Dugaan Nooraini

Dugaan Nooraini : Part 10 : Bersalin sendiri, hajat hati biar mati masa bersalin…

Sambungan part 10, 

Dalam minggu akhir sarat mengandung tu sy termenung apa lagi yg boleh memudahkan aktiviti sy selepas bersalin nanti..

  1. Sy korek longkang supaya x sumbat pengaliran air.. Siapkan tong2 tadahan air..
  2.  Sy minta ex suami buatkan bilik mandi. Carilah papan2 buruk + zink2 terbuang dikeliling kawasan rumah peneroka terbiar.. Tampal2 buat pelindung masa mandi.. Lantainya kayu juga (penganti simen).. Bilik mandi harus dekat dengan dapur kayu.. Supaya sy mudah mandi dan angkat air panas.. Selamat utk pergerakan masa berpantang nanti.
  3. Beli bahan makan dlm pantang (bilis dn ikan masin je.. Dan cari ubatan sikit buat dlm pantang..
  4. Sy kumpulkan telur ayam dan itek utk masakan buat anak2 masa sy berpantang nanti.. Sy x nak turun tanah..
  5.  Sy jual Almari perhiasan pada jiran dapatlah Rm 80.. (Almari tu beli masa ex suami kerja Polis Hutan duduk kat flat pekeliling Jln Tun Razak).. Sedih masa menjual almari tu.. Gelang emas semua dah  gadai.. Perabut pulak sy jual.. Hina betul sy rasa sbb bila miskin jadi buntu.. Habis semua dah dan itu je ikhtiar dah sy nampak.. Duit tu buat bersalin bayar bidan..

Sy merancang bersalin kat rumah je sbb nak jimat, mungkin kosnya dlm RM30 je upah sambut anak.. Kalau bersalin hospital Kosnya RM 15. Tapi teksi pergi balik dah RM 60… Anak sape pulak yg akan jaga.. Kalau  bersalin dirumah senang boleh sy sambil jaga anak.. Hajat dihati nak mati masa bersalin..

Kerusi kayu yg dibuat utk Ani pula nampak selesa utknya.. Masa dudukan Ani dlm kerusi tu sy lapikan bantal kiri.. Kanan.. Depan.. Belakang.. Stabil lah dia duduk.. Ani x pandai bercakap sikit pun, dah setahun 2 bulan..

ALLAH YG MENENTUKAN TAKDIR.. Sy rancang lain. Allah bagi lain… Duit RM 80 jual almari tu sy simpan buat bersalin terpaksa dibuat repair moto.. Rosaklah pulak.. Moto rosak macam mana nak kerja atau panggil bidan.. Berbaki tinggal ditanggan RM1.85.. (jumlah duit ni sy x lupa sampai sekarang)…

Selang 3 hari lepas tu.. Jam 11.00 malam sy terjaga.. Sakit perut.. Uuiisshhh dlm hati takut x terkata masa tu.. Rumah dah lah kawasan hutan lebih seram bila teringat tragedi masa mengandung Ani dulu...”Alamak sakit nak bersalin ke ni..Ya Allah hutan ni.. Mana nak cari bidan malam2 buta ni.. Sorang le sy ni dgn anak2 yg x paham apa2 kalau ex suami pergi panggil bidan..” (Terbayang hantu penanggal yg makan darah perempuan bersalin).….

Ya Allah bantu sy.. Bantulah sy Ya Allah….(tau pulak sy takut.. Walhal sy nak sgt mati bersalin.. he he he …)…. “Sy berharap sakit ni akan hilang. Mungkin sakit perut ni masuk angin bukan sakit nak bersalin.. Sy cuba menyedapkan hati.. Sy x da pengalaman bersalin dirumah.. Bersalin Yati dan Ani di hospital kerajaan… Sakit tu sekejap hilang dan datang semula”..

