada individu tu sendiri jika melihat dr sudut positif maka positif la yg kita nmpak. Teruskan menulis puan.

  • diel

    Assalammualaikum..Puan Rozita..bg sy kisah hidup puan byk mengajar saya erti bersyukur, kisah puan memberikan semangat dan inspirasi kpd sy dan keluarga..sememangnya sy tertunggu2 kisah puan selanjutnya..terima kasih kerna byk pengajaran yg sy dpt dr puan..

    • jamuratu malaya

      Wsalam cik nurul…
      sy positif dlm teguran..sy pasti akan menulis..sbb sy mahu tolong wanita lain..xda org sanggup mengaku salah..sy sendiri cabar diri sy buat perkara baik..Insyaallah jika ia x salah dr segi hukum sy pasti tulis..bagaimana sy mengatur minda dn keraskan hati utk majukan diri

  • Jurina

    Salam puan.
    Saya dulu sampai menangis dngar lagu selimut putih tu.. Hati akan hiba bila dngar bait2 lirik & lagunya. Sgt tajam mksd message yg nk disampaikan.
    Puan, apa yg puan ckp tu benar. X semua org berani nk mengaku diri buruk dan ade kekurangan.Segala aib sendiri dia akan tutup setutupnya tp dlm masa yg sama cuba mengaibkan org lain dan buat perbandingan betapa hebat dirinya berbanding org.. Macam maksum. Macam perfect sgt..
    Tapi puan pd saya lain..,
    puan cuba menampakkan kekurangan puan walaupun puan berada di puncak. Puan cuba menampakkan diri puan sebenar ade buruknya juga tetapi masih berusaha menjadi yg terbaik..sbb kita hanya manusia biasa.. X kan pernah perfect.
    Pada saya niat puan utk menulis kisah benar disebalik kebangkitan & kejayaan puan x de salahnya. Puan nk sampaikan msg berguna spy org jgn mudah berputus asa n memilih jln yg salah. Lgpun, Puan x sebut nama sebenar pd org yg terbabit pun.
    Apa pun puan tunggu saja pendapat dr ulama. Mereka lebih arif.
    Terima kasih kerana puan sudi berkongsi cerita dgn pembaca..<3 🙂

    • jamuratu malaya

      Cik Juren..Bahagia sekali sy sebenarnya itu realitinya sy …lifesy..niat sy…meskipun penulisan ..niat sy cuba betulkan..supaya niat baik tu x jadi haram…sy mmg x sebut nama dan sy nak tinggalkan terbaik buat sape2 yg kenal sy …ini je sedekah paling mudah…

    • jamuratu malaya

      Assallamualaikum Pn Jurina..
      sy senang betul baca komen puan..Itu sebenarnya sy cuba sampaikan..Sy buka minum arak..berzina ke..dlm cerita sy sy dah xbtahan dgn sikap pasif dn x dpt bendung kemarahan sy..itu normal..kalau puan faham dlm stori sy tu sy cuba tune cara berfikir sy jangan fokus kepada kelemahan org lain jika kita ingin berjaya..!!

  • anita

    saya baca blog pn sbb klu boleh x nak tahu semua cerita pahit jerih, suka duka pn dlm menjalani hidup..yg baik sy ambik jdi panduan..buat pendorong semangat..selain suka dgn celoteh pn..tulis la apa aja, insyaallah sy akan tetap pengikut blog puan. wassalam

  • rahayu my

    Salam…dari awal sy mengikuti kisah pn sy x pernah terperasan yg pn menceritakan aib pn,yg sy nmpk dari penulisan pn semangat seorang perempuan kg yang tidak ada apa2 tetapi berhati waja, cekal untuk meneruskan kehidupan untuk maju kehadapan.Kisah silam pn mampu memotivasikan semangat wanita lain yang tidak bernasib baik dalam perkahwinan agar bangun untuk maju kehadapan.Sebagai seorang manusia yg waras sepatutnye mampu mengambil ikhtibar dari kisah pn,yg baik kita jadikan tauladan yg buruk kita jadikan sempadan.

    • jamuratu malaya

      rahayu..Assallamualaikum. .sy berharap pembaca blog sy positif..dn itu ygbsy harapkan..sy bila ditegur akan ambik kira juga x banyak sikit..Kalau baik Dan betul jalan Allah redha sy mmg akan teruskan..tulisan sy sehingga part penderaan sy alami selepas perkahwinna ke2 sebelum arwah ani meninggal

  • lina

    Salam saya tak nampak salah pun klau niat baik apa salahnya niat ja kerana Allah utk bagi motivasi semangat juang pd wanita dari seorang wanita.

