Resipi Bonda

Chicken Flos Bun…

Roti serunding ayam.. Dalam bahasa melayunya..he he.. Sy pun bukan fasih engeris pun… Tapi boleh le setakat nak merapu yes no orait thank u..

Sodap makk oiii.. Kalau anda buat jamu kenkawan glamer.. Suka mereka makan.! Wah lebih seronok jamu anak cucu makan… Jom sy bagi ni resepi dan caranya:

Bahan2 buat Bun (A) 

  • 340 protin tinggi 60 caster sugar 6gm atau secubit garam

Bahan ( B )

  • 40gm Butter

Buat roti ni ada macam2 teknik sy try..ok ni sy bagi cara mudah style baru sy..Sy bayangkan anda pakai mixer biasa ..macam mesin ni…Gaul dalam mixer selama 5 min dulu bahan A ni..lepas tu masukan..Bahan B..putar lagi selama 3 minit , kacau ratakan dgn spatula ya.. Kalau sy masa step awal2 ni 10 minit je sy matikan mesin utk meratakan..

Bahan (C)

  • 2 sudu kecil Yis kering 80gm air 120ml susu full cream ( Sejuk).
  • 10718404_620083431448403_1424950744_o10815726_620084388114974_723358120_n

GAUL SEMUA BAHAN NI..DALAM 1 BEKAS DAN TUANG PELAN2 DLM BANCUHAN TEPUNG KAT MIXER TU SAMPAI HABIS … SETIAP 15 MINIT ..BERHENTIKAN MESIN KACAU SUPAYA RATA..Total semua putaran sy dalam 50 minit atau maksima 1 jam..

10814332_620085808114832_576127074_n

 

Petua sy : Kalau nak bagus lagi roti Lepas adunan cukup masa kisar, angkat dgn mangkuk Stainless steels tu dijemur kat matahari. .cepat naiknya..

Lepas tu keluarkan dari mangkuk dan tekan dengan tumit tangan ..utk buang udara yg terperangkap …terus bentuk apa kita nak buat ..

10818812_620083381448408_1552019011_n
Haaaaaa….aaa kan dah naik….

Lepas tu jemur lagi kejap kat matahari ..sebelum dibakar..tunggu lah naik 2 kali ganda..kena pandai tengok saiznya .. Kalau terlebih masa dan naik ..roti akan kecut dan jatuh lepas masak..

Jom teruskan buat roti..next step

10683301_620083411448405_1296055319_o 10815765_620083354781744_1118479367_n

Bulat2kan dan bentuk sedikit muncung ..dalam sebiji tu 60gm.. (+ – ) .. Susun kat tray ..jarakan setiap 1 masa susun dlm 1 1/2 inci.. Tunggu sampai naik 2 kali ganda.dlm 50 minit. Kalau jemur matahari lagi cepat naik.. Bila dah naik , sapukan telur yg dah bercampur sedikit pewarna kuning.

10377743_620083371448409_2072569548_o 10807810_620083344781745_397137034_n

 

Bakar lah suhu 180 atau 190..selama 15 min .. (Kalau sy hanya guna oven api bawah..X guna api atas langsung).

10807871_620083451448401_935628096_n 10816893_620083441448402_1701256625_o

Toping Mayonis Serunding ayam beli kedai roti atau buat sendiri. .

Roti yg dah dikeluarkan tu atasnya sapu tebal mayonis.. Dan taburkan serunding. . Nak sedap lagi.. Tekan2 biar banyak serunding nya lekat..

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!