Dugaan Nooraini

Dugaan Nooraini : Part 11 : Bermulanya sejarah perubatan ST…

Ari ni sy kat Kedah cuti balik kampung rumah keluarga di Kuala Ketil Kedah sambil menulis sebelum jam 1.00 pm utk blog. Sy nak sambung kembali part 11 seterusnya dlm Dugaan Noor Aini : Bermulanya sejarah perubatan ST..

104_2088
Contoh Air rebusan herba

Sambungan part 11,

Sy masih lagi lemah lepas bersalin myb dlm 2 jam lagi sy akan bertenaga..Senyap mulut sy tanpa sebarang bahasa..  Hanya memerhatikan bidan baru datang dari kampung luar (Pagar Sasak) membuka bungkusan kain.. Banyaknya daun dan akar2 herba yg pelik 2 yg sy x pernah lihat pun sebelum ini.. Daun2 dan juga puluhan jenis herba2 tu pelik bagi sy dan pastinya sy x tahu apa fungsi herba2 dalam bungkusan tu..!!

DARI ATAS KEBAWAH SY MEMERHATIKAN NENEK TU…(Sy panggil dia nenek).. Nasib baiklah siang hari nenek tu datang… Kalaulah nenek tu datang malam tadi sy mesti dah ketakutan semasa sakit bersalin. Dalam hati sy berkata2 “Bidan apa ni seram tengok mukanya.. Ex suami ni pun pakai taram je masa dah terdesak….”

Nenek tu perwatakannya sgt serius.. X banyak bercakap dan menyeramkan sekali mukanya .. Giginya ada yg x rompong x bergigi.. Mulutnya kehitaman (myb makan sireh).. Mukanya gelap berkerut2 mungkin banyak kerja terik berpanas .. Kakinya kering dan nampak keras sekali.. Gaya orang jalan x berkasut… Nenek nampak berusia tapi tegap sihat sekali badannya.. Pakai kain batik paling menjadi perhatian mata sy ialah dia memakai serkup putih lusuh yg diselak sampai ketelinga ..Anak rambutnya ditepi telinga kiri kanan bercukur .. Rambutnya ada sedikit hitam yg banyaknya  rambut yg dah beruban..

Nenek memberi arahan kepada ex suami sambil dia membersihkan uri dan bayi dgn bahasanya yg kelat pekat bahasa pendalaman org ulu Pahang.. (susah difahami)… Sy tertidur sementara nenek sibuk dgn tugasan bidannya .. Mak cik jiran pun balik ke rumah tanpa sy sedar dalam tidur dibuai keletihan..

Sy merasa badan sy di goncang lembut .. Tersedar rupanya nenek membangunkan sy utk menguruskan badan sy pula.. Dia sudah menyiapkan bahan2 mandi.. dan sudah tersiap rebusan herba utk sy minum… Nenek menyediakan bantal dan tempat baring yg lebih selesa.. Nenek memberi arahan utk sy bersiap2 mandi.. Dipapahnya sy kebilik mandi dan disiramnya air herba dan memicit urat2 ditulang belakang sy.. belakang urat tengkuk juga di urut2nya sekali..

Kepala sy rasa ringan berangin.. Badan sy seperti ada 1 caj aura extra kesegaran 70%.. Sedap betul bau air mandian herba.. Segar pulak bila kena badan sy… Hati rasa bahagia .. Sy rasa cara perhatian dan sentuhan tangan2 nenek penuh ikhlas dn rasa kasih sayang.. (Cara nenek sgt prihatin dgn sy walaupun dia x banyak ber cakap)..

Selesai mandi sy berbengkung sepanjang2 kain bengkung mengikat badan sy dari lutut hingga paras bawah dada seketat2nya.. Mmg susah jalan dan bergerak (nak cantik pinggang elak buncit).. Sy duduk bersandar dibantal yg nenek sediakan.. Nenek sediakan sy nasi panas dan lauk org berpantang… Selesai makan nasi nenek tunggu dlm 20 minit baru nenek bagi sy minum air rebusan herba…

Giliran nenek memerhatikan sy pulak , agaknya dia nak sy yg mulakan bicara sebelum dia berundur diri nak balik.. Sy pandang nenek dan meluahkan perasaan sy “Nenek sy ni org Selangor..Maaf Nek ya bahasa sy mungkin Nenek susah nak faham…Sy berterima kasih kat Nenek sebanyak2nya.. Sy mmg x da duit yg banyak utk bagi ke Nenek hari ni.. Sy akan bayar juga sbb Nenek datang jaga sy hari ni.. Sy x da keluarga disini.. Sy mmg miskin sgt tapi sy x suka org simpati kat sy .. Mmg sukar sgt Nek sy nak mulakan hidup disini..Anak no2 sy tu cacat Nek. Lepas bersalin sy akan kerja apa sj buat tampung makan minum anak2 ni. Sy x da kemahiran apa pun.. Sy x pernah kerja sebelum ni..  sy kena usahakan juga.. X boleh malas atau macam2 alasan itu azam sy lepas bersalin.. Masa depan sy jauh lagi, sy baru 19 Nek.. Sy x kesian dan sedih dgn nasib diri sy  yg  x sekolah… Sy xda apa yg boleh bantu masa depan.. Harta xda… Pelajaran x da..guna tenaga 4 kerat lah nampaknya…Sy hanya nak kehidupan utk anak2”.. (sy bercakap sepatah2 dgn harapan nenek faham)

Nenek mendengar kata2 sy tadi tanpa mencelah langsung…. Selesai sy bercakap sambil habiskan minum air herba tadi ..Nenek pun sambut perbualan ” Kami mmg x biasa dan x pernah bergaul dgn orang luar ni…Kita org islam kena tolong kalau org susah.. Bukan kira org tu kaya atau org miskin anak .. (Nenek panggil sy anak) .. Esok nenek datang lagi anak minum air rebusan herba tu jam 7 malam nanti , jgn x minum.. Nenek nak balik dulu..”.. Ex suami nak menghantar Nenek balik dengan naik moto vespa.. Nenek menolak lagi katanya dia suka dan biasa berjalan kaki..