  • ilasaleh

    kalau sorok2 memang tak sampai camana hebatnya tekanan hidup kita.. saya baca cerita puan dan saya dapat bayangkan derita tue.. dan kuatnya puan menghadapi sampai jadi seperti hari ini.. insya allah moga apa yang puan paparkan… niat utk memberi semangat&motivasi pada wanita lain ini tidak salah dari segi hukum… saya dapat kekuatan&motivasi dari tulisan puan…

  • niezah hadi

    Saya harap puan dpt sambung kembali kisah puan dlm blog ni.byk pengajaran yg saya dpt dari kisah puan.saya pun mcm puan jugak bila tertekan dan kecewa terutamanya dgn pasangan kita akan bertindak bodoh tapi masa dan ilmu memberikan kita kesedaran. Tiada manusia yg tak buat silap.harap puan tak putus asa dgn komen dan ulasan pengikut blog.insyallah Allah sentiasa bersama puan…amin

  • nory

    Inilah masaalahnya orang orang kita yang berfikiran sempit suka sangat nak menghukum orang dan menegur benda positif yang orang buat. Masyarakat beginilah yang akhirnya hidup asyik mencari kesalahan orang lain. Bagaimana mungkin cerita cerita motivasi puan mengaibkan ? Kita lihat dari sudut positif dan kita kena memahami keadaan yang puan lalui “waktu itu” dengan umur yang terlalu muda…dengan keadaan hidup yang sempit…dan pengalaman hidup yang baru bermula waktu itu. Kalau kita mengambil positif tentunya kita ingin melihat bagaimana puan melalui dugaan demi dugaan hidup untuk berjaya dan InsyaAllah kita akan banyak belajar bagaimana nak menghadapi cabaran hidup sebagai seorang wanita yang lemah. Bangkitlah puan jangan berputus asa dan teruskan menulis. InsyaAllah saya percaya puan akan menjadi pembakar semangat bagi kami untuk berhadapan dengan berbagai cabaran hidup sebagai seorang wanita, ibu, isteri dan usahawan atau pun pekerja biasa……

    • jamuratu malaya

      Assallamualaikum cik Nory..yg sgt sy alu2kan komen yg membina utk sy juga…Saya senanng dgn komen cik.Senyum dn berbunga2 hati nak sambung story dugaan Noor Aini..

      Sy baru dapat 1 ulama..sy tunggu lagi 2 apa mereka ttg penulisan sy tu…Katanya secara lisan tadi..x mengapa asalkan niat betul dan sama ayatnya macam cik nory katakan..xda gambar..xda nama.. asal kan niat bukan memburukan org utk memberikan motivasi kpd org lain dibolehkan..

  • ummi

    Salam Puan Rozita, TERUSKAN MENULIS. Jangan berhenti hanya kerana teguran seseorang. Itu pendapat peribadinya saja. Jangan difikir ianya boleh mempengaruhi sesiapa. Saya lihat Puan menulis dengan waras dan penuh timbang tara dan saya juga membacanya secara demikian juga.

    Kecualilah Puan menyiarkan nama penuh serta gambar dan segalanya yang detail ttg x-suami atau orang-orang tertentu maka itu sudah tentu boleh dipertikaikan, kan? Selagi Puan menjaga batasan dan etika menulis, teruskan saja. Saya menyokong Puan 200%.

    Saya berharap dapat bertemu dengan Puan suatu hari nanti…teruskan menulis dan jangan berhenti. Sentiasa ingat saya ada di sini selalu menanti.

    • jamuratu malaya

      Assallamualaikum. .Terimaksih sbanyak2nya atas komen..Mmg banyak betul komen2 positif..sy pun berharap agar tulisan sy memberikan menafaat dn pertolongan kepada insan lain…Sy dah dapat 1 ulama..sy tunggu lagi 2..insyaallah sy respond nanti

  • rizz

    Assalam puan..tertunggu tunggu sambungan cite pn.pd saya cite pn tu xde lah keterlaluan,byk msj yg bleh di amik. Tpulang pd yg membaca. Klu amik positif, positif lah yg kite dpt begitu lah klu sebaliknye..semoga puan sukses. Sy harap sy leh dpt ilmu menjadi pengedar JRM yg berjaya seperti pn.insyallah.

  • Siti Zaleha Ibrahim

    Penulisan bnyk menyumbang kpd apa yg mahu di sampaikan krn adanya blck n white. Lebih2 lagi ianya penceritaan yg luhur dr hati. Maka dari situ ambil lah setiap baik buruknya sesuatu luahan itu sebagai seisi pembelajaran. Pengalaman mematangkan jiwa, minda….

    (…so yg pasti istilah “aib” “mengaibkan” tdk timbul)

  • luna

    Aslmkm puan.puan mmg sgt matang, berjiwa besar,menerima teguran dgn baik,lgsg tidak melatah seperti stgh org.sy fhm krn puan dah lalui perkara yg plg pahit dlm hidup sehingga puan tidak merasa tertekan lgsg kpd teguran,malah puan merendah diri utk membenarkan sebahagiannya dan berusaha menjadikannya tauladan utk mnjadi lebih baik.Hormat sy kpd puan atas sikap murni itu.

  • GokuSuperSaiya

    asallamuallaikum, mungkin bagi stokis mereka risau perniagaan mereka terusik, mungkin stokis suka founder produk bergaya kereta mewah hari2 ig live dan macam2 lagi.

    sy suka bonda jujur susahnya perniagaan pahitnya niaga daripada ceritanya manis di canangkan sampai manis tu jadi racun pada diri sy. yang pahit itulah ubat yang manis itu lah kencing manis.

    cerita bonda ni pengalaman hidup bonda. realiti kehidupan ada sesetengah akan pilih short cut untuk buat duit , jual badan di wechat, di apps untuk cari duit segera. alhamdulillah bonda lakar kehidupan dengan pilih jalan betul .

    sejak baca blog bonda hati sy jadi tisu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!