Ini mmg sakit nak bersalin sebb perut sy mengeras ..”Alamak daun mengkuang sy x  standy letak bawah rumah..”(Bodoh zaman dulu sy jahil..x belajar dan x tahu…Bukan mengkuang jaga kita ..!!! Zikirkan Laila Ha illa anta subhanaka inni kuntum minozolimin ..atau Hasbiallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikmannasir  dan masa sakit bersalin baca yasin paling baik )…

Anak2 dan ex suami masih lena tidur. .Sy keluar dari kelambu dan mengheret pelan2 kerusi kayu Ani..Sy letak kat posisi sy masa melahirkan nanti supaya saat akhir kalau sy mati.. Sy nak tengok Ani..  Sy ambik bantal utk standby saat melahirkan nanti dan letak dekat kerusi Ani di ruang dapur tu.. (Rumah sy atas lantai kayu..Sy cari posisi yg lantainya jarang2 supaya senang darah jatuh kebawah )..

Sakit makin deras sampai jam 2 pagi.. Sy gerak ex suami.. Dia bangun dan sgt panik… Keluar dia malam buta utk ikhtiarkan cari bidan sambil bawa paku besar .. supaya penanggal atau setan x ikut balik (Berdosa besar bergantung selain dari Allah..Paku bukan boleh tolong jaga kita dari bahaya.. Kepercayaan yg salah.. Boleh jatuh akidah..Sama 2 jahil ) …. Nota ; Astaghfirullahalazim…mengucap 2 x syahadah balik…. Akidah kena jaga betul2. Kerana banyak perkara boleh gelincirkannya.

Sy pula dirumah menahan sakit sorang2 sementara ex suami keluar cari bidan.. …Jam bergerak rasanya lambat betul.. bunyi cicak pun seram..Bunyi burung kuang.. Katak bentung bersahut dari paya…Subhanallah. .kecut2 perut ni…jam dinding lbh kurang jam4.. Sayup2 dr jauh balik bukit sy dengar bunyi moto vespa ..Det..Det.. Det bunyinya .. Haaa dah ada bidan pun.. Lega hati sy.. Tiba moto di rumah.. Sy gagahkan berjalan buka pintu dgn penuh harapan sambut bidan dtg…. (sy mmg takut bersalin sendiri).. Tergamam dan x tanya dah.. KECEWA… Lihat ex suami x bawa bidan pun..!! Sy faham lah xda bidan nak dtg… Miskin xda duit xsape pandang…

rainforest_01Ex suami kata “Bidan yg dekat tu x nak datang .. Xtau kenapa… Sy pujuk juga dia x nak… Sy pun pergi cari ke luar felda .. Cari ke kawasan kampung kat Pagar Sasak.. Sbb tu lama baru balik.. Lalu hutan sy redah juga… Sy ketuk lama baru bidan tu nak buka pintu.. Dia takut sy org jahat… Nasib baik juga dia mau buka pintu akhirnya.. Tp dia x nak naik moto dgn sy.. Dia suruh sy balik dulu.. Nanti dia datang sendiri katanya..”

Jawab sy dengan sedih dan sayu “..Tu lah bila miskin nyawa manusia xda harga..Ada duit baru nak pandang..Sbb kita x da duit x da bidan nak tolong pun …”.. Sy ingat semua bidan x nak dtg… Sakit makin kuat tanpa henti.. Anak 2 org tu masih tidur lena..

Masuk sudah solat subuh.. Sy lega dan penuh syukur kerana siang dah nak sampai.. Tanpa sebarang tanda air atau darah sepanjang sy sakit dari awal tadi… Sy alami kesakitan teramat sangat sehingga jam 7am.. Yati bangun tidur terus dia mendekati sy.. Yati perhati jer.. Nasib baik Yati  x meel… tapi tu lah keadaan dia yg x faham… Yati masa tu 3 tahun lbh..

Sy minta bekas suami  bawa Ani utk di dudukan sebelah sy dgn kerusi yg sy sediakan tu.. Ex suami panik dan mula nak panggil jiran.. Sy x benarkan panggil kerana jiran bukan bidan.. Alang2 biar sy sorang2 yg mmg berhajat nak mati.. Tiba2 darah menyembur keluar dgn banyak.. Ex suami dah x sabar terus keluar memanggil jiran.. Tanpa hiraukan larangan sy..

bidan kampung
Sekadar ilusi sahaja

Mak Cik Jiran tu pun datang …Dia bukan memberi semangat malah menakutkan sy. (Dah mmg sikap sy yg pelik kot dan yg x suka org simpati.) ..“Alah kesiannya ko Ta..kesian nya…Ikat perutnya biar bayinya tak naik keatas..”..Mak Cik tu hanya duduk dikepala sy.. Bukan menyambut atau membantu.. Banyak bagi sorakan simpati.. Tension…. Sy rasa kehadiran jiran menakutkan sy bukan memudahkan  sy kerana dia menjerit takut melihat darah sy yg banyak..