Sy merasakan segar dan badan sedap sekali.. Jauh betul bezanya dari bersalin anak pertama dan ke2…Dalam hati berkata..”.. Nenek sy dan amalan herba sy sebelum ni sy rasa sgt bagus dah.. Rupanya ada ilmu org lain yg lebih baik.. Ini bagusnya kalau merantau (hijrah) melihat tempat baru ada ilmu baru..”…

Bersalin hospital kerajaan sy suka dan lebih yakin sbb berjahit …(selepas bersalin) dan kesihatan anak ibu terjamin , lengkap semuanya alat2 perubatan.. Sy risau bersalin kali ni bersalin dirumah x berjahit langsung dan x tau keadaan bayi macam mana pulak… Sy belek2 bayi lelaki sy yg putih kemerahan tu , comel sgt dimata sy… Cuma sy bimbang sekali melihat kepala anak sy tu besar sedikit dari saiz bayi biasa.. Senget pulak tu sikit mungkin  masa lahirkan  x bersambut menjadikan kepala bayi bengkak atau senget.. Kalau nurse datang nanti sy akan tanya ttg anak sy ni..

Petang harinya kawan sy Nurse Kerajaan datang melawat utk cek kesihatan bayi dan sy.. Sy x sabar nak tunggu komen Nurse ttg anak sy… Cepat je sy terpacul soal nurse ..”Nurse normal ke saiz kepala anak sy tu atau cacat ..”..

Nurse tu cakap sambil membuka bedung bayi dan menimbangnya.. Sambil membelek2 kepala bayi sekali memberi komen ” Berat anak awak..2.8kg.. Kepala anak awak besar sikit dari bayi biasa tau… …Tapi nanti besar dia akan seimbanglah bukan cacat ni.. Yg senget tu sbb bersalin x bersambut ..Sbb tu senget.. Kepala bayi lembut nanti kamu tekan lembut2 masa mandi.. Akan cantik balik lah , sy akan datang lagi lawat awak.. Bagi anak susu ibu biar sihat dan jaga2 jangan kuning.. Kalau kuning bawa hospital…”

Lega hati sy mendengarkan komen Nurse.. X lama Nurse pulang.. Ex suami mengurus 2 anak dan Ani xbanyak ragam melihat sy dari jauh.. Bermula lagi episod baru esoknya perjalanan sy remaja bergelar ibu.. Masih muda memulakan hidup di hutan yg mencabar detik berkenalan formulanya lagenda perubatan herba Sendayu Tinggi..

11 Comments

  • kakcik

    Alangkah indahnya perjalanan hidup bila dikenang kembali. Walau penuh liku dan kepahitan, Allah datangkan sinar dalam kegelapan, Dia bekalkan ubat bersama kesakitan, Dia tunjukkan jalan saat hampir kesesatan…

    • jamuratu malaya

      Kakak..masa susah sy x pernah bercerita kisah sy, nanti org kata jula simpati dah dasar org miskin yg suka meminta2..bila sekarang sy bercerita kerana sy nak kongsikan bahawa semangat itu penting..

  • Afiqah

    Puan..!!! Sebijik macam dln drama
    Allahuakbar rupa2nya memang ada berlaku ….
    Sangat sukar dipercayai 😮

    Tak sabar nak baca next story puan 🙂

  • Jurina

    Senyum sampai ke telinga saya dapat baca coretan puan lagi.. Allah hantarkan pertolongan kpd puan melalui nenek yg berhati ikhlas. Terharu saya dgn kebaikan nenek tu..

    • jamuratu malaya

      Jurina..lawak sgt selama ni sy x terfikir…tu lah ju..nnati bab akan dtg sy ceritakan sy pergi rumah nenek tu buat pertama kali dan terakhir..lepas tu sy x pernah jumpa lagi…agaknya selama ni iklan nenek kebayan tu seakan2 bunian sy buat..mmg betul lah agaknya nenek tu bidan bunian

  • Aidilcsr

    Puan,

    Terima kasih kerna berkongsi pengalaman hidup yg cukup2 berharga ni. Orang yg hebat adalah orang yg bangkit dpd segala rintangan, cabaran, dan ujian kehidupan. Yg penting sentiasa bertakwa, berfikiran positif dan melihat peluang di sebalik setiap pemasalahan.

    • jamuratu malaya

      Aidilcsr..
      sama2 ..xda apa yg istimewa pun tulisan sy..just nak citer sikit kat Cik..sy masa susah xda sapa nak teman masa tu terfikir sy masa dulu alangkah baik kalau ada org bagi nasihat supaya sy x lakukan kesilapan ini..Atas kesedaran tu sy niat menulis sebagai teman org dlm kesusahan

  • Shuyaibah

    Assalamualaikum bonda .. hari tu saya ada jumpa bonda di pasar malam tawar kedah .. boleh saya tahu bonda balik rumah siapa ya .. teringin nk jumpa bonda ….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!