Dugaan Nooraini

Dugaan Nooraini : Part 14 : Puan Rozita jual goreng pisang dan karipap

Sambungan part 14,

Hari ke 9, Terasa sunyi tanpa Nenek… Sy menjalani berpantang selama 60 hari.. Setiap 10 hari Nenek akan datang mengantikan daun dan bahan2 herba baru.. Sehinggalah hari ke 60 Nenek datang mengurut sy dan melihat kembali kedudukan rahim sy (kecut betul atau x)… Sepanjang mengurut Nenek melihat semua kawasan2 yg masih ada kesan2 lemak yg masih ada.. Macam dibahagian perut, punggung,  peha dan lengan..

Sambil mengomel2.. Nenek memberikan tips berguna cara menghilangkan lemak dan selulit dgn pantas cara herba.. Ada yg sy x kenal pun herba2nya… KATA NENEK LEPAS 4 BULAN CARI NENEK DAN DATANG KAT RUMAH NENEK…

Nenek berpesan dgn tegasnya kepada sy JANGAN SESEKALI ANGKAT BERAT SEBELUM USIA ANAK 6 BULAN.. JANGAN MAKAN NANGKA , CENDAWAN, AIS, JENIS MENTIMUN SELAGI USIA ANAK 6 BULAN…

SEMUA PANTANG YG NENEK AJAR JGN DISIA2KAN.. UBAT NENEK AJAR MAKAN DAN TERUS AMALKAN.. SOLAT JANGAN TINGGAL..BUAT BAIK DALAM SEMUA PERKARA DAN PILIH JALAN YG BAIK UTK HIDUP. Kemana2 hidup pun akan selamat..

Perpisahan sementara waktu bersama Nenek.. Sy mesti akan ziarah Nenek lepas ni.. Sy sudah sihat dan bentuk badan kembali kemas cuma ada sedikit sahaja yg perlu sy buang..!! Pejabat Felda memgumumkan pokok getah lagi 6 bulan dah boleh ditoreh..

Woww seronoknya… Sy akan kerja lepas ni..!!.. Sy x sabar nak cari duit.. Meskipun anak masih merah lagi… Azam hati ni makin menjadi2 nak kerja.. Nak kerja lah sesangat… Dapat RM 10 pun jadilah sehari.. Daripada x berduit langsung… Uiiiii..ii RM 10 tu besar maknanya bagi sy yg xpernah kerja.. Sebagai 1 semangat awal… Dari usaha sendiri sy… Hanya letakkan target RM10 sehari wajib bawa balik, masuk dompet sendiri….

(Selama sy mengharap duit suami sy x pernah lihat RM duit 100).. Sy perlekeh juga diri sendiri..”Eleh cari salah ex suami sy ni pandai sgt.. Try lah kamu kerja biar tau susah dan penatnya .. Mampu ke dapat duit.. Kalau sama je dgn x suami.. Malu dgn muka sendiri dan pergi melutut minta maaf dgn ex suami.. Kalau sy betul2 bagus buktikan lah”

Sy berangan2… Mesti anak2 dapat makan pakai cukup jika sy kuat dan rajin.. Sy mulakan dgn praktis minta ex suami membelikan sy pisau toreh gerah.. Selama 2 minggu sy berlatih menoreh pokok pulai… Tujuan sy berlatih supaya pokok getah sy x luka dan rosak , masa menoreh diladang 10 ekar kami nanti.. Setiap petang sy praktis menoreh pokok pulai  itu selama 5 bulan…

Kini kami sudah hampir menetap 2 tahun di sini.. Sementara nak menunggu getah ditoreh dan sy pula baru habis berpantang.. Meninjau2 mata melihatkan hasil tanaman sy dikeliling rumah… Pisang sudah mula berbuah.. Sayuran banyak.. Ayam dan lainnya sudah banyak membantu menjimatkan keperluan makanan kami…

Habis je 60 hari tu sy mencuba nasib.. IDEA BARU TUMBUL HA HA.. HA ..HA..MALU2.. TAKUT2…

Sy menyuruh ex suami menjaja goreng pisang dan karipap yg sy buat ke rumah kongsi2 Indonesia. Jauh pendalaman. Kerja ni ringan saja maka ex suami suka buat kerja ni..Yg penting sy masak kan je lah.. Hari pertama jualan sy dapat RM12..

