Dugaan Nooraini

Dapat Kerja kilang tp masih sedih.. Dugaan Nooraini : Part 65

Layu diri sy waktu tu kelaparan (sy ikat perut x berani makan lebih dri 2 kali sehari berjimat).. jam 2 petang lebih kurang waktu tu. Sy masuk dlm kereta dn memberi arahan pd driver menghantar sy balik..“Acik hantar sy balik ke Kg Medan alamat sekian sekian”…

Senyap tanpa sepatah ayat,  sepi saat ni melayan jiwa yg kosong hampa teramat sgt.. Ingatan hanya anak dan rasa sedih dgn nasib diri. Rasa lapar dan desakan hidup menahan lapar sudah biasa bg sy. Saat ni sy rasa nak muntah mabuk kenderaan sbb xtahan naik kereta dgn perut kosong.

Kesukaran hidup bersama tekanan jiwa yg sy lalui x pernah luput dri ingatan sehingga sekarang dri situ lah mengajar sy byk perkara supaya bertahan bila ada ujian. Oleh kerana itu lah kesenangan sy ada hari ni x membuatkan sy mabuk dgn kemewahan.. (malu teringat pepatah melayu “monyet jumpa bunga”..)

Wahai pembaca yg budiman yg mungkin anda sedang diuji Allah dgn kesusahan,  jika anda masih punyai keluarga, rumah tempat tinggal dan sijil sebagai sandaran nak cari rezeki itu dikira sgt menyenangkan.. Jika dibandingkan dgn kisah hidup sy.. Maka sy memujuk anda semua bersyukurlah kerana yg kita nikmati hari ni Allah dh berikan secara percuma.. mata.. Udara dn kita hidup tanpa dicaj apa2 bayaran.. malah kita xreti nak bersyukur lagi kah..??

Masa ketika itu sy merasakan saat tu sgt bernilai jika ada keluarga menyokong dn bertanya khabar pun jd lah.. Sy teringin sgt ada rumah sendiri dn jika berpendidikan mesti sy x sesusah ini nak cari rezeki… Rumah, Keluarga dan Sijil 3 perkara tu yg buat manusia kecukupan, bahagia dn selamat.. Sedangkan sy menongkah hidup sendirian penuh ketakutan..

Belajar mendidik hati, mencari ilmu dn rajin supaya sy terus hidup bersemangat.. Sy bina sendiri kemahiran yg sy perlukan.. Semangat saja yg ada masa tu. Bila dikenang ia sekadar tenaga org perempuan (walhal x kuat mana pun. Semangat tu pun ada kala jatuh dn sy pujuk bangunkan semula bila menjadi lemah)…

Bila perasaan sayang xda maka sy x ingat langsung pd ex suami. Hati hanya ingat pd anak2.. Sy “berhati kering dn keras”.. Sbb tu tega sy tinggalkan anak2.. Begitulah yg sy dengar umpatan org terhadap sy. Bila difikirkan kembali mungkin ada benarnya apa yg org2 tu mengata sy. Sy x marah mereka berkata begitu kerana sy sedang melakukannya.. Kalau x kering dn keras sy pasti kalah dek sifat keibuan yg tinggi..

Bersendirian tu mengajar sy erti menjaga masa dn matlamat hidup. Bila bab mencari rezeki ni sy selalu teringat pepatah melayu sebagai meyakinkan diri bahwa Allah sentiasa mencukupi keperluan hambanya contohnya “Ulat dalam batu pun hidup”.. Allah dah sediakan rezekinya semua hambanya.. Kena cari. Rezeki itu x datang mudah mengolek depan mata..

P Cik driver senyap sepanjang perjalanan tanpa sedar sy sudah pun dirumah Angah.. Sy  masuk sambil memberi salam..

Sy        : Assallamualaikum.. Angah buat apa tu..?
M Cik  : Waalaikumusalam. Buat air.. (Sy terus ke dapur nak menolong)
Sy        : Bagi sy tolong Angah.. (Laparnya Subhanallah mudahan angah ajak makan.. Hati sy berkata2 berdoa..)
M Cik  : x banyak pun kerjanya yg kamu nak tolong angah ni.. Kamu dapat kerja ke tadi..??
Sy        : Dapat Ngah Alhamdullilah 1 kilang je sy pergi.. Takut nak ke kilang lain xnak org pandang sy ni… Lagi pun apa yg sy nak suakan sijil xda buat malu je ngah..!! Kalau dihalau dek org buat malu muka jer Ngah.. Org ingat sy ni gila. Dapat jer 1 kilang tu sy terus balik..
M Cik  : Ohhhh gitu. Kamu dah makan ker..??
Sy        : Belum Ngah x sempat tadi (Alasan jer sbb nak jimat duit.. Dlm hati mudahan Angah pelawa sy makan)..
M Cik  : Makan lah ada lauk bawah tudung saji tu.. Angah nak keluar pergi ke rumah Mak Angah kat bawah tu kejap.. Kamu makan lah..
Sy        : Ya Ngah.. terima kasih ya Ngah..

