Dugaan Nooraini

Pengalaman Pn Rozita diganggu hantu menoreh tengah malam..Dugaan Nooraini : Part 25

Sambungan part 25, 

Sy berkerja seperti biasa tanpa menghiraukan jiran2 keliling.. Sy pun x tahu Mak Cik jiran sebelah rumah tu sebenarnya baik juga atau bagaimanakah orgnya. Setakat ini hanya dialah jiran yg rapat dgn sy.. Hidup disini sy umpamakan macam penjara di hutan..

Sy berbincang dgn Mak Cik hajat sy nak pawah menoreh kebun org lain, cari duit lebih.. Mak Cik juga setuju utk menjaga anak2 sy dgn tempoh yg agak lama.. Sy mencari tuan punya kebun..

Alhamdullilah sy dapat kebun utk menoreh lagi 10 ekar… x jauh pun dari kebun kami sendiri.. Sy tahu ia sgt berat lebih meletihkan… Biarlah jangan mengalah.. Badan masih muda.. x cuba x tahu.. Sy kena redah dan terus mencuba semampu tenaga.. Penat berhenti lah rehat… Hajat sy hanya nak tambah duit dn kumpul buat modal niaga lagi…

Yati kini sudah masuk 5 tahun.. Sy sudah yakin kemampuan Yati menjaga adik2nya.. Meskipun dia masih kecil tapi dia sgt boleh dipercayai.. Dia lah harapan sy masa tu..

Makan pakai kami sudah x sedaif macam baru pindah dulu.Sy masih berjimat nak capai kewangan yg stabil… Sy merancang nak menyuluh subuh hari.. Turun menoreh mulai jam 1 pagi… balik jam 3 ptg… 15 jam sehari sy bekerja..

Sy merancang dn mencuba selama seminggu. Jika tahan sy akan teruskan sampai ada sedikit simpanan yg selesa.. Sy mulakan persediaan dgn membeli lampu & karbaid… Pisau getah kena ada extra. Kalau tumpul senang ada standby utk ganti.. Tabung air kena lebih besar menoreh 20 ekar dlm1 hari..

Esok jam 1 tgh malam sy kena keluar rumah memulakan kerja menoreh getah.. Jam 7 mlm sy mulai bersiap masak buat bekal makan kami dn anak2 yg lebih banyak dr kebiasaan… Sy berpesan pada Yati apa akan jadi esoknya… Sy akan lewat balik sbb 20 ekar menoreh getah.. Kami akan keluar rumah masa anak2 tidur..

Yati kena peka supaya adik2nya selamat semasa ketiadaan kami..dn yg pasti sy akan padamkan pelita supaya x terbakar kelambu.. Subhanallah, bila difikirkan kejamnya sy dgn anak2.Sampai hati sy kerana terlalu berani tinggalkan anak2 kerja, sedangkan masih kecil masih lena tidur..

Sy buka tingkap sedikit dgn harapan cahaya bulan menerangi jika anak bangun, atau kiranya ada apa2 berlaku Mak Cik sebelah akan mendengar tangisan anak2.. (Zaman dulu x da kes org culik kanak2 lagi..Kalau ada x berani juga agaknya)… Allah melindungi anak2 ketika sy keluar bekerja.. Semuanya baik2 dan selamat..

Sampai sj di kebun, kami letakan moto & makanan dekat pondok tempat kami selalu berehat, sementara sy memasang ubat nyamuk utk diikat kepinggang.. Ex suami menyediakan lampu suluh dari karbaid tu.. Sy pakai tali pinggang utk menyangkutkan bahan bakar karbaid dan meletakan lampu pada dahi..

Seingat sy masa dulu mmg sy x pernah baca doa apa pun masa nak kerja.. Malah x bawa apa juga senjata.. Hanya lampu suluh dn ubat nyamuk jer.. Jahil yg melampau bila ingat2 kembali.. terasa sy bodohnya masa tu.. Maklumlah kawan dn sedara mara xda sape yg nasihatkan.. Dah tinggal dekat hutan.. Sy hanya berfikir masa tu semuanya macam alam biasa je waktu siang hari atau malam…

Pertama kali menyuluh malam tu kami x berpisah seperti noreh waktu siang. Jika siang kami berpisah ambik part 1 bukit… itu lebih cepat siap kerja.. Menyuluh amat menakutkan semuanya gelap dan sunyi tanpa orang keliling.. (takut hantu dan binatang buas)..

Menjelang jam 7.30am kami sudah siap menoreh 10 ekar… Selepas itu kami ke kebun lain utk menoreh 10 ekar lagi .Sebelum tu kami bersarapan mengumpul tenaga utk sambung menoreh semula..Pegerakan dn teknik kenal kawasan kami boleh siap lagi yg 10 ekar pd jam 2.00 petang.. Sy sgt cekap dan laju menoreh..

Pekebun getah ada 5 risiko :

  1. Hujan x boleh toreh kulit xda duit lah
  2. Mati kulit getah x keluar , habis aset
  3. Musim pucuk muda getah sgt sikit hilang 70%..
  4. Tengah menoreh kalau hujan habis macam tu je.. xda hasil… Getah dibawa air hujan.
  5. Org curi hasil getah.

Sbb tu kalau cuaca elok dn getah banyak sy akan pulun kerja habis2an.. Kalau malas mmg x cukup makan jadinya.. Begitulah rutin kami selama beberapa bulan. Alhamdullilah namun setiap yg tenang jangan disangka x da bahayanya..

Sahur penoreh
Contoh gambar, lampu suluh menoreh jenis bateri.

