Chilled Oreo Cheese Cake…
Perhatian:
Sebelum buat kek ni wajib baca dan fahamkan stepnya dulu..Relax jgn kelam kabut, mesti ada sorang bantu kacau , sementara anda melakukan step seterusnya..
Sediakan awal untuk oreo di bahagikan kepada 3 bahagian utk mudahkan kerja ..
1: Sederhana utk asas kek : 200gm (step 1)
2: Sedang kasar utk hiasan inti cheese : 40 gm ( step 5)
3: Paling halus utk hiasan : 100gm ( step 6)
Step yg sy bagi ni amat mudah difahami dan Insyallah akan jadi nanti jika anda membuatnya..Sy tulis macam ni sbb sy dah selalu buat, saya yakin mudah untuk anda paham ..!!Sy sekali buat sampai 4 biji kek oreo ni utk meraikan tetamu..Semua orang sgt suka oreo chese kek..Kek ni tahan lama sgt kosnya dalam RM30 jee.!!..Mudah nak buatnya..Cuba ya..jimat duit x payah pergi secret resepi. .Ranggup oreo yg tu masih kekal di rasa walaupun masuk peti sejuk.
- 200gm Oreo biskut ( buang intinya) Hancurkan sederhana halus dgn batu tumbuk. . ketepikan ha ha ha..
- 120 gm mentega cairkan bersama 1 sudu besar gula perang. (bekas lain)
- Bila dah siap semua gaul rata bahan step 1 ni..dan tekan dalam loyang bulat 9 in
mesti ada lobang macam ni tau loyangnya..sebab nak buka nanti masa potong senang.Ketepi sekejap dan buat step 2 pula..
Step 2 : Inti cheese
- 2 biji kuning telor gred A
- 150 gm susu segar
- 150 gm gula castor
- 250 gm cream cheese
- Masukan semua bahan dalam satu bekas alumanium atau periuk dan masak dengan api sederhana…Sampai gula larut. Kacau jgn berhenti tau..!!
- Kalau sy dalam 30 min gak kacau sebab cream cheese ni bergentel.. minta bantu sesapa bantu kacau..Kacau sebati sampai larut semuanya.. Sementara tu anda siapkan lah step ke 3 ni..
Step 3 :
- 2 sudu besar gelatin serbuk
- 70 ml air 2 sudu besar lemon
- Ha part step 3 ni paling penting..Kalau salah part ni kek x keras tau..!!
- Caranya gaul rata gelatin dgn air , kacau laju dan seterusnya masukan lemon terus tuang dekat bahan step 2 ( Yang sedang dikacau tadi)..
Step 4 :300 gm whipping cream
INGAT YA..STEP KE2 MASIH KEKAL DIKACAU , walaupun step ke3 dah selesai..Siapkan step ke4 pula dengan memutar whipping cream dengan mesin tangan, buat sampai gebu.
Step 5 : 40gm oreo .(Buang intinya) hancurkan kasar2..
- Angkat step ke2 yg dikacau atas api sederhana tadi gaul kan ( dgn bahan step ke 5) oreo yg dihancurkan separuh kasar..
Tuangkan adunan dalam loyang yg sudah disapu majerin (Loyang asas pertama)..
Lepas tu masukan dalam peti beku selama 30 atau 40 minit.
- Step 6 :
- 100gm Oreo Biskut ( buang intinya) Tumbuk sampai betul2 hancur dgn batu tumbuk , sebagai hiasan atas kek..
-
Keluarkan kek dari peti beku..Bila kek agak kental dan sedikit mula
mengeras..taburkan serbuk oreo. BILA DAH RATA..tekan2 lembut dgn hujung jari..
Last step : Nota penting..
- Biarkan selama 6 jam minima baru boleh potong , kalau sy semalaman baru sy potong.
- Masa nak potong tu, longgarkan tepi kek dengan menekan pisau supaya senang nak keluarkan dari loyang kek..
- Masa potong kek, kena tekan kuat2 pisau sampai boleh rasa yg asas kek dah terpotong sekali..kalau tidak nanti inti chese x melekat (terpisah dgn asas kek) ..
Kalau dah buat nanti tag kat fb sy yer..kongsilah pengalaman kek ni dgn sy pulak..upah sy taip saya minta tolong jomm kita bersalawat dan salam kepada Rasulullah SAW.. assalamualaika ya rasullah, assalammuaka ya habbibullah..
Selamat mencuba..
One Comment
watiyifan
mmg mudah difahami.saya yg buta membaking ni pun insyaallah bole buat..sy cuba yer puan..tq banyak…