Dugaan Nooraini

Dugaan Nooraini : Part 9 : Minta kain buruk rumah jiran sambut anak..

Sambungan part 9,

Semasa awalnya kami berpindah sy ada juga bertandang ziarah kerumah jiran terdekat kiri dan kanan.. Salam perkenalan je… (x da masa nak lepak rumah jiran pun).. Saya takut nak bergaul dalam sebulan sj disana banyak jiran2 bergaduh sesama mereka ..

Sikap bermuka2 dan suka memfitnah.. Iri hati dan sebagainya. Myb mereka bersikap begitu kerana kurang ilmu, sibuk jaga hal org sampai x sempat tengok hal sendiri.. Tekanan hidup.. Cara berfikiran dibiarkan sempit dan xda kerja ..(Salah satu sebab sy keluar felda dan pindah dr sana selepas 6 tahun.. Sgt x tahan..)

Kejadian yg x enak sepanjang hidup bermasyarakat disana ada sesama mereka menyerang kerumah hanya kerana kes anak2 mereka bermain dan bergaduh..(org tua pulak masuk campur).

Tak kurang fitnah cerita ttg sy lah paling hot.. Semuanya berlaku nanti (Story part akan dtg dilema peneroka)  selepas sy bersalin anak ke3.. Semuanya berpunca kerana sy kerap keluar dari rumah dan agresif niaga.. Myb juga sy paling muda .. Paling moden sbb x pakai kain batik.. Mungkin ini menarik perhatian Peneroka lelaki (suami orang).. Paling sy x tahan mengendap sy mandi dan ada yg menyuarakan rasa jatuh cinta.. Ada yg membaling dgn batu besar kerumah sy semasa sy dirumah bersama anak2 dan ex suami.. (he he he.. Sbb jeles selepas suami sy dapat moto RXZ , mak dia bagi lah.. Ex suami anak org senang)… Macam2 insiden buruk sepanjang disana.

Alkisah bersambung :

Selepas kandungan 4 bulan sy seperti ibu lain membuat pemeriksaan di klinik kerajaan… Sy berjumpa seorang penerokawati yg hamil kali ke-3.. Senang sy dgn keramahannya.. Antara perbualannya….”Anak ke2 akak tu kembar.. Lelaki ke2nya baru 2tahun… Akak nak bersalin sini je.. x balik kampung.. Ni mengandung ni nurse kata x kembar..Akak dah dekat masa bersalin dah ni.”..

Dia bercerita penuh gembira sekali walupun pertama kali berjumpa.. Sy 19 dia dalam 27 tahun.. (rasa macam kami mood sama masih muda) Yg lain peneroka semuanya usia 40an..Rumahnya agak jauh dri rumah… (sayang lupa sy namanya , maklumlah ini cerita lama dah lebih 30 tahun ..dah lama sgt ..

Selang seminggu selepas berjumpanya sy dikejutkan berita di awal2 pagi… Riuh org bersembang di jalanraya.. Terkejut dan macam mimpi yg KAWAN SY TU MATI BERSALIN.. Innalillah hiwainna ilai hirojiun.. urinya x lepas keluar. .!! Bersalin kat rumah..

Sy menziarahinya buat kali terakhir.. Ya Allah sy x sedar tangisan sy agak kuat.. X dapat ditahan…  Melihatkan anak2 arwah kawan sy tu memeluk kuat mayat ibunya.. x benarkan org nak bawa mayat ibunya… Mmg sayu betul saat tu.. Suaminya meriba anak kecil yg baru lahir dan 3 anak lagi tu memaut mayat ibunya … Meraung anak2nya minta ibunya supaya bangun.. “Mak jangan mati mak… Bangun mak.. Bangun.. Sy xda mak macam mana.. Sy nak ikut makkkkk..Janganlah bawa mak sy” ..Sy menangis sepuas2nya..

