Bicara Bonda

Ceramah Di Kementerian Pembangunan Wanita Di Dynasti Hotel..

 Anjuran  Jabatan Pembangunan Wanita dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

Saya dipilih sebagai penceramah berdasarkan pengalaman saya pernah menjadi ibu tunggal dan bagaimana saya mencipta kejayaan merubah nasib dari miskin sehingga mampu menakluki pasaran atas jenama Sendayu Tinggi selama 18 tahun. Saya sangat berbesar hati menerima jemputan dari JPWuntuk memberikan ceramah motivasi kepada lebih 500 orang peserta di Dynasty Hotel .

Peserta terdiri dari usahawan yang dilatih berdaftar dibawah JPW ini terdiri dari ibu tunggal, suri rumah dan wanita yang berkerja dengan pendapatan rendah dari seluruh Malaysia. Mood saya amat senang menyampaikan , kerana saya memahami perasaan mereka. Saya menyampaikan mengikut naluri saya yang pernah melalui kesedihan dan kesakitan ketika itu. Melawan perasaan lemah dan membangunkan semangat yang kuat bukan satu perkara mudah bagi perempuan yang lesu jiwanya..

Sewaktu saya menyampaikan kata-kata hikmah ramai yang menangis kerana kena dengan nasib mereka. Saya tanya kenapa menangis. Lawan dan terus lawan emosi lemah , itulah sebenarnya yang membuat jiwa sakit.!! Khazanah Allah amat luas untuk semua hambanya. Pengalaman saya yang lalu dalam mengawal emosi dan cara berfikir amat penting jika mahu mengubah nasib dalam mencari rezeki. Saya akan tangkis air mata dari jatuh kebumi dengan sia2. Kerana tiada siapa yang prihatin airmata saya pun ..!! Saya tak mudah merajuk dan berkecil hati kerana hakikatnya tak siapa akan pujuk . Saya tak mahu mengemis atau meminta2 kerana saya dilahirkan sempurna bukannya cacat. Saya tak pernah memberi jawaban “ TIDAK” sebelum mencubanya.

Ira (baju pink) turut serta berkongsi pengalaman dijadikan hamba oleh suami.

Selama 1 jam perkongsian saya sampaikan dan beberapa slogan iaitu jangan menyalahkan orang lain, focus kepada hala tuju, jangan mengharap ehsan manusia lain untuk mengubah hidup dan nasib kita. Tiada manusia yang hidup didunia ini yang tiada masalah, jika kita meratapi masalah atau musibah ia bukan akan berlalu dengan mudah malah mengundang lebih banyak masalah. Kita adalah pelajar dan terus belajar.

Banyak lagi kata-2 hikmah dan tips saya berikan untuk mengenal caj positif diri, saya pun dah lupa apa saya cakap ..Dah lama sangat baru sekarang nak tulis. Dulu x da blog..sekarang dah ada.. ha ha ha..Lain kali bonda bercerita lagi..Harap anda ceria-2 selalu ya..!!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!