Bicara Bonda

Doa dan nazar umrah saya..

q
Gambar bersama arwah abah. Pertama kali menjejakkan kaki ke rumah Allah pada tahun 2000

Semua orang ada pengalaman tersendiri semasa mengerjakan ibadah umrah. Bagi saya umrah selain ibadah ia adalah nazar saya sebelum saya berjaya. Mencuba nasib dalam perniagaan “umpama untung sabut timbul, untung batu tenggelam”. Rendah diri serta malu kerana tak berpendidikan dan susah sangat nak mendapatkan kerja yang bagus, maka saya berniaga..!! Sepenuh tenaga serta bersengkang mata saya berusaha menjayakannya.

Doa merupakan teman penguat jiwa diri saya, antara doa yang saya sering panjatkan ialah  “Ya Allah Jika ada rezeki aku berjaya dengan izin mu pasti aku akan keluar negara, negara pertama aku akan pijak pastinya Mekah dan Madinah, bumi yang berkat kerana disitu ada kekasih mu. Barulah aku akan pijak negara-negara lain. Aku ingin melihat seluruh dunia untuk mencari ilmu dan melihat kebesaran mu, Ya Allah.. Aku akan buat umrah setiap tahun dan aku nak sara orang tuaku yang miskin, sekolah dan besarkan anak-anak serta berzakat bantu fakir miskin asnaf 8”.

Itulah doa, senjata orang mukmin… Rezeki dan penentu takdir bukan saya tapi Dia iaitu “Allah” yang maha hebat.. Nampak macam merapu doa saya masa tu.. Mana mungkin keluar negara..!! Saya tak pernah pi Cameron Highland.. Inikan pulak nak keluar Negara..!!

Setelah Allah beri rezeki, saya tunaikan janji saya.. Umrah telah menjadi rutin tahunan saya semenjak mendapat rezeki melalui perniagaan ST (Sendayutinggi).  Setiap kali mengerjakan umrah saya sering mendapat mimpi yang membawa maksud besar yang harus saya renungkan. Bermacam-macam mimpi saya dapat, tentang perkahwinan, anak, niat buruk seseorang terhadap saya dan perniagaan. Kesemua mimpi yang saya dapat adalah betul. Disini saya ingin kongsikan salah satu mimpi saya pada umrah pada tahun 2009.

Semasa di Mekah, saya bermimpi dada saya diletakkan Al Quran. Jelas kelihatan surah Al Baqarah ayat 133. Semasa mimpi tersebut saya kehairanan kenapa no itu, adakah no 133 merupakan no rasmi semua kenderaan dan talian hp atau syarikat..?? 133 merupakan nombor bertuah dan ada sejarah disebalik nombor kesukaan saya itu. Suara yang sangat keras umpama Guntur itu berpesan, kamu balik Malaysia cari tafsir maksud ayat dari 131 sehingga 137.

Pulangnya saja saya dirumah terus saya mencari Al Quran dan melihat tafsir ayat yang dimaksudkan terutamanya ayat 133..Bermaksud “ Apakah kamu menjadi saksi saat maut akan menjemput Yaakub, ketika dia berkata kepada anak-anaknya “Apakah yang akan kamu sembah sepeninggalan ku..??” Mereka menjawab.. “Kami akan menyembah Tuhan mu dan Tuhan nenek moyang mu iaitu Ibrahim, Ismail dan Ishak iaitu Allah yang maha esa dan kami hanya berserah diri kepadaNya”.

Antara maksud tafsir itu menyedarkan saya, bahawa saya rajin berkerja dan berjaya melengkapi cita-cita kehidupan. Bagaimana pula saya mempersiapkan diri untuk mati dan mendidik anak-anak saya dalam agama dan akhlak. Kehidupan saya terlalu sempurna Allah berikan… Sedangkan saya sendiri tidak menyempurnakan kehidupan saya dengan islam sepenuhnya..

Saya benar-benar mahu hijrah diri mendahulukan hak Allah, namun sebagai manusia saya masih banyak kekurangan yang perlu diperbetulkan..

Layari :
http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.net
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

One Comment

  • sal

    salam puan..saya nak tny 1 soalan..adakah puan dahulu seorang asnaf? sebab organisasi saya ingin menjemput usahawan yang berjaya bermula dari seorang asnaf sehingga mampu membayar zakat. Maaf bertanya puan dan terima kasih atas maklum balas puan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!