Ohh seronoknya.. Modal kecik hanya minyak dan tepung beras. Sy simpan duit dalam dompet buruk.. DOMPET SEMANGAT ROZITA  sy namakan.. (Syok sgt dan sy kesian dgn nasib sy yg dibuat2 gembira)

aiskrimLawakkkkk cara sy motivasikan diri macam lah RM 10.00 tu RM1,000.00.. Sy sorok bawah bantal x nak ex suami tengok…Rm 2.00 sy sorok tempat lain khas utk jajan belikan anak ice krim.. Sebelum ni anak2 x pernah beli pun  nak harap ayah mereka.. ..VAN JUAL IKAN SAYUR PUN SY X MAMPU NAK BELI… Bila ice cream lalu YATI menjengah ikut tingkap.. Yati x minta.. Hanya berlari melihat dari jauh..

Bayi kecil lelaki sy sudah pun bernama..Itu pun lewat daftar surat beranak.. Nak tamat tempoh baru daftar Adoiii……. Sy nama kan timangan utk bayi yg baru lahir ini  “Anten” singkatan bermaksud jantan atau anak lelaki.. Sy mmg nak sgt anak lelaki sebelum ni sbb dah 2 anak perempuan..

JIKA ANAK2 SY TAHU DAN MERASAKAN SEMANGAT SY HIDUPKAN MEREKA.. Meski pun pengorbanan sy kecil dimata mereka.. Semangat dan kesungguhan sy sebagai ibu… Berkorban mendahulukan nyawa sebagai gadaian sy sendiri…

Sayang sy bukan epok & manja kpd ank2 .. TETAPI MOTIVASI… TEGAS… BERNAS kepada mereka sewaktu mereka kecil sehingga membesar.. Dgn tangan dan usaha  sy yg miskin dan lemah….

ADAKAH  MEREKA SANGGUP SAKITI SY BEGINI???.. Akan ada masa sampai JUGA utk kamu… KERANA JANJI ALLAH ITU PASTI !!!..

10 Comments

  • kakcik

    Seorang ibu tidak mengharapkan doa dari anaknya, tapi doa seorang ibu adalah ‘bekalan’ buat anak. Hari ini anak2 bergembira walaupun mereka tahu hati ibu mereka terluka, tapi di satu sudut pasti ada kekosongan yang mereka rasa…

    Cuma, janganlah kita berhenti berdoa yang baik2 buat mereka. Semoga Allah SWT membuka mata dan hati mereka tentang apa yang telah kita lalui demi untuk kehidupan yang lebih baik buat mereka…

  • luna

    InsyaAllah puan doa seorg ibu itu pasti Allah makbulkan apatah ibu yg sentiasa bersyukur dan tidak putus asa. Inna maal usri yusro, pada tiap kesulitan itu ada pertolongan.

    • jamuratu malaya

      Puan luna:Puan kawan sy 80% ada konflik rumah tangga , sy bahan rujukan mereka..pendapat sy ..hanya wanita terpilih Allah bagi ujian. .kerana nak bagk darjat disisi Allah agar mudah perjalanan akhirat nanti..Kalau kita x pujuk diri mmg xda sape boleh tolong

  • aiNi

    Tak sabar nk baca kisah puan start menoreh. Sbb saya ada baca puan kata keluar tgh malam tinggal anak2. Usaha2 puan ni wajib dicontohi oleh wanita2 yg dlm kemiskinan. Rasanya x ada yg praktis menoreh 5 bulan kat pokok lain mcm puan buat

    • jamuratu malaya

      Assallamualaikum Along:

      Terimaksih baca tulisan sy ..typo tu nak laju..janji up date..Alah hai kisah hidup org susah..xda apa yg menarik melainkan kesukaran hidup..terimaksih baca dn singgah blog orang tua ..he he

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!