Sy perlahan2 menyeduk nasi dn membuka tudung saji utk makan.. Sepanjang makan tu menitik air mata. Sy insaf sgt “buka tudung saji rumah org nak mengharap makan isi perut…” Beginilah kalau dah miskin nak makan pun susah, malu dn rasa serba x kena. Nasib baik Angah murah hati bagi sy makan.. Kalau sy ada duit sy akan jamu org makan detik hati kecil..

Moral dri stori sy hari ni ialah memberikan semangat dn tauladan kepada semua wanita yg melalui kesukaran hidup bahawa hidup ni x selamanya susah dn x selamanya pula kita senang lenang.. WAHAI WANITA SEMUA YG DALAM KESEDIHAN.. “Yg memberikan kita rasa bahagia ni ialah redha dgn ketentuan. Mensyukuri apa adanya kehidupan kita. Bahagia ni bukan datangnya dri manusia lain tp kita kena bentuk diri kita bagaimana nak buat diri kita merasa bahagia diri meskipun dgn nilai org hantar ucapan selamat pagi, itu juga nilai bahagia…”

Allah Hu Akbar…!! Melihat kekurangan diri sy ada banyak hikmah yg sy belajar. Ia merupakan ilmu yg sy mahu kongsikan.. Allah mahu sy melihat jika sy mahu berfikir bahawa Allah itu maha hebat memberi ilmu dn mengatur hidup sy sebagai hambanya.. Diberinya sy kesusahan supaya sy mencari jalan.

Diberi sy kesakitan dn kesembuhan supaya sy belajar merawatnya.. Diujinya sy kemiskinan bertukar jdi senang adakah sy lupa mencari jalan redha Allah..?? Nafsu kebendaan darjat juga merupakan ujian.. tu ujian paling susah iaitu mengekang nafsu jika melihat keduniaan sebagai matlamat hidup..!!

“Jika Allah nak memberi rezeki x siapa pun boleh tahan..”.. Setiap manusia ada kebolehan cuma kita je x kenal sape diri kita.. Kita hanya mengenal dn mengunakan 20% potensi diri.

Banyak org soal sy ttg ini :
Org Soal          : senang x nak berjaya..
Sy Jawab         : Sy jawab senang..!! Sebab sy dah buat dn lalui. Sy nampak jalan tu..
Org Soal          : Apa Puan rasa paling susah nak buat..??
Sy Jawab         : Paling susah nak menundukan hati dn nafsu sendiri supaya jadi baik.
Org Soal          : Kenapa begitu.??
Sy Jawab         : Sbb sy x percaya dgn diri sendiri. Dalam diri ni ada 2 sifat. 1 sifat baik & sifat buruk. Ke2nya ada dalam diri sy.. Sy nak menangkan mana 1 yg mana..!! Jika sy pertahan dunia sbb sy ada darjat, ego, sombong, maka sy kalah 1 sudut iaitu matlamat jadi baik menyempurnakan akhlak..

Jika sy memilih sifat akhlak baik sy mungkin hilang martabat dunia, itulah ujian menundukan nafsu perang akhir zaman kata Rasullulah SAW lebih besar dri perang jihad. Betul sabda Rasullullah SAW “Dunia ini penjara bagi org mukmin dan shurga bagi org kafir”…

Apa sy lihat manusia selalu tertipu dgn diri sendiri jika mereka melihat kehidupan ini dgn mata kasar, maka wajarlah sy katakan sy x mahu tertipu dgn diri sendiri…”Sesungguhnya dunia menjadi usahawan ni atau sama saja mengejar kejayaan dunia kena banyak menipu baru berjaya”..

Sanggupkah menipu demi dunia yg sementara..?? Itu yg bermain dlm fikiran sy..

7 Comments

  • Pn.Aieshah

    Tahniah bonda rozita atas pengisian penulisan terbaru. Saya sentiasa tertunggu-tunggu latest update. Alhamdulillah, sejak mengikuti Part 1 sehingga Part 65 since bln November 2015 banyak ilmu & pengalaman yg bonda share mngubah sisi pandang saya tentang erti sebuah kehidupan. Semoga bonda terus berjaya dunia & akhirat.

    p/s: saya ada whatsapp pada nombor 60 19-373 7133 untuk order produk JRM tapi blum ada apa-apa respond lagi….

  • Julia

    Salam Puan Rozita yang dikasihi..segala coretan tentang pengalaman hidup puan memberi sedikit sebanyak kekuatan untuk diri saya.perjalanan hidup puan hampir serupa dengan perjalanan hidup saya juga..mogA hidup puan,saya dan kita semua sentiasa diberkati,dilindungi oleh Allah S.W.T..Amin YRA

  • Nana

    Teruk nya angah tu, tunjuk betul yg dia x suka kat bonda. Sy kalau anak2 buah dtg, sangat suka dan gembira. Kita kan kene meraikan tetamu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!