Sy semakin berani menyuluh kerana sepanjang menoreh tu x pernah berlaku sebarang kejadian buruk. 1 malam sy begitu yakin sehingga menyuruh ex suami menoreh seperti siang hari , teknik berpisah bukit. Supaya cepat siap.. Kerana sy yakin selamat..

Ex suami akur je dan bergerak seperti permintaan sy. Selalunya masa menoreh subuh2 kalau cuaca elok dn x berangin pokok getah xkan bergoyang2 kuat kecuali ribut. . .

Selang sejam menoreh sy merasa tetiba tengkuk merinding tanpa sebab..Sedangkan xda rasa seram hati mula cuak.. ” x kan ada hantu sebelum ni x ada , kalau ada hantu dh lama jumpa”.. Menyedapkan perasaan sendiri..

Tak lama kemudian sy merasakan seperti ada lembaga besar melintasi sy ..Sy melihat kiri kanan semua tetap sama xda org selain sy.. Rasa nak menjerit panggil ex suami, tapi mana mungkin dia dengar.

Terfikir masa ni , kalau rimau macam mana.. Kalau jin hantu macam mana …( ishh tau pulak takut .persediaan mana doa ke ayat qursi ke..???).. Dalam 2 depa dari tempat sy menoreh pokok getah tu hati tergerak menoleh ke kekiri.. Lampu suluh tepat kearah pucuk pokok getah kawasan tebing bukit. .

Pokok bergoncang kuat sekali seperti ribut selama 2 minit ..(lebih kurang.)…tempat lain x bergoncang.. Kecut perut… Sy kontrol diri dn maintain jer utk sy sorok me lawan rasa takut.. Sy percaya kalau tunjuk takut silap gaya keluar bentuk lembaga mungkin sy pengsan.. Sy bertahan…

Ehh mana ada ribut.. Sy mendongak kelangit terang dgn bintang dn bulan.. Bunyi katak kuang , burung hantu, burung tukang, cengkerik tu kebiasaan berbunyi.. Dalam keadaan seram, bunyi2 binatang tu semua menambah rasa takut lagi..

Sekali lagi dia mengusik sy… Kali ni lebih lama dari tadi.. Digoncang nya pokok tempat sy menoreh sekuat2nya.. Dan suara deras yg x ketahuan bahasa apa.. Sy terduduk panik dan teringat ada 1 nenek berpesan kalau jumpa benda pelik cakap macam ni… Sy yg jahil masa tu hanya membaca Ya Allah lindungi aku sedang takut dan menyambung apa ajaran org kampung tuAku cari makan.. Ko cari makan..Jangan gangu aku..Aku x gangu ko.. Aku hanya nak bagi makan anak aku..”.. (Rugi x belajar ilmu ugama..benteng susah senang dn perkara ghaib atau nyata…dunia akhirat dapat..!! ).

Selesai sy baca tu je.. Gangguan tu senyap perlahan2.. sy meneruskan torehan dan mengharap pagi cepat sampai.. Sy masih ketakutan dn terasa serik sgt..

Insyaallah story seterusnya kami jatuh gaung balik menoreh getah.

 

9 Comments

  • baayah

    Sy sgt kagum dgn keberanian @ kecekalan puan. Patutlah puan sgt berjaya sekarang! Allah gantikan kepayahan masa lalu itu dengan apa yg puan dan keluarga kecapi hari ini. Semoga terus sukses .

  • lina

    Menoreh pkl 1pagi woww…saya tak pun tak sanggup ,tidur dlm dangau durian(musim durian )pun saya adik bradik tkt mlm sejuk angin sepoi2 adoiii..buah durian jatuh gedebuk gedebak dlm hati kata hantu ke buah .apapun siang baru kutip klau org nak curi mlm ni ambik la

  • Nor Asikin Daud

    MasyaAllah puan! Kecekalan beginilah yag menjadikan puan mencapai situasi sekarang. Usaha gigih tanpa erti jemu itulah kunci kejayaan. Bukan ramai insan punya anugerah ini, puan bertuah berpeluang merasai pengalaman ini. Saya sendiri mengakui diri saya tidak sampai ke tahap ini. Ketika puan bergelut dengan derita, saya nyenyak tidur. Ke pejabat berkereta mewah, berhawa dingin, saya bukan insan terpilih mcm puan, saya rugi..tidak mendapat pengalaman sebegitu. Syabas puan, kepada Allah kita bersyukur.

    • jamuratu malaya

      ..penat sgt kak…sy berazam kalau rajin sy boleh mengubah nasib..pertama sy akan ingat Allah ..sbb dia izinkan dn buka jalan..ke2 sy nak jimat 2..x nak sombong..jauhi sombong..lupa diri .sy x nak kembali miskin kak. .

  • ika

    ya allah dugaan yg hebat…liku kehidupan mcm keluarga saya..cuma keluarga saya tidak senekad pn..
    selepas berkahwin baru saya menjadi senekad pn..

  • siti fadillah

    Allah menguji sbb Allah tau org itu mampu…Allah nak bg pahala….sebaliknya setiap ujian adanya sinar selepasnya….Alhamdulillah… sebenarnya kekuatan dtg bila bc kisah puan…kita rasa susah…rupanya org lain ada lg susah….syukur pd yg ada…sabar dengan yg tiada….

  • GokuSuperSaiya

    asallamuallaikum bonda, kalau pontianak ganggu suara jauh maksudnya dekat, kalau suara dekat maksudnya dia jauh. ada sekali sy kena sakat pontianak, jahat dia ni xde kerja kacau sy penakut. terus lari tidur stesyen minyak dalam kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!