Sebelum kain kafan ditutup tu sy melihat muka arwah sembab dan kuning.. (mungkin sbb tumpah darah). Suami arwah juga menangis melihat anak2nya berpaut begitu..

Selepas beberapa bulan kandungan sy makin sarat. Dan sy sangat rapat dgn bidan kerajaan felda, sy panggil nurse.. Masih gadis dan usianya lebih tua dari sy.. Org kedah.. Sering juga dtg kerumah.. Dia pernah tanya ttg pemakanan sy..

Nurse :  Akak kena makan vitamin c atau apa2 suplemen.. Makan tu akak kena berkhasiat tau.. Akak dah lah mengandung kerap.. Kesihatan bayi tu bergantung apa yg kak makan.. Kalau x cukup zat dia akan ambik dari tulang belakang akak.. Akak yg sakit nanti masa tua tau ..!!

Sy: Sy x da makan apa suplemen nurse x mampu.. Harapan sy hanya vitamin nurse bagi tu jelah  ..

Nurse : X pa kak…kak makan sawi , ikan.. Sayuran hijau.. Dan limau kak yer.. Akak ada makan buah x.??

Sy: Makan buah mmg x da nurse.. Mana nak cari buah nurse.. Baru pindah pokok sy x berbuah lagi.. Nak beli selalu xda duit ..

Nurse :Kak seminggu sekali pun jadilah kak janji makan..

Sy x tau nak jawab dah.. Kalau sy cerita pun memburukan ex suami dan sy x suka org bersimpati dgn sy.

Ani sangat kecil kakinya boleh rasa tulang je.. xda daging kat kakinya.. Macam anak somalia tu… (effect sawan urat 2 kaki dan badan kejang mengecil macam disentap.. Kecut mengecil bahagian kaki).. Muka Ani comel berambut
ikal cantikkk.. Dia sudah boleh meniarap (dlm umur 9 bulan lebih kurang masa tu ).. Telentang meniarap utk kesatu2 tempat.. X banyak pegerakan dia boleh buat.. X banyak nangis dan ragam.. Pinggangnya lemah sebb tu dia x boleh duduk.. Dengan umurnya setahun 2 bulan itu sahaja perkembangan Ani..

Arm Chair
Lebih kurang begini kerusi Ani..

Hanya kepada Allah sy mohon pertolongan setiap kali mengurut Ani.. Sy tetap gembira dgn perkembangan Ani.. Sekurang2nya Allah bagi sy sinar harapan bila melihat Ani bergerak..Utk sy terus ikhtiar, dah nampak pun boleh bergerak.. Cuma pinggang je.. Pujuk hati kecil sy… Sejak  lepas sawan tu sy ikhtiarkan macam2 sekadar mampunya sy secara traditional,  antara ikhtiar sy :

  1. Sy minta bekas suami buat kerusi kayu 4 segi , Semuat2 utk badan Ani je.. Tengahnya sy letakan kayu kecil. (Anda bayangkan kerusi kayu sekolah zaman dulu… dan tengah2 letak sendal, macam tu lah kerusi ani) supaya dia boleh didudukan..
  2.  Setiap pagi sy papah dia berjalan diatas embun rumput..supaya kakinya menikmati kaki utk berjalan. .
  3.  Sehari 2 kali sy urut dia dgn minyak herba…Sy pergi berubat bawa berubat dgn orang kampung dekat pagar sasak..orang kampung ulu pahang sgt pendalanan..Bahasanya pekat sukar difahami..Dia bagi minyak dan beberapa jenis kunyit..yg sudah ditanak..(sy belajar herba sekali dgn dia)
  4. Ex suami balik kekampung sy suruh mintakan minyak dgn orang kampung dari burung bud – bud…

(Pembaca yg sy hormati.. Dlm semua stori sy hanya muatkan point2 yg penting ..Yg ada unsur iktibar.. Supaya anda boleh ambik semangat dari kisah hidup sy… Yg TAK ELOK SIKAP SY  jgn ikutlah..Tapi sy kena cerita jugalah… Kalau sy x cerita mesej motivasi tak sampai…)

Sy makin bertenaga dan kekuatan semangat badan semakin pulih walaupun sy makin sarat dekat nak bersalin.. Sy menguruskan anak2 dan kerja rumah.. Sy masak dapur kayu nak jimatkan gas dan kewangan..