Sy bertanya jam berapa sekarang..(Sy terasa lemah dan ngeri sebenarnya)… Terasa darah mengalir panas sampai belakang dada sampai tulang belakang..
Jawab bekas suami jam 8.30am.. Sy pandang muka Ani.. Yati diam memerhati sejak tadi.. Kesian Yati tp hati sy hanya pd Ani.. Kerana sy tau kalau sy mati Yati ada masa depan..  Ani macam mana..

Sy mengucap 2 kalimah syahadah seakan2 sy merasakan ajal sy nak sampai.. Tiba2 Ani menangis dan meronta2 dan SEBUT NAMA SAYA ” MAK MAK MAK MAK”.. Wahai pembaca blog yg sy kasihi..Saat keramat ini sy kongsikan ..SY LUAHKAN TAK TERKATA SEDIHNYA BERCAMPUR SEMANGAT ” AKU LAH WIRAWATI BUAT ANAK2 KU..SEKALI LAGI AKU KENA SEMANGAT BUKAN MATI UTK SENANG SENDIRI..”.. Alangkah hebatnya jiwa ibu dengan bila suara anaaknya…!!!

Terasa sy mahu hidup lagi.. Ani meronta2 mahu peluk sy sehingga hampir jatuh ke arah perut sy waktu itu.. Sy paut Ani dan sya rasa kepala bayi rentas mahu keluar…. Anak baru dah nak keluar.. Sy jerit sekuatnya ” Mak cik anak sy nak keluar dah.. Sambutkan lah.. Tolong cik sambutkan anak sy tu dr depan.. Selamatkan dia.. ALLLLLLLAAAAAHHH HU AKBARR..”..

Anak ke3 itu lahir dalam kain batik sy…. X bersambut pun ..!! Sekali lagi tension..”(Menyemak je jiran tu).. LEMAH TAPI SY BERSUARA JUGA ” Acik keluarkan.. Angkatkan.. Anak sy dalam kain tu.. Nanti mati lemas “… Makcik jiran sy tu masih dikepala sy..Lepas sy rayu baru Mak Cik tu mengambil bayi tu dari kain batik yg melimpahi darahnya..(Mak cik tu panik agaknya)

Diselimutkan bayi tu dgn kain buruk, masih bertali pusat..“ALA TA ..TA ANAK LELAKI..PUTIH MACAM KAMU TA …” Mak Cik girang sekali menyatakan ttg bayi tu.. Sy rasa hilang rasa sakit bersalin bertukar gembira kerana bayi tu x cacat.. Lelaki.. Dan merah jambu putih melepak..

image
Sekadar ilusi sahaja

Dalam 10 minit uri masih x keluar lagi.. Mak cik tu makin panik.. Ex suami membawa Yati dan Ani keluar..Mak Cik menekan2 perut sy.. Akhirnya uri keluar.. Bidan kampung Pagar Sasak tu datang setelah semuanya  selamat. Dia lah yg potongkan pusat bayi tu…. Selesai potong pusat saya dibersihkan oleh bidan.. Mak Cik jiran tu kata dgn sy dan bidan kampung hanya mengiyakan.. “Sepatutnya ITA sebelum bersalin Ita lapik kertas dan alas kain buruk banyak2 supaya darah x melimpah.. Senang nak bersihkan”.. Sy senyap x menjawab lesu.. Masa tu sy baring atas tikar getah.. X selak tikar gerah dan sebb tu darah bertakung genang sampai kebelakang badan…

Nantikan Part 11:  Bidan bagi ilmu herba. Bermulanya Legenda herba kecantikan ST …

26 Comments

  • kakcik

    Allah Ya Allah…

    Allah datangkan kekuatan melalui anak yang tidak tahu apa-apa itu. Hebatnya kuasa Allah…

    Ani tiba2 boleh bercakap – sebak kakcik membacanya…

  • kakcik

    Allah Ya Allah…

    Allah datangkan kekuatan melalui anak yang tak tahu apa-apa itu… SubhanAllah

    Ani tiba-tiba boleh bercakap untuk memberikan kekuatan kepada ibunya. Sangat sebak kakcik membaca coretan ini…

  • haslina mohammad dom

    Puan Rozita….dari cerita dan.peristiwa yg puan.lalui…saya dpt gambarkan bagaimana…pilu dan sedihnya dlm saat itu melihat anak2 kecil…saya tumpang sedih dan jika saya boleh mengalirkan.air mata…sudah pasti hati puan pd saat itu.hanya Allah swt yg tahu…

  • normah

    Puan,hebat sungguh dugaan & cabaran kehidupan mmbuat puan jadi insan thebat yg b’usaha atas keringat sendiri..bg sya,ungkapan jika mahu bjaya perlu ada mentor yg bjya itu tidak relevan…ye perlu sbgai motivasi tetapi kejayaan seseorg itu tetap bgantung pd usaha sdri & doa kpdNya

    • jamuratu malaya

      Sy x berniat menjadi manusia ternama jauh sekali dihormati..tetapi sy berniat hidup memberi menafaat kepada org lain…Dugaan sy kesusahan sy bukan glamer atau panglipur lara tetapi antibiotic buat wanita dlm dilema kehidupan..wallah hualam

  • nory

    Salam Puan Rozita…saya sangat teruja dan bersemangat apabila membaca tulisan puan…sesungguhnya hidup kita ini tak lari dari cabaran…cabaran dari suami, anak-anak, ibu bapa dan sebagainya tapi dengan kekuatan semangat dan pergantungan kepada Allah s.w.t. InsyaAllah kalau rajin berusaha akan ada ganjarannya…thanks for writing dan berkongsi pengalaman amat bermanafaat.

  • nazira

    Bila saya baca cerita ni..seolah2 sy berada dalam keadaan puan ms tu..
    Cekal,tabah nya puan dalam mgharungi hidup hingga keperingkat skrg..
    Tahniah puan….

  • Nor Asikin Daud

    Tabahnya puan!! Ingin saya jadi setabah itu jika Allah izinkan. Kelemahan saya mudah menangis tidak spt puan. Puan bijak dan cekal mengendalikan hidup walau tidak brpelajan tinggi.
    Saya salute atas kebijaksanaan puan, bukan midah terima nasib sebegitu. Teruskan cerita puan sampai ke peringkat puan berjaya tubuhkan st.

  • ilasaleh

    air mata saya menitik… baca tulisan puan.. jam dah 2 pagi nie.. bangun untuk buat keja tapi ambil masa baca blog puan.. derita puan lebih hebat dari apa yg saya rasa sekarang.. moga saya setabah puan..

  • umiayim

    Salam perkenalan puan, saya amat kagum dengan ketabahan puan. Semuga saya juga boleh jadi sekuat puan untuk teruskan hidup ini. Terus kuat untuk anak-anak.

  • rahayu my

    MashaAllah..pn antara manusia hebat..hambanya yg terpilih untuk melalui ujian daripada Nya…setiap kali membaca kisah silam pn..air mata sy berjurai menitis..moga sy kuat seperti pn melalui setiap dugaan dlm hidup..kisah silam pn.betul2 boleh memotivasikan wanita lain..

  • Nur Keturah

    Hebatnya dugaan Puan. Tabahnya puan menghadapinya dengan iringan kasih sayang Allah pada puan.
    Sebak dan menitik nitik air mata saya membacanya. Semangat dan ketabahan puan dapat memotivasikan wanita-wanita di luar sana yang mudah patah semangat dan kecewa. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezekiNya utk puan.

  • luna

    Sekali lg kolam mata x tertahan.besarnya dugaan puan,tarbiyyah dr Allah jd asbab puan teruskan kehidupan menjadi lebih baik dan sgt baik pd hari ini.

  • nana

    Puan…teringat kisah ibu saya yang melahirkan saya seorang diri..tak sempat panggil bidan & jiran yang datang hanya berada di muka pintu sebab takut darah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!