Sy x lupa dosa atas sikap sy pada ex suami.. Saya baling dia dengan cerek hitam kena dekat muka dia selepas sy balik mencari kayu api.. (x da isi air pun..Hitam baju dan muka dia kena cerek tu).. Masa tu marah hilang sabar.. Sy dah x tertahan lagi… Dia pulak x respon kasar pun pada sy atau nak membalas dengan ayat jauh sekali naik tangan kat sy.. Dia pandang je muka sy dengan sedih…

Lepas buat tu sy menyesal sekali.. Kesian dia.. Sy ni jahatnya (dalam hati.. Tapi x minta maaf pun.)…. Mungkin sy penat atau sy sedar sy hidup macam org bodoh… Tunggu perkara yg x jelas dalam hidup sy.. Sy nak sesuatu yg indah dan aktif.. Bukan begini..

Waktu tu sy balik dari belakang rumah mencari kayu api berbekal parang panjang..Tiba2 sy terfikir dah dekat beranak apa pun xda.. Ani dah 1 hal masih x boleh jalan… Ni yg nak beranak ni apa pulak akan jadi.??.. Lampin Ain sendiri koyak rabak.. Ani pakai napkin pun 3 helai sekali pakai, (zaman dulu pakai kain napkin x da pampers bagai)…Lama2 napkin jd nipis dan nak hancur sbb tu pakai 3 helai..Baju masa Ani bayi tu boleh pakai lagi..

Ni dah sarat mengandung tunggu bersalin sy masih mencari kayu api.. Bawak parang.. Kalau jatuh atau tersodok kayu, ular ke ..kan bahaya..Dia x ngeri ke x kesian ke dgn sy yg terboyot2 mengandung 9 bulan menjunjung kayu api..!!..

Sy naik kerumah dan sy lihat dia senang hati duduk makan dgn anak2 dekat dapur.. Tiba2 angin “pus-pus” sy naik…. Sy hempaskan kayu dan baling dia dengan cerek tu.. Sy lupa sy cakap apa waktu tu.. Tapi kes baling cerek sy ni mmg sy x lupa. .

Lepas kejadian baling cerek tu.. Sy malas nak sakitkan hati ex suami lagi sy anggap di cacat juga.. (Baru la sy senang hati..kalau sy anggap dia sempurna sy nak dia sedar dan sy jadi marah lagi..)

Sy akan bersalin bila2 masa je..Maka sy pun ikhtiarkan utk lampin bayi ni.. Pergilah sy kerumah jiran2.. Minta kain2 buruk.(.Kain batik atau kain pelekat.) ..Ayat ni mmg sy x lupa..Saat tu hati sy merintih kehibaan. HATI SY BERKATA2.. “ALANGKAH BAIKNYA KALAU SY MATI MASA BERSALIN.. SY TAKUT NAK TERUSKAN HIDUP YA ALLAH…, ANAK2 BIARLAH EX SUAMI URUS.. DAN HIDUP SY TERHENTI KAT SINI JE.. MATI PUN DAPAT SHAHID KECIL.. MACAM KAWAN SY TU MATI BERSALIN..”

Longlai melangkah kaki pertama kalinya sy bertindak sebagai pengemis mengetuk pintu rumah orang utk mintak kain buruk buat sambut kelahiran anak.. Lapar x makan sy tak pernah minta sedekah pun..!! Kes lampin terpaksa dah x da jalan..Masa tu terbayang muka mak dan abah sy..Terbayang juga sepupu sy seronok belajar kat universiti..

Sy ada apa.. ..Umur 19 tahun ada anak, miskin melarat pulak tu ( setan memujuk berbisik2 kat hati., supaya x terima takdir..Kalau sy x kawin mesti sy jadi peguam atau nurse paling kurang..boleh pilih boyfrend ..bukan suami macam ni)

…Ayat keramat dan pengorbanan ni Mak lahirkan dan bawa kamu kedunia …” Mak Cik sy nak minta kain buruk kalau ada lah ..Sy nak minta .Sy nak buat lap kaki..Ada anak kecik2 ni sy perlu sgt kain2 buruk ..”
( Dah besar anak ni Allah duga pula dia lah anak paling menyakitkan hati..PEMBACA SY MINTA TOLONG HORMATI LAH SY DAN ANAK INI… (jgn tanya siapa namanya pada sy)

Masa melangkah balik minta kain buruk tu sy usap perut sy …. Sambil bercakap sendirian sambil menangis.. “Apa lagi perjalanan hidup sy ni Ya Allah. UMUR 19 TAHUN BEGINI SUSAH DAN SANGAT SUKAR.. APA AKAN JADINYA UMUR KU 40 TAHUN NANTI.. KALAU PANJANG UMUR SY NI SILAP GAYA DUDUK BAWAH JAMBATAN ATAU JADI PENGEMIS”..

 

Nantikan stori esok Part 10 : Bersalin sendiri , hajat hati biar  mati masa bersalin.

 

26 Comments

    • qsuri

      Sedih saya baca kisah puan tapi saya kagum walaupun hidup susah tapi puan korbankan rasa malu demi anak2 dan sekarang Allah berikan balasan yang baik dan kehidupan yang bahagia pada puan. Alhamdulillah

        • Azalina Abdul Rahman

          Part 8 dan 9 baca pun saya sudah nangis, ntah apa part 10 yer… cerita kak ni saya ikuti mcm drama tv. Tv pun saya jrg tengok. Moga coretan bgini anak2 sedar diri apa yg ibu mereka lalui nak lahirkan mereka, bahkan nk membesarkan saja sudah miskin semuanya berhabis untuk mereka

  • Kakcik

    Assalamualaikum Puan…

    Kakcik memahami isi hati Puan. Setiap kali membaca nukilan Puan, kakcik dapat menyelami isi hati Puan bila nama anak itu tidak Puan sebut.

    Kakcik juga ada anak yang sangat ‘menggugat iman’ sewaktu dilahirkan dan sewaktu kecilnya. Anak itu juga sekarang sentiasa ‘mengecutkan’ hati kakcik dan sering membuatkan kakcik menangis dalam diam.

    Walaubagaimanapun, jangan sama sekali kita sebagai ibu menyumpah anak2 kita. Doa ibu itu mustajab. Bagaimanapun kelakuan mereka, kita doakan yang baik2 sahaja semoga Allah SWT membuka pintu hati mereka dan merahmati kehidupan mereka…

  • iera

    assalammualaikum… puan.. sebak..sedih..sye bce cerita puan… seakan2 sama dgn kisah yg saya alami skng ni.. sye juga mpunyai anak yg sering diserang sawan.. kesannya.. wlupon sudah brumur 2thun..anak sye masih tdk brupaya utk brjln sdri..sye pula.. bru siap melahirkn anak yg ke4.. masih.dlm brpantang.. perkembngn anak yg agak.lmbat drp kk2 nya yg lain amat mbimbangkn sye… mcm2 sudah kami ikhtiarkn..dr rawatan secara moden mahupun tradisional.. alhamdulillah.. ade peningkatan..walaupon agak lambat.. namun saye tetap brsyukur… sye akn ttap follow blog puan.. utk motivasi pd dr sye.. dan pd ibu2 yg prnah mngalami nasib yg same.. trima kasih puan…

    • jamuratu malaya

      Waalaikumusalam. .Pn Iera yg dirahmati Allah..semoga anak puan akan menjadi lebih sihat..membawa keberkatan kepada puan didunia dan akhirat..sabar dan puan kena terus kuat ..Dia perlu sgt semangat ibunya. .Tahniah puan ya kerana puan sebaik2 ibu

  • Nor Asikin Daud

    Puan, saya x prnh miss baca semua coretan puan. Mcm2 perasaan saya timbul masa baca. Kdg2 terasa sya ni
    bertuah krana x ssusah puan masa itu. Tp sya sbaliknya, dulu snang skrg ssah. Cerita puan jd iktibar, penguat semangt utk sya bngkit smula. Ingin sya mncontohi puan dlm byk hal. Rasa rasa sya tau anak yg mna puan maksudkn tu, klau benar, alhamdulillah dia jg telah brjaya spt ibunya. Puan jgn kecewa, bangga lh dgn anak2 walau apa adanya dia. Allah merahmati puan, insha Allah.

  • rizz

    Sgt menyayat hati. Dah baca part 10 tak sabar tgu part seterusnye.. Byk pengajaran yg boleh di ambil ikhtibar..sebenar nye sy teringin nk berjaya dlm perniagaan mcm puan.. Dah sy harap dr cerita puan ni boleh sy ambil sbg ilmu berjaya dlm bisnes. Sy pun dah mula berjinak jd pengedar JRM. Harap puan sudi berkongsi tips.

  • lina

    Salam niat puan baik pasti ada kebaikan.saya juga dulu susah pernah minum air paip menoreh kerja kilang berkebun saya punya kata semangat biar saya mati ketika sedang berusaha jgn mati saat tak buat apa2 .skrg saya alhamdulillah saya tak ambil spm tak mampu kami13 beradik

  • mohd hilal

    Ustaz ahmad arum….
    Saya telah membaca artikel yang puan tulis…pada pendapat saya dan pandangan islam tiada yg bertentangan dgn ajaran islam kerana puan sekadar menceritakan perjalanan hidup puan bukan kisah perilaku buruk puan atau bekas suami puan ataupun perilaku sesiapa…yg penting niat puan supaya dapat dijadikan iktibar buat org lain…..

  • luna

    Sedihnya bahagian ini,zmn 80an mmg susah ya.ada juga jiran.sy meninggal lps bersalin krn urinya tertinggal.bila puan cerita,teringat juga pd arwah jiran tu.mmg kecil2,kerap anak2nya.suaminya jaga,dan mereka baik2,cuma kehidupan sempit.

  • GokuSuperSaiya

    Assallamuallaikum , bonda. terasa diri kerdil. maaf saya tak pernah rasa kesusahan bonda, kesusahan saya pula melibatkan penipuan perniagaan . tips saya bila nak berniaga modal bukan segala galanya. ada orang ada modal berniaga hangus ditipu. ada orang modal RM 400, jadi jutawan berbudi bahasa.

    selama ni mindset saya semasa sekolah menengah anak orang kaya je boleh berniaga hakikat realiti kehidupan siapa berusaha dia berjaya. niaga kena mula dari bawah wajib sangat2 sebab nak faham perniagaan itu sendiri dan sebatikan dalam diri agar survive.

    terima kasih membuka mata saya bonda. sy xboleh layan double standard lepas ini. org susah ke senang kena muliakan. susah orang bukan diminta senang orang belum tentu usaha tulang 4 kerat. org susah pun ada perasaan . berdosa sesiapa layan orang susah dengan double standard. latih diri untuk humble dan ikhlas. bila dah ada latihan kefahaman nanti hidup tak rasa munafik.

    sy pernah jatuh dalam perniagaan.bila susah orang tak pandang melainkan perlu apa pada kita. itu lumrah kehidupan manusia biasa. manusia luar biasa tetap akan berkawan dan bersahabat tak kira susah senang. haha. nangis bila baca cerita bonda teringat pengalaman sy . alhamdulillah sy tak nikah lagi kalau tak haru biru